Wednesday, October 31, 2012

Kenapa Customer Always Right??????????????




jiwa kacau sentiasa la jawabnya kalau nie yang kita pegang...
tapi bila kita jadi customer..
memang ini yang kita nak kan...

demi rezeki sesuap nasi anak laki...pffffttttttt~ ~
sanggup jugak di telan semua nie..

tapi kan..nak buat luahan perasan juga kat blog kesayangan mama adah nie...

tak salah kalau korang sekalian alam nak cerewet dalam bab-bab pilih barang..
tapi kalau dah memang korang high taste la katakan better tak payah jugak cerewet tentang harga..
dah benda nak kualiti...pastinya harga pon ikut tinggi..
nie tak...nak tinggi kualiti..bila dah berkenan..harga pulak dikatakan tinggi..
kan senang kalau korang bagi je budget..senang kerja makcik nak oi..
senang jugak adah bila nak berurusan dengan pelanggan yang budiman sekalian alam..

bukan la semua customer macam nie..setengah je..
tapi yang setengah nie jugak yang memeningkan kepala..
sabar la sayang wahai hati...


senyum selalu supaya rezeki sentiasa masuk dan berkat...amiiiiiiiiin..



p/s : sekejap je rasa lahirkan asyraaf sebab dah pandai sangat menyiarap.....weeeeeeee..

Friday, October 12, 2012

Dapat Anak Jadi Botak..=__+''


setiap kali sikat rambut..
mesti banyak sangat rambut yang ikut sekali dekat sikat tu..
makin disikat,, makin banyak la rambut yang tanggal... =_-'

haih.........bila tanya dengan mak adah dan mak mertua,,
semua cakap..''biasala kalau dah jadi mak..memang rambut banyak hilang''..
apa kena pulak anak dengan rambut...
ingatkan salah guna shampoo ke atau memang rambut jenis tak kuat..
sebab anak dah main bubble pakai ayak liur basi diorang la..
punca rambut adah gugur,,,!!!

tapi adah suka tengok Asyraaf main bubble tu...
nampak sangat cute...*pang*...puji anak sendiri la pulok..haha

dengan dia bubbling aaaaaa...yayayyaya..babababa...
cepatnya masa berlalu...
dah nak masuk 4 bulan sudah...


yang ada pengalaman tu bagitau la tips supaya rambut tak makin gugur...
sadis oo tengok rambut makin banyak gugur..huhuhu..




notahati: lagi 2 bulan dah leh bagi asyraaf makan..yippi!!

Tazkirah Hari Ini #01#







Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".

- Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

Wednesday, October 10, 2012

Akibat Timang Anak..



adah dapat info nie dari facebook...
kebetulan anak adah baru nak masuk 4 bulan..
keseronokan nak bermain dengan dia sentiasa ada..
lagi la asyraaf tidur dalam buai waktu siang..
malam je dia tak perlukan buai..

tahap buaikan tu laju ke pe ke...
adah memang pastikan asyraaf tak akan dienjut kuat2..
bila dah tidur..tak payah enjutkan buai..

so..insiden bawah nie boleh jadikan panduan dan iktibar k..






Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.











rujukan : 
http://www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm

Friday, October 05, 2012

Tolong!! susu untuk asyraaf semakin kurang...

salam semua..

rasa down sangat bila adah tak berjaya susukan sepenuhnya anak adah..
terlampau banyak sangat halangan untuk adah susukan anak adah dengan anugerah yang memang hanya ada pada ibu sahaja..

tapi apa kan daya...kehendak diri terpaksa pendamkan kerana ada sedikit masalah..mmm...

sekarang adah nak mintak bantuan ibu2 yang menyusukan anak sepenuhnya..
macam mana nak banyakkan susu badan nie...
adah dah betul2 runsing...risau pon ada..
susu belah kiri langsung tak nak keluarkan hasil..
belah kanan kais pagi makan pagi..
padahal asyraaf baru 3 bulan nak masuk 6 bulan...
biar la walaupon adah tak dapat susukan sepenuhnya..
sekurang-kurangnya susu badan adah kuarkan hasil untuk asyraaf walaupon sikit..

cemburu sangat dengan orang yang bagi sepenuhnya susu ibu kat anak diorang..huhu..

"mama...asyraaf nak susu mama....susu botol tak shedap la mama.."

asyraaf memang malam tak nak susu botol langsung...
memang nak direct susu...hihihi..
walaupon susu kuarkan hasil kais pagi makan pagi..
adah tetap perah...
tapi makin sikit..sekarang tinggal sebotol je...
huhu...
tolong la adah...







notahati:..harap sangat susu kembali kaya seperti dalam pantang...^_^