Monday, January 31, 2011

~kluang dilanda banjir...memori 2006 kembali lagi~

assalamualaikum...

hujan kat kluang nie dari malam semalam tak berhenti2..mana tak naik air kat sungai2 yang akibatkan banjir kat bahagian2 yang memang wanted banjir...haha,,kesian tau kalau tengok dekat balai2 raya...sekolah2 yang jadik penempatan sementara bangsa banjir,,,paras air lak bukan main lagi tinggi..sekarang ni adah dengar kawasan palembang dah naik air paras telinga..sedangkan semalam waktu diorang pindah baru paras lutut,,,*adah diberitahu oleh kawan adah la..adah belum sempat nak jenguk kawasan banjir,mybe petang nie kot,,*

ok..cerita kawasan kampung yang tanah rendah of course akan naik air...kawasan bandar kluang..selepas banjir besar 2006 dulu..banyak parit2..sungai2 dibesarkan..tapi masih xcukup nak menampung air hujan yang non stop nie...lets picture tell the story moli k,,

nie sungai dekat depan BSN..air dah melimpah keluar,,,kejadian nie malam tadi..jambatan pon dah dibawak arus deras  


see,,,see,,,derasa xderas la kan air dia...sampai jambatan nie leh putus...dulu putus buat lagi..kali nie pon putus lagi...  

tak dapat adah bayangkan kalau adah kat tempat diorang..walupon umah adah tak banjir..p banyak jalan utama tutup..ayiep pon terkandas dekat tempat keje..jalan utama dah tutp..so sad...

nie permandangan dari atas KLUANG PARADE..sungai yang dah diluaskan pon boleh penuh,,dan sekarang sudah melimpah..gambar di ambil pada semalam petang..

hujan memang tak berhenti dari semalam..cuma renyai dan lebat balik...kawasan johor lain pon dah banjir..adah bagitau kluang je sebab adah duduk kluang la..haha

ni kawasan utama nak pegi bustand bagi sesapa yang naik bas...p sekarang air naik..tak tau la adah kalau leh lalu ke x... 

peringatan ok...awasi anak2 dan adik2 korang yang sebok dok main banjir..bahaya..kotor kan air banjir nie,,berwaspada k..cukup kalau kita hilang harta benda,,,jangan hilang ahli keluarga...=)

nie kawasan jalan haji penghulu kasim kluang..betul2 sebelah PRIME CITY..air lagi la naik..bab betul2 depan sungai..
wah!!agak2 sedap tak kalau mandi..

sebenarnya nie tempat cuci kereta yang biasa adah pergi.padahal..kawasan nie punya la tinggi..tapi still banjir,,tak terlepas jugak....


ok..cukup tok kali nie k..kalau adah ada informasi lagi adah bagitau k..bubye..=)

Saturday, January 29, 2011

~susah jadi ibu dan bapa kan??~

assalamualaikum...

 hope korang semua sihat walafiat...
susah kan nak jadi seorang ibu dan bapa??
kenapa adah buat entry nie??adoi..sebab adah jadi pra ibu malam tadi..

anak sedara adah memang bukan main rapat lagi dengan adah,,so..malam tadi ntah kenapa dia nak tido umah atok dia..*umah adah duduk la kan..*..kebiasaannya dia akan bawak botol susu dia..umur je 5 tahun..tapi minum susu kuat tau,,,

nak dijadikan cerita..tengah acik dia nie sebok mengonline...*ayat baru k..*..dia dah tertidur kat pangkuan adah..dalam hati cakap..senang je nak jaga budak  nie...dah letak eya *nama anak sedara adah*..dekat bilik adah..adah pon sambung tengok tv..tetiba je dia boleh bangun nak mintak susu..adoyai...tak bagi dia merengek2,,,just imagine..pukul 12.30 am..dia patut tido tapi leh mintak minum teh o dengan biskut..oi budak,,tarak reti tido ka,,,adoyai,,

ingatkan lepas dah bagi semua benda tu dia dah kenyang senang pulak dia tidur..tapi hampeh..dia leh tengok tv..bila hujan berhenti dia ajak pegi umah ummi dia amik susu lepas tu datang balik umah atok dia..*kalau acik dah hantar eya balik..jangan harap acik nak bawak balik umah mak tau..*..sampai pukul 2 pun dia tak tido lagi..acik dia tido2 ayam la..sok kan acik keje..

ok..tahap kesabaran dah hilang sebab asyik mintak susu,,padahal dia sendiri tau susu tak de kat rumah..tidak la adah memukul..adah ugut je..haha..adah cakap kalau nangis malam2 nanti hantu datang makan eya..haha,,budak kecik kalau dicakap pasal hantu semua benda tak jadi buat..termasuk la menangis..haha..*so clever!*..

selepas dia dah puas nangis dalam pelukan adah..haha,,*elak suara nangis dia tu satu kampung dengar je,,haha,*..dia pon tertido dengan adah2 sekali..ingatkan dah tido tak bangun lagi,,,4.30a.m mintak susu lagi..hai budak,,nape la tak paham2 bahasa..*agaknya adah waktu kecik macam nie tak??susahkan mak abah jaga pagi petang siang malam..nie baru mintak susu..bukan mintak mainan yang konpem tak akan dapat..*..adah bagi je dia minum air masak,,,nasib baik dia tengah ngantuk sangat agaknya...susu dengan air masak pon rasa dah sama..haha..so...dia pon sambung tido..

total masa adah tidur cuma 5 jam je..ish!ish!..sudahnya bangun pagi2 mata macam kene gam,,,,praktikal dulu tau adah sekarang nie,,haha,,,susah jugak nak jaga seorang budak yang kuat merengek nie..belum lagi kalau anak ramai2...

acik sayang korang la..yang xde gigi 2..abin,,ank sulung..yang eya of course tengah wat muka sengal dia..yang tak pakai baju 2 iman..tiga2 rapat ngan acik walaupun acik seorang yang garang,,,=)

baru sedar mak abah susah2 jaga adah masa kecik dulu...haha,,,sampai la adah besar sekarang..kecik2 dulu dah la adah kuat merajok..habis barang dalam rumah adah pecahkan kalau mengamuk..haha..tapi sekarang dah tak ok..dah tau nilai setiap barang2 yang ada..

nie semua pengalaman bagi adah..seronok..adventure,,haha..

Friday, January 28, 2011

~kenapa wanita memerlukan lelaki?~

assalamualikum...

selamat petang semua,,,
wah!entry kali ini sangat meriah dengan isu hot,,,*panas,,panas..*,,
isu tentang kenapa wanita memrlukan lelaki??...hangatkan??haha,,

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki,lelaki juga tidak semestinya memerlukan wanita tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, pelik kan??..haha...CINTA ITU ANUGERAH,,satu perasaan yang sukar untuk digambarkan..setiap orang yang merasa CINTA itu pasti berbeza rasa dan berbeza pandangan...=)..
korang mesti pernah bercinta bukan?...so...korang mesti tau punya pe yang dirasa oleh pasangan yang bercinta...


Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidup mereka? Untuk beberapa waktu dahulu *zaman pra matang..haha*.. soalan tu betul-betul memukul-mukul kepala.Ya, pernah jugak adah terpikir apa perlu seorang wanita yang bebas perlu mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?..*seperti memperjudi @ mempertaruhkan kehidupan wanita selepas berkahwin..*..=)..macam jahat je tau bila adah ingat balik pe yang adah pernah pikir..=)

Kan lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan...*nie niat time nakal dan single dulu k..*..

Kita pergi lebih dalam ok pasal CINTA..Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. *berpuitis sebentar,,*.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga satu hari kelak...bukankah setiap pe yang dicipta berpasangan??...

Lelaki yang baik  juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.Harta??mm..selalu orang pikir sebab harta leh bahagiakan kita,,ye ke??adah tak rasa macam tu pon..sebab..bagi adah..kalau harta setinggi gunung sekali pon..kalau si lelaki tak dapat nak memahami kita..menyayangi kita atau membahagiakan kita..duit tu tak de erti pon...bukan bermaksud duit tu tak penting..tapi..biar la seimbang..*,masuk jamban pon kene bayar tau,,*..=)

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya...*ayat yang ini adah copy paste dari seorang sahabat..kerana adah pikir ada baik dan betul....*
.
Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.


Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan.


Yang buruk-buruk pasti ada.Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.


Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.


Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.



Thursday, January 27, 2011

BEN ASHAARI BLOG

Assalamualaikum semua..

Terkejut akak baca entry EN. BEN ASHAARI ..dia nak bubarkan sekali lagi bloglist BEN ASHAARI yang dulu...adah nak jugak masuk dalam bloglist tu..kalau diberi rezeki dan peluang la...=)..so..adah tak akan lepaskan peluang ni..dengan meninggalkan keje dan mencuri waktu kerja..adah wat entry nie dengan niat nak duduk kat dalam bloglist en BEN ASHAARI untuk kesekian kalinya....

  
BEN ASHAARI BLOG
1 - Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini .. 
adah akan update biasanya 1 hari sekali..bergantung pada idea adah untuk wat entry... 
  jumlah posting : 62
  jumlah comment : 35

2 - Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..
adah berminat untuk berada dalam blog list BEN ASHAARI kerana blog en Ben menjadi salah satu contoh dan ispirasi adah dalam dunia berblogging.
3 - Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
apa yang akan adah lakukan sekiranya blog adah ni popular ialah..adah akan rasa sangat gembira kerana usah adah untuk jadik seorang blogger yang berjaya menjadi kenyataan..selebihnya adah akan seperti biasa..sentiasa mempelajari dan memperbaiki apa yang kurang..INSYALLAH..  =).


~10 petanda dia JODOH kita~

assalamualaikum...

cerianya hari ini...baru nampak cantiknya cahaya matahari selepas ditemani hujan sepanjang hari...=)...

ok...adah terbaca dekat satu cacatan seorang facebook pasal petanda jika dia adalah jodoh kita...so..adah nak share kat korang yang mungkin masih tercari2 jawapan sama ada dia itu jodoh kamu atau pon bukan...sharing is caring right??,,,semua orang layak rasa bahagia,,,so,,,check this signal k??...=)


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

ok...dah tau sape dan dah paham pe yang tergerak kat hati korang???..adah harap adah dapat membantu kalian k...

 selamat mencuba..haha...=)...

Wednesday, January 26, 2011

~adah nak buat contest~

assalamualaikum...

olla semua...curi2 waktu kerja nie..haha,,ok..tengah2 duduk berangan tadi...tetiba adah terpikir adah nak buat contest untuk followers adah yang setia blogwalking...tinggalkan jejak kat blog adah..dan macam2 lagi la..

contest apa??hehe...tak suprise la adah nak bagitau sekarang...adah ada sediakan hadiah walaupon tak sebesar dan tak semahal mana..tapi adah ikhlas tau nak bagi kat korang...semua leh join..

tunggu next entry pasal contest yang adah nak buat nanti k,,,harap2 dapat la sambutan daripada korang semua...=)

bubye korang..adah dah nak balik keje nie...so...sabar2 kan la diri anda untuk mengetahui lebih lanjut pasal contest yang adah nak buat nanti k...

p/s : tengah musim hujan kat kluang nie kalau ari2 pekena pisang goreng dan hot chocolate pon sodap...
       jangan main hujan k..nanti kang macam2 penyakit korang dapat...=)

Tuesday, January 25, 2011

~sabar itu separuh daripada iman~

assalammualaikum semua....

pernah rasa korang diancam dengan perasaan yang sangat dasyat???dendam???...mm..tak bek berdendam..makan diri..macam2 punca leh buat kita berdendam,,,itu semua pendapat masing2 la kan..sebagai manusia yang tak pernah lepas dari buat silap...manusia jugak tak akan lepas daripada dihasut oleh syaitan,,,

pernah ke 1 hari korang tak pernah buat silap??tak akan pernah kita buat sesuatu dengan sempurna dan tanpa kesilapan walaupon sedikit..percaya la..

Jika anda merasa bahawa hidup penuh tentangan, halangan, rintangan, dan ujian, artinya hidup korang memang penuh perjuangan. korang termasuk orang yang memiliki cita-cita yang tinggi, baik meraih pencapaian yang besar mahupun melepaskan diri dari masalah besar yang menghimpit. Satu hal yang diperlukan dalam perjuangan adalah sifat kesabaran,,,

sebab itu kesabaran itu salah satu daripada rukun iman..iaitu beriman kepada qada dan qadar,,,biar la ape pon dugaan yang datang..korang kene banyak sangat bersabar,,,kita berdiam bukan sebab kita kalah atau apa.kita berfikiran lebih matang..dengan senyap.membiarkan orang lain berfikiran yang bukan2 pasal kita atau mahu menabur fitnah sekali pon..sebab dunia kita nie bulat bagai roda..kejap kita kat atas..kejap lagi kita akan kat bawah...

so...hadapi semua ujian yang  kita terima dengan senyuman...pape pon orang lain nak cakap..biarla..asalkan family kita dan orang yang terdekat lebih kenal dan memahami siapa diri kita sebenar..buruk ke baik ke kan...

p/s : sayangi diri anda ,,,,

sepetang bersama kamu....

assalamualaikum semua...

mood loving2 hari ni so..entry kali nie pon loving2 jugak la k..haha...*gasak la korang...nie diary adah..so..baca senyap2 n senyum2 k...hihi*..

semenjak dua tiga menjak nie...*bape kali menjak da...*...susah nak jumpa mr.ayiep loba2 nie...macam nak kene wat appointment dulu..padahal nak dating dengan tunang sendiri tu,,haha..antara dugaan dan cabaran..ku gagahkan jugak hati dengan memahami...*cehwah!!*..akhirnya..mr.ayiep loba2 yang ajak adah kuar weekeend hari tue,,kalau tak..mau muncung sedepa mulut adah nie..*gaya budak2 kecik yang buruk rupa..*..

1st destination,,,membetulkan kasut sukan yang sungguh usang bentuknya..haha..biasala lelaki..sukan tu dah isik masa lapang...kasut lak paling penting..sebelum bertambah rabak kasut tu..baik la pegi repair dulu..haha..

2nd destination...memandangkan masa kuar sangat2 terhad..so,,terpaksa bijak menggunakan masa..haha..time beli tiket wayang..pukul 2.35 petang...so still ada masa lebih kurang 30 minit je lagi...perut pon memang sedang mengalunkan muzik sangat rancak..so..kita pergi makan dulu..ahaha..cuba korang bayangkan..30 minit yang korang ada...5 minit nak ke tempat makan...5 minit nak tengok menu dan order,,,5 minit makanan sampai..10 - 15 minit untuk makan + berbual2 sambal..dan 5 minit lagi untuk berjalan ke panggung...dah macam pe tau time makan..p macam seronok je..haha...like explorace je..macam nak tercekik je kawan waktu tu,,haha,,

adah tengok cerita khurafat dengan mr.ayiep loba2..ok..as a perempuan yang lemah lembut..*lemah lembut ke??*..adah letak baju sejuk adah kat paras hidung supaya mudah untuk tutup mata..haha..biasa la kan kalau tengok cerita hantu..memang tu perempuan akan buat selain menjerit tak tentu pasal..haha..tapi yang peliknye..ayiep leh ketawa terbahak2 sepanjang tengok cerita tu..mana tak dia ketawa...perempuan depan kitorang bila terperanjat je dia akan automatik bangun macam nak berdiri..haha...ketawa la si ayiep tengok..lepas tu mak cik sebelah kitorang tengah syok2 tengok dia terperanjat..selamba je dia cakap.."pe la hantu nie..time tengah syok2 tengok leh tetibe je muncul.."..memang cerita nie wat terperajat je..p tak sangka mak cik 2 leh cakap macam tu..kuat lak tu..haha..

lepas tengok wayang kitorang ada temu janji dengan pak cik tukang kasut yang baik hati lagi murni yang sanggup tunggu padahal kedai dah leh tutup pon..haha...*sorry pak cik..*..tue kitorang dari kluang mall 2..pegi amik kasut..lepas tu..leh masuk kluang mall balik nak pegi beli aiskrim dan macam2 lagi makanan..haha..*keje memang melantak je..*..haha,,untuk peringatan semua dan diri adah jugak..kalau nak beli aiskrim yang dalam kotak..dan berniat tidak membawa ke rumah..sila pastikan dalam kereta @ motor korang ada sudu..memudahkan korang makan aiskrim tersebut,,haha,,last2 kene pegi MCD...beli mcflurry...semata2 nak kan sudu dia je..haha..

our favourite destination..mestila tasik..duduk dibawah pokok dengan angin sepoi2 bahasa...ditambah kelazatan aiskrim dan paling penting di sisi insan tersayang..peh!!dah macam ape felling2..ahaha..macam2 diceritakan..sungguh cepat masa berlalu..stop la masa..untuk adah nikmati masa2 indah nie.haha..*ayat adah memang menggedik tak suda..haha*..memang momentos yang adah tak akan lupa kan sampai bila2..


setelah bermanja2an..haha..*ramai k orang kat tasik,,*..kitorang plan nak p window shoping..nak riki2 harga...sekarang dah sebok nak berbelanja..haha..dapat lepak2 macam nie hari2 kan best..haha...

masa betol2 mencemburui saya tau..selepas mencekik wat kali terakhir pada hari tersebutu kitorang balik..bab mr.ayiep loba2 ada yassin pada malam tu...macam berat nak lepaskan..ahah..*sabar adah..sabar,,*

p/s:...dikau memang bukan cinta pertama ku...tetapi dikau la cinta terakhir bagi ku..tiada cinta untuk laki lain selain kamu...=)

Monday, January 24, 2011

~kembali kepada yang MENCIPTA~

assalamualaikum semua...

semoga sihat dan ceria selalu..

mood adah hari ni sedih sangat2,,,bab atok kepada tunang adah telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi..mungkin sakit tua..yang lagi sedih adah tak dapat melawat jenazah dan keluarga family tunang adah...so so sad..hati dah meronta sangat2 nie...

sama2 kite sedekah kan al-fatihah untuk arwah atok..semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

al-fatihah.....

Friday, January 21, 2011

~tekanan = stress = kemurungan = gila~

assalamualaikum.....

agak crazy sikit entry kali nie..macam nak ketawa bila dengar cerita dari someone pasal tajuk entry kali nie...=)..

ok..semua sintom2 kat atas memang akan dialami oleh semua golongan masyarakat...tak kira la remaja ke..kanak2 ke..atau orang dewasa..korang tak percaya??cuba korang imbas balik zaman muda mudi korang...haha

zaman kanak2...biasanya kanak2 nie dia buat ikut suka hati diorang je..bab masih tak tau nak bezakan mana yang betol dan mana yang salah..contoh situasinya k..mm..budak kecik mana la tau bende lain selain bermain..bila dah bermain..of course la akan menghasilkan bunyi2 yang bising bangat..dan orang dewasa yang budget perlukan privasi asyik nak marah2 je kanak2 tak bersalah 2..bukan pecahkan barang..cuma lari2 je dah marah2..tak marah nanti dipukul pulak..lama2 kanak2 tu jadik penakut..pasif..ajak main pon xnak..betol kan???

zaman remaja pulak..biasanye zaman sekolah ada sedikit tekanan..lebih2 lagi kalau dah parents kite taruh harapan tinggi kat kita  bila nk peksa supaya dapat markah yang tinggi..sedangkan tahu takat mana je anak diorang leh pegi..bila keputusan yang anak diorang dapat tak macam apa yang diorang  harapkan..dibandingkan pula dengan markah sedara mara yang lain yang lebih bagus dari kita..*adah pernah alami..presure jugak...tapi nasib baik mak dan abah adah tak memberi harapan yang tinggi kat adah,,,haha,,*



lain lak kes dengan orang yang lebih dewasa...fokus diorang pada kerjaya...bila kerja semakin bertambah dari hari ke sehari..ditambah pulak dengan masalah di tempat kerja, di rumah, masalah peribadi atau pe pon..boleh membutakan seseorang tu mengalami tekanan yang berubah menjadik stress,,akibat daripada stress yang dihadapi..dia leh jadik seorang yang murung..tak suka bergaul..gila pon leh jugak tau....

ok..berbalik kepada cerita yang adah dengar dari someone pasal tekanan yang dihadapi oleh kawan sepermainan dia...dia nie seorang perempuan yang lasak..tetapi cerdik..selalu habiskan masa lepas balik sekolah dengan kawan2 sekampung..main bola la..memancing la..cantik jugak orangnya..

betol kata pepatah...sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua,,haha,,perempuan nie leh join kawan2 dia hisap rokok..sekali tertangkap dengan mak dia..dah kene hukum..hidup dia cuma jumpe kawan dekat sekolah dan petang duduk rumah belaja,,untuk pengetahuan semua..perempuan nie seorang yang pandai even dia nie selalu bermain..jumpa kawan2..

seperti yang adah cakapkan pasal kebijaksanaan yang perempuan nie ada..bila result spm dia kuar..memang semua subjek dia straight A...memang mak bapak dia bangga...tapi kegembiraan yang family dia rasa tak berpanjangan..semuanya berubah apabila perempuan tadi berubah sikap..dari seorang perempuan yang cantik dan banyak cakap kepada seorang yang pasif sangat...korang mungkin tau kan pe puncanya..

puncanya dia berasa sangat2 tertekan bila diberi hukuman supaya tidak bergaul dengan kawan2 dia..hidup dia dipenuhi dengan impian seorang ibu dan buku2..bukan tak leh ibu nak membri impian kepada anak mereka..tapi jangan la tertlalu mengongkong dan berharap yang tinggi2..nanti yang terima akibat anak2 jugak..

pernah sekali dia duduk kat kedai makan keluarga dia..datang seorang customer cina..tibe2 je perempuan nie leh tikam laki 2..tapi disebabkan perempuan nie mempunyai rekod gangguan mental..dia tidak disalahkan..dan nasib baik laki cina 2 masih hidup sampai sekarang..perempuan tu kalau bawak motor kat kampung..aling berhati2..*nak tau nape adah ckp dia berhati2??haha..*..sebabnya..dia akan bawak motor betul2 atas line putih..sape2 yang langgar dia..kita jugak yang salah walupon yang wat salah perempuan 2..

so,,korang wat la something yang leh korang kurangkan tekanan yang korang hadapi...supaya kurang kan lagi jumlah orang gila kat malaysia..haha...

p/s:..cerita adah adalah benar2 belaka..tiada unsur penipuan atau rekaan semata2...=)

Thursday, January 20, 2011

~ high temperature ~

assalamualaikum semua....

selamat malam,,
waktu sekarang dah masuk tengahari..*tak sesuai la adah nak sebut pagi,,,..haha..*..
mood adah dalam keadaan terumbang ambing akibat mata yang dah nak lelap nie...dan line internet yang agak romantik sangat-sangat sekarang nie...sangat la menyentuh kalbu adah..*ikutkan hati dah lama berok band nie adah kasik kat berok-berok yang ada..*...

bermula la tugas puan otak untuk melakukan kerja2 pengimbasan balik apa yang adah buat dan apa yang orang lain buat kat adah..*bunyi macam ngeri je kan..haha..tu je la tugas puan otak,,,sangat2 ligat bekerja bila mood macam nie..dengan mata yang terbelalak nie..haha,,,sabar je la korang..*

ok...setelah bertungkus lumus puan otak bekerja..dan kesimpulan dari hasil pekerjaan puan otak..maka terjadik la entry nie..pasal HIPOKRIT...sangat sakitkan hati bila kita dapat gelaran paling vougue nie??haha,,,*muka korang tebal bape inci la kan bila hipokrit yang korang dapat gelaran...*..ini bukan adah yang hipokrit...tapi someone...*someone??hello...ramai la..kaum kerabat dia sekali la 2 join..*..yang berlagak baik depan semua orang..tapi belakang??..astargfirullah....terngumpat pulak akak pagi2 buta ni..*lantak la dek non..siapa makan cili doa yang terasa pedas...haha*..

macam2 cara tau someone nie buat semata2 nak tau pasal keburukan orang lain..hello!!korang nie memang tak de keje yang lebih berfaedah ke??kain orang lain terangkat sikit..ko dah canang satu kampung...*nasib bak bukan kerja reporter..kalau tak..famous akk..haha..*..abis kain korang yang dah nak tertanggal tu pandai pulak korang cover...ada jugak manusia zaman sekarang perangai macam korang...sabo je la..
sangat2 la busuk mulut orang yang membawa cerita bukan???

adah dengan orang yang rapat dengan adah tau perangai adah...jenis mulut bising..*sampai dapat gelaran ayam kat sekolah..punca nye sebab adah kalau cakap macam kereta api yang tak de brek..haha..*..kalau adah kata adah malas nak buat adah tak akan buat..adah jujur yang adah tak sehebat orang lain memasak...tau la kan kelemahan diri sendiri..siap adah ngaku pon kat sini..tapi adah tak malu..bab adah tau kelemahan adah..dan adah akan cuba baiki kelemahan yang ada,..

tapi someone tu tau nak tengok anak orang...kutuk anak orang...anak sendiri malas tak nak pulak dicanang...adoyai.yang paling teruk sikit perangai dia,,,sanggup mengaku melakukan perbuatan jahat kat orang lain..semata2 nak korek rahsia orang tu...tak malu ke pe??...depan family pijak semut pon tak mati...kalau sekali dua leh la adah bertahan..ini kalau dah setiap kali adah jumpe kawan atau sedara mara...mesti cite buruk pasal adah..adah dengar...padahal bende tu adah tak buat..kalau adah buat pon..depan family dan family adah tau..

ok..contoh paling senang adah nak bagi...adah kuar dengan lelaki a.k.a my encik tunang..bawak sekali adik adah..anak sedara adah..berhenti depan umah atau depan kedai mak adah..kira semua nampak kan??tapi yang dicerita adah kuar berdua..buat bukan2...hello!!

bila nampak adah rajin keluar dengan kawan2 sampai pulak cerita yang adah nie jenis sosial la..mak abah tak pandai didik la..korang tau ke pe adah buat kat luar ngan kawan2??..tau ke kawan perempuan ke lelaki ke adah kuar??..yang buruk biar adah yang tanggung..tapi jangan babitkan orang tua adah..adah tak suka..

tapi..orang yang suka bercerita pasal adah selalu terlepas pandang perangai anak2 diorang..*2 la,,sebok sangat nak jadik mama @ paparazi...semut hujung kampung nampak..gajah depan mata tak nampak..*..adah tau semua cerita pasal diorang...ikutkan hati nak je adah canang keburukan diorang kat orang lain...biar dia rasa apa yang adah dan family adah rasa....sakit ke tak...suka ke tak dengan cerita2 bodoh diorang 2...

hipokrit sungguh kalian...depan orang lain..baik teramat la sangta baiknya..belakang orang..selagi tak de satu cerita yang korang nak bahaskan...tak hidup agaknye...jangan nak berlagak baik kalau korang memang tak baik...jangan nak tuduh orang lain jahat padahal korang lebih jahat...

sebelum mengata @ mengeluarkan kata2 dari mulut yang sangat berinsuran..pikir la dulu baik buruknya..akibat dari kata2 yang bakal keluar..pe perasaan orang lain...semuanya kene pikir...jangan main ikut sembur je..tau ke korang hukum orang yang menyebarkan fitnah???..orang yang menyebarkan fitnah lagi berdosa dari orang yang membunuh...

p/s : : TELAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR..TELAJAK KATA BADAN BINASA....

Tuesday, January 18, 2011

~dahulukan yang tua~

assalamualaikum.....

agak lama rasanye adah xwat entry kan??haha...bukan malas la..tapi tak de idea yang best nak wat...rajin menerjah blog memember je sekrg...*mood melayang je..*.

ok!...episod kali nie..*sejak  bila adah wat blog bersiri nie??haha...lantak kamu la labu...*..sudah!sudah!,,,kali nie agak sentap perasaan kasar adah la jugak...

semalam dekat 2 jam adah berdiri tunggu turn kat bank...*tempat duduk sikit sangat,,,dahulukan mana yang memerlukan..*...adah muda lagi la kan..so sangat2 xkisah bila berdiri walaupon kejap-kejap merungut...*penat la tau x,,diri je tak duduk2...*...

tengah penat berdiri...adah nampak sepasang suami isteri yang dah tua sangat...isteri dia papah suami yang berjalan gunakan tongkat...naik tangga lak tu..ada sikit simpati kat situ..adah tolong pak cik tu naik tangga...yang lain buat bodoh je..*bukan nak cakap adah baik atau apa,,,tapi terbayang kalau mak abah adah macam tu je...*...

pak cik mak cik tu pon berdiri jugak..ada satu mamat nie memang la hensem,,,p bila pak cik mak cik yang dah tua tue diri sebelah mamat nie...boleh dia buat tak tau je...adah nak tegur tapi malu..adah perempuan..nanti dikatakan berlagak baik...adah tenung je mamat tu,,,tak kan la mamat tu sanggup tengok pak cik mak cik tu berdiri lama nak tunggu giliran...korang sanggup ke tengok pak cik mak cik yang dah tua..diri pon dah tak seimbang..pakai bantuan tongkat lagi..??sanggup ke??mesti korang tak sanggup punye,,,

mamat tu duduk paling hujung dan sebelah dia kosong...sebelah dia lagi ada sorang perempuan yang dukung baby kecik..tak kan la nak disuruh perempuan tu bangun,,,ape la salahnye mamat tu bangun sedangkan turn dia sekejap je lepas tu..

last last adah dengar pak cik tu cakap dengan mamat tu,,,"anak..anak untung kan...masih kuat dapat tunggu dengan selesa..tak macam pak cik mak cik nie.."...kalau adah kene rasa-rasa tersentap jugak hati nie..muka mesti dah merah padam.,,tapi mamat nie selamba badak je pusing kan badan bagi laluan kat pak cik tu untuk masuk dalam duduk bahagian dalam..habis mak cik tu berdiri je??..nasib baik ada hamba ALLAH yang baik hati pegi tegur budak tu..mamat tu bangun p kaunter terus bla...xmintak maaf atau senyum pon...ish!ish!..

moral value yang adah dapat hari semalam...belajar la menghormati orang tua,,,satu hari nanti pon kita akan jadik macam diorang...dengan zaman serba moden yang lupa nilai-nilai murni tak mustahil zaman akan datang ada lebih teruk dari nie...


dahulukan la orang tua di kawasan awam..beri tempat duduk korang kat mereka...tak rugi pape pon..
bila orang tua melintas...korang hormat dan perlahankan la kenderaan korang...diorang tu dah xmampu dan xlarat nak berjalan laju2 macam korang..
dalam kenderaan awam macam bas...bagi je tempat duduk korang kat orang lebih tua dari korang..pada ibu mengandung pon...

Wednesday, January 12, 2011

~lelaki~

fuh!fuh!sangat2 berhabuk...aish!baru 1 2 ari akak tak menghupdate entry dan blog...cinta ketat2 tau habuk nie...=)..

assalamualaikum...sorry la..semalam kan public holiday bagi rakyat jelata johor..and so do i la kan..=)...

entry kali ini adah tak maksudkan semua lelaki tau...cuma sesetengah pihak saje..sebab..kerana golongan2 yang kecik nie la buat semua perempuan samakan semua lelaki...paham x??*buat2 je la paham k.*..

bukan jadik pelik kalau lelaki ini lebih tertarik kepada perempuan..
tapi pe yang wat mereka tertarik???

adakah kerana wajah yang cantik dan comel??

adakah kerana bentuk badan yang seksi lagi mengliurkan??

adakah kerana pakaian wanita yang lebih menarik perhatian??

sebenarnye semua yang ada kat atas nie la jawapan..banyak lagi jawapan selain nie..serius..adah cakap..perempuan dengan lelaki macam magnet..


tapi..bergantung la pada kite nak menghandle relationship magnet tu...berpada2..berjaga2...berwaspada...dan macam2 lagi ber la..haha...

k...nak cite sikit pasal pengalaman adah..baru je berlaku...*aik!jangan pikir yang ngak ngak k..*..dunia internet tanpa sempadan nie susah nak halang diri kite atau orang len buat sesuatu tanpa izin kita,,,setuju?

tadi adah seorang hamba ALLAH yang berjantina lelaki..usah adah sebut nama nye..cukup sekadar adah cerita pengalaman adah untuk jadik pengajaran bagi korang2 wahai kaum hawa,,,=)..dia add adah kat  facebook
so adah just approve la kan..tetibe bunyi bling!bling! *sungguh beriya adah bercerita,,*..adah chat seperti biasa...tetibe dia terus cakap itu dan ini pada anggota tubuh adah...adah rasa seram sejuk la kan..dan apabila dia tengok semua pic2 perempuan kat fb dia kata dia dah mula S**M....*korang paham kan??*..

tak de ke perasaan malu bila dia cakap macam tu kat kaum hawa yang sepatutnya dia lindungi...mm..k..adah xsalahkan kaum adam yang segelintir tu k..sebab kalau perempuan tak mengexposekan picture2..dan macam2 lagi..mesti lelaki tak lebih tertarik untuk melihat lagikan menyentuh,,betul x??


kesimpulannya..lelaki perempuan kena la bijak untuk menggunakan dunia tanpa sempadan ni..takut makan diri..dan jauhkan diri2 kite kaum hawa dari jadik mangsa segelintir lelaki yang tak berhati perut,,,k??

Monday, January 10, 2011

~kekasih vs kawan~

assalamualaikum...

memandangkan idea nak membuat entry xde..so..adah buat entry satu ari sekali..k??haha,,
cukup la daripada tak de langsung kan..haha..mood adah pon agak melayang terbang ntah ke mana hari ni..very the moody mood..tapi masih leh handle lagi k...

eh!eh!pe nie mak cik..sorry k..my bibik sebok lap entry adah nie yang agak kusam dan berhabuk..haha..

back to our topik...wah!!pastinye akan hot lagi nie...~kekasih vs kawan~..sensitif tau topik nie bagi adah..haha..*akak kuat cemburu ok!*..yela..cemburu dengan kawan adah sendiri rapat dengan kawan yang lain...pe ntah lagi kalau en.tunang pon sebok ngan kawan2 dia...wah!!lagi hati ini panas...=)...*dah panas leh smile la ko kan..*..


1) biasanya bila dah ada kekasih..mesti ada benteng antara korang dengan kawan korang...betulkan??..mesti betul punye..haha..bab adah ada pengalaman adah sendiri..so adah nak kongsikan dengan korang la,,,
bila perempuan nak keluar dengan kawan2 perempuan yang lain..sebok pegi mintak izin bf/gf..kalau si boypren tak bagi keluar..maka dibatalkan plannye..mm..korang mesti pernah alami bende nie semua kan??adat la..kongkong mengongkong..tapi jangan la sampai menjejaskan hubungan persahabatan..

2)..pape keputusan tentang korang ngan kawan korang..nape mesti bincang ngan bf/gf dulu?..k bukan semua xleh..leh...tapi ada la yang patut dan ada yang xpatut...=)

3)..dua2 sama penting..jadik pandai2 la korang bahagikan masa dengan diorang k..

4)..hargai mereka macam mana kita nak rasa dihargai...=)...

5)..jaga hati mereka kalau kite nak mereka jaga hati kita...

6)...berlaku adil...



cukup la..adah pon dah blur..haha...cukup la nie wat pengajaran adah dan semua k...

p/s...berkawan biar beribu,,bercinta biar 1,,,=)


Tuesday, January 04, 2011

~budak lencana~

assalamualaikum semua...=)...sambil-sambil nak mengelap lappy dan jugak entry yang agak berhabuk bab adah dah lama sangat rasanye tak menghupdate blog  nie...very the bizi day la..haha..=)..*mengalahkan PM lak pulak...*..
mau makan pon berteman ngan mak abah lagi...haha..*sangat memalukan bila ingat balik*

so..what stoli moli 2 day??mm..kan sekarang musim sekolah...adah nie excited sangat-sangat tengok adik n anak sedara adah siap-siapkan barang nak pegi sekolah...padahal adah dah 2 tahun tinggalkan sekolah,,,miss sekolah..ckgu...kawan2..=(...bila la dapat jadik macam dulu kan??*jangan nak mengharap..dah habis sekolah baru nak sekolah balik..dulu tak nak..*..nie la kate pepatah nak kuar...sesal dulu pendapatan..sesal kemudian tak berguna..hahaha..sedih je kan..

paling teruja adah tengok anak sedara adah la yang paling sulung nak masuk darjah 1..dia la paling excited nak pegi sekolah..sampaikan umi dia beli semua ikut selera dia..beg yang ada roda tu memang berat..kalau isik buku lagi la berat..yang paling nak gelaknye..beg tu lagi besar dari badan dia..semua barang nak ada gambar BEN10..sabar je la melayan kerenah..

teringat pulak zaman acik dia nie nak pegi sekolah..semua barang nak warna pink..dari pencil box..beg...macam-macam semua nak warna pink..nasib baik undang-undang sekolah warna putih bj n kasut..kalau tak..pink jugak la..hahaha...*serabai tau kalau ingat balik..haha*

bila nak anta dia kat sekolah..punye la ramai..macam kat shopping complex..haha..so happening..*nie akk adah cite kat adah la kan..adah stoli kat korang,,*..bab 1st day anak sekolah mak bapak yang terlebih excited..semua amik cuti umum sempena nak anta anak pegi sekolah..haha..kelakar..macam-macam ragam korang nampak kalau anta budak baru 1st time masuk sekolah rendah..anak tak menangis..mak bapak lak yang menangis kat luar..haha..*menangis kegembiraan*..korang pe tau..haha..

yang adah tak tahan..penat la umi ngan ayah ank sedara adah nie teman n amik cuti semata-mata terlalu excited anak sekolah..abin *nama manja ank sedara adah*..leh halau umi dia..haha..dia cakap.."umi wat pe kat sini..balik la umah..abang ada kawan.."..bagusla hari pertama sekolah dah leh selesa..so..second day pon macam tu jugak..anak sedara adah yang darjah 1 xmenangis..tapi ada budak nie darjah 2 melalak nak mak dia ada ngan dia..haha..ikutkan hati mak dia rasa-rasanya dak tu dah makan penampar,,haha..nasib baik depan orang n rasa sabar 2 tinggi...haha..

p/s. :..teringat zaman dulu nak masuk sekolah..menyusahkan mak abah je anta n teman sampai abis sesi persekolahan...jasa mu sangat ku kenang...=)

Monday, January 03, 2011

"Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak"

bloglist budak botak??budak botak??haish!!nie bukan budak botak tangan panjang...tapi ini budak botak banyak buah fikiran,,,mana x adah cakap macam tu..cuba korang p kat  Budak Botak ni..manyak tau ilmu yang dia bagi kat korang..xcaye???p la klik sini...n korang nk join segmen nie pon k jugak..just klik kat penganjur..untuk tau lebih lanjut..haha...

nama penuh adah...SYUHADAH BINTI RAZALI...so..gender adah of course la girl!....=)

adah tag kat :

"Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway"

join contest lagi??biarla..mood nak join je mana2 contest...termasuk la contest yang dianjurkan oleh IR...hadiah dia 2 lagi menarik...sangat-sangat menarik la..haha...so..kalau korang nak join..just klik sini ...

see..see..see...hadiah dia sangt mnarik kan...so..adah nak tag..4 orang yang so lucky 2day...

~Bloglist Istimewa Untuk Blogger Baru~

setelah 3 ari lepas di tag oleh cik niena the hotest...baru la berkesempatan nak buat..thanks cik niena...=)...memang kali nie betol-betol tepat kene kat batang hidung adah,,,dan sedang elok la adah join segmen nie...sebab ciri-ciri dia tepat ngan adah yang mempunyai followers kurang daripada 300 orang..nie jangan cakap 300...20 oang pon lom sampai...*rasa malu yang teramat sangat menyelubungi diri*..

p adah bersyukur la..ada jugak kan nak follow..dari xde..??xke malu teman wat trafik yang xpernah orang nak lalu..haha..so..adah decide nak join segmen  "bloglist istimewa untuk blogger baru 

Ahsfantasy24.com ingin menjejaki blogger baru, khususnya bagi mereka yang mempunyai bilangan follower kurang daripada 300. Tak kiralah walau dah bertahun, tapi kadang-kadang tetap baru kan bila tak ramai yang berkunjung. Rasa segan nak beramah mesra dengan mereka yang punya follower yang ramai? Jangan bimbang sebab anda pun mampu setanding mereka, berusahalah.

kerana tag line 2 la adah berminat nak mencuba,,,sekali berusaha...=)..so,,adah!!cayok!cayok!


so..adah nak tag kepada manusia yang xpernah malas nak meninjau adah punye blog...

" Saya Budak Baru Belajar "

 "saya budak baru belajar"..amik galah tolong jolokkan..kalau salah tolong tunjukkan...haha...berpantun ye di 1st entry adah setelah masuk tahun baru...=)
sesuai sangat la tu dengan adah yang baru nak berjinak-jinak ngan dunia blogging nie..mana adah cakap adah tak baru...followers adah pon sikit tapi adah bersyukur la tau..ada jugak yang sudi nak menjadik followers pada blog adah yang hampeh bagai nie..haha..*rendah diri sikit-sikit apa salahnya..*..haha

sangat-sangat tertarik ngan segmen "SAYA BUDAK BARU BELAJAR" yang dianjurkan oleh cik atiqah...sesekali nak mempromosi blog pe salahnye...bukan blog orang lain pon..haha..=)

 k..lets continue..adah punye blog nie kire baru la sangat-sangat...adah wat blog nie bulan 8..dan sepanjang 5 bulan 2 adah banyak belajar dari bloggers-bloggers yang expert nie..n blog adah nie nurkilan dari adah sendiri..dah mcm diari la..kalau ada sebarang kekurangan jangan la malu nk bagitau..adah leh perbaiki yang mana kurang k...=)

nak tag kat sape ek???mm...adah tag kepada semua followers adah dan yang sudi blogwalking kat sini...=)