Friday, April 19, 2013

Perginya Abah Tak Akan Kembali..-____-

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak berupdate blog.. bermacam dugaan keluarga kami lalui...
Paling yang menghentam jiwa dan perasaan bila abah pergi untuk selamanya..
Pergi meninggalkan kami buat selamanya..
Hilang gurau senda abah..
Hilang penasihat terhebat kami..
Hilang tempat untuk kami bergantung dan bermanja..
Hilang orang yang paling dekat dengan kami..
Hilang orang yang paling bertanggungjawab dalam mendidik kami..
Hilang seorang suami yang baik pada isterinya..



Hanya doa dapat kami iringkan pemergian abah..
Semoga abah dapat berehat dengan aman dan tenang disana..
Kami redha andai ini yang tertulis buat kita sekeluarga..
Kasih sayang abah pada adah sangat adah rindukan..
Alhamdulillah. .segala apa hajat abah untuk kami adik beradik laksanakan dapat kami lakukan..

Doktor bukan ALLAH. . Tapi kami tau diorang dah buat sehabis baik untuk abah..
Jangkaan diorang abah dapat bertahan seminggu..
Sempat adah ucapkan adah sayang abah..
Abah pon sempat cakap sayangkan adah jugak..
Tengahari waktu melawat adah datang jenguk abah dekat hospital..
Maafkan adah waktu tu adah kerap keluar dari wad abah..
Hati adah sakit dan tak sampai hati tengok abah seakan lemah.
Puas jugak adah cium abah.peluk abah..kita sempat berbual.
Bila mama ogy cakap kaki abah sejuk..tak terlintas dipikiran adah itu petanda abah akan pergi..adah ingat sebabkan suhu aircond..
Tangan abah waktu tu hangat..sehangat kasih sayang abah..
Habis waktu melawat adah terpaksa keluar nak hantar atok balik kampung..
Adah janji akan datang waktu melawat petang..
Abah hantar kitorang keluar dari bilik dengan pandangan yang susah adah nk jangka..
Andai adah tau abah akan pergi untuk selamanya..
Akan adah setia kat sisi abah..

4.10p.m abah menghembuskan nafas yang terakhir..
Hanya ada emak disisi abah..
Sekejap itu abah pergi.. bukan sekejap itu jugak kami dapat lupakan kenangan dengan abah..
Dari kampung adah terus balik hospital.
Tak terungkap macam mana perasaan adah waktu tu..tengahri dapat berbual dengan abah.
Petang hanya dapat melihat wajah suci lelaki yang besarkan adah dengan susah payah tebujur kaku..
Semua urusan terakhir untuk abah dapat kami adik beradik saksikan..
Adah dapat iringi abah dalam van jenazah sampai kerumah..
Membaca yassin dan teman abah wat kali terakhir dirumah kita..
Walaupon hanya ila dapat mandikan jenazah abah..adah ada kat sisi abah melihat abah dimandikan sebersihnya untuk berjumpa dengan sang pencipta..
Bila abah dikapankan..itu lah detik paling sedih dalam hidup adah..
Sebab tinggal beberapa minit lagi adah dapat tatap wajah tenang abah..
Sebak rasa hati bila adah dapat mencium wajah tenang abah yang sejuk wat kali terakhir..
Kami berempat mengiringi abah ke tempat persemadian abah..

Tenang la abah disana.
Hampir 1 tahun abah derita sakit..
Kami redha abah pergi dengan mudah sebab kami tak sampai hati tengok abah sakit..
Berehat la abah disana..selagi hayat kami dikandung badan doa dari kami buat abah tak akan pernah putus..

Al-fatihah!
Inna lillahi waina illaii rojiun...

Thursday, April 04, 2013

Jangan Dipukul Anak Menangis!!

assalamualaikum..

bila ada boypren kecik nie kena ikut time dia baru dapat update blog laju-laju..hihi..
boypren no 1 ok..yang lain-lain no 2 pon tak apa...

kadang-kadang bila kita dah penat sangat..
lepas tu si boypren kita menangis je, merengek je..
kita nie mama dia pon lama-lama boleh hilang sabar..
tapi tak ada la sampai nak pukul dia ke apa...
macam adah kalau dah penat sangat dan asyraaf menangis tak tahu nak apa..
dah sapu minyak kat perut..dah tukar pampers dan macam-macam lagi buat..
tapi still merengek dan menangis..adah panggil pak zarif...
suruh dia dukung sekejap bawak pusing-pusing dalam rumah..
bagi adah cool down sikit..baru adah amik asyraaf balik..

bila dia dah dibawa ayah dia dukung pusing satu rumah..
lepastu tengok adah dengan air mata meleleh je..
memang tersentuh la keibuan adah..

asyraaf masa dalam hari.....^_^..

so..pada ibu atau bapa diluar sana..
yang bila balik kerja atau banyak kerja sampai balik rumah penat..
anak pulak menangis..
sebelum kita nie hilang sabar baik jauhkan diri dari anak korang..
takut dalam tak sedar korang dah pukul dia..dah goncang dia..dan menyakitkan baby korang..
bagi pada suami atau isteri dan korang calm down..
nie cara adah la...sebab kita nie manusia biasa..
penat dengan segala urusan semua..walaupun duduk rumah tau..
adah tak pukul cuma adah biarkan dia nangis..lepastu adah peluk asyraaf..
usap badan dia, usap kepala dia..
pujuk dia..puji dia..cakap "anak mama nie baik kan...kenapa nie meragam,,takmo menangis lagi ok..
mama dengan ayah ada nie selalu dengan asyraaf"..

meh sini adah nak kongsikan kenapa kita tak boleh pukul anak bila dia menangis...





JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)


p/s : anak anugerah yang sangat ternilai...lahirnya asyraaf bagi seribu makna dan harta tak ternilai pada adah..
        dia la penguat semangat kami untuk bagi yang terbaik untuk dia pada masa akan datang...

Wednesday, April 03, 2013

Asyraaf dan Tonsil Yang Menyakitkan!!

assalamualaikum..........

boypren kecik tengah tidur so mama boleh la update laju-laju blog yang dah bersarang nie...~haish!!~

minggu lepas minggu yang sangat ktitikal bagi adah dan pak zarif..
mana taknya asyraaf berperangai je..
dari malam tak lena nak tidur..kejap-kejap bangun menangis..
bagi susu diam sekejap lepastu nangis lagi..
dengan muntah yang kerap sampai naik lembik..

nak kata jatuh terhentak kepala tak jugak..
sebab asyraaf adah perasan yang dia pandai imbang kan badan bila bangun, duduk dan jalan,,
potensi untuk dia jatuh sangat kurang..

hari jumaat adah bawak asyraaf pergi klinik kerajaan..
sebab keadaan asyraaf dah lemah sebab muntah yang kerap..
badan dia pon dah 37.8..sangat panas..

bila check dekat klinik tu suhu asyraaf naik sampai 39..
lagi gabra mamanya nie..lagi la pak zarif tak ikut sama sebab kerja...
anak sedara pak zarif yang teman...
bila doktor check asyraaf dia kata asyraaf terkena jangkitan kuman..
dan kalau muntah berterusan lagi dan lemah terus pergi hospital masuk air...
lutut nie dah gigil je..



doktor cuma bagi antibiotik, ubat demam dan air garam...
semalaman tidur tak tenang sebab asyraaf still nangis sampai muntah-muntah..
cuma nak tidur atas badan adah je..huhu...

esoknya hari sabtu adah pergi klinik penawar dengan pak zarif dan mak mertua...
bila doktor check baru tau asyraaf sakit mulut..
ada mata ikan dalam mulut area tekak..
sebab tu susu badan ke susu botol dia tolak..
air liur meleleh je....ingatkan nak tumbuh gigi...huhu





doktor suggestkan makan benda sejuk..
susu pon disejukkan..
dari pagi sabtu tu asyraaf tolak susu..so kitorang decide beli soya sejuk masuk dalam botol bagi kat asyraaf..
laju je dia minum... lepastu terus tido nyenyak..
ALHAMDULILLAH...
lega hati tengok dia dah bertambah baik sekarang...



p/s:bukan tak percaya pada hospital kerajaan cuma asyraaf mungkin tak serasi pada ubat tu..dan doktor klinik lebih detail check asyraaf...^_^