Friday, February 22, 2013

Dalil Cinta :Serupa Tapi Tak Sama!!..^_^


assalamualaikum...

sejak jadi suri rumahtangga sepenuh masa nie..memang dapat banyakkkkkk masa untuk tengok tv..
lagi-lagi time nak tidurkan asyraaf yang langsung tak nak buai..hihi..

pagi tadi layan cerita DALIL CINTA dekat TV3..
memang kelakar dan macam ada sikit-sikit je kena dengan adah..hihihi..
yang samanya..perempuan tu lebih muda dari suaminya..
kejutan budaya lepas kahwin... sikap pemalas masa anak dara tu ada sikit sama..
KECUALI..almari baju yang penuh dengan baju tak lipat tu je tak..hahaha..

gambar nie sumber ikhsan en.google..

kat bawah ni ada sinopsis cerita tu..
memang kelakar tapi bagi pengajaran ok..

Nisa adalah seorang gadis berasal dari bandar manakala Zarif pula adalah anak tunggal pasangan dari Felda Bandar Triang. Mereka berkenalan apabila Nisa membawa skuternya yang rosak ke bengkel Zarif dan mula menjalin hubungan cinta. Pada mulanya hubungan mereka direstui oleh kedua ibubapa Nisa dan Zarif sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Ibubapa Nisa membantah kerana mahukan Nisa menyambung penagajian ke kolej terlebih dahulu.
Malah mereka risau dengan sikap Nisa yang sudah tersedia maklum malas dan tidak mahu membuat kerja kerja rumah. Mereka merasakan Nisa masih belum layak. Nisa tidak dapat menerima bantahan kedua ibubapanya lalu mula memberikan pelbagai alasan untuk menyakinkan mereka. Alasan demi alasan yang diberikan akhirnya melembutkan hati ibubapa Nisa terutamanya apabila Nisa berjanji akan belajar membuat kerja rumah serta akan tetap menyambung pengajiannya. Tetapi selepas berkahwin perangai Nisa masih tidak berubah.

adah masa mula-mula kahwin memang ZERO tentang masakan..

tapi sebab dah rasa tanggungjawab sebagai seorang isteri, hari-hari mak berdiscusion dengan en.google cari resipi yang terbaik, jimat masa, simple tapi sedap..hihihi..

dan sekarang ALHAMDULILLAH...berkat kerajinan adah tu boleh la masakkan sikit-sikit untuk en.suami..
lagi la sekarang adah dah jadi mama kepada asyraaf yang dah kuat makan sekarang ni..
air tangan mama dia jugak dia suka...
makanya..lagi rajin adah nak belajar..hihihi..

kesimpulannya, memang selagi kita belum ada rasa tanggungjawab yang kita pikul, selagi tu la kita suka ambil sambil lewa je apa-apa masalah.. tapi bila ada rasa tanggungjawab tergalas kat bahu kita, automatik korang akan pandai dan belajar..YES!!
mesti belajar.. tak ada siapa yang lahir terus pandai kemas rumah, pandai masak, pandai semuanya la..
semuanya kena belajar... yang penting jangan berat mulut nak tanya dekat orang yang lebih berpengalaman, kalau dah malu sangat jangan berat tangan nak search dekat internet...hihi.
sekarang kan ilmu semua dah dihujung jari...






SEGMEN BLOG KESAYANGAN :Blog CoklatEyes


assalamualaikum...
sejak dari mengandung, melahirkan sampai la bujang tu dah besar..
rasanya ini la segmen pertama adah join..
sebabnya dulu-dulu tu pembawakan budak... budak dalam perut tak suka mama dia online je.
suruh tido dan rehat yang banyak...hiihihi..

sekarang adah nak join segmen dari akak COKLAT kita..
blog feveret ok..
WAJIB buka hari-hari sebabnya akak COKLAT menggunakan ayat yang sangat sempoi..tak bosan baca.
lagi satu akak COKLAT banyak bagi ilmu dekat blog dia..serius tak rugi la terjah hari-hari blog dia..hihihi..
so, adah mesti nak jadi salah seorang blog kesayangan akak COKLAT nie...


segmen dia last hari ni...baru berkesempatan ye nak join..
korang semua tak rugi...
sebab nanti dapat la lawatan dari akak COKLAT sambil makan coklat dok gigih baca blog kita pulak...


klik pada gambar akak COKLAT nie untuk terjah blog beliau ok..
jangan terjah je la..join sekali...


cara-cara nak join segmen nie adalah seperti yang berikut : *skemanya ayat!!*



lagi satu kan..blog akak nie kan sangat cantik tau susunanya..
kreatif pon ye..kenapa la otak mak-mak nie dah kurang daya kreativiti ek??huhuhuhu...

so...jangan ketinggalan...LAST DAY tau hari nie...

Tuesday, February 19, 2013

Tidurkan anak dengan mudah.^_^


assalamualaikum...

hari nie19hb Febuari 2012..maka genap la asyraaf berusia 8 bulan..
ramai cakap badan dia makin kecik, susut la..
tapi tak apa..try dukung, berat lebih dari dulu..sebab anak mama kuat makan...hihihi..
tak kisah orang nak cakap apa kan sayang mama..asalkan anak mama sihat..

dan usia genap 8 bulan nie asyraaf dah start meragam TAK NAK buai..
dia lebih suka tidur bawah..
ALHAMDULILLAH..memang tu la impian adah dari dulu..hihihi.
sekurang-kurangnya asyraaf yang surrender tak nak buai lagi..
dan dekat sini adah ada nak share tips untuk menidurkan anak anda semua tanpa buai..

SHARING IS CARING..
CARING IS LOVE... ^_^


1. Tukarkan lampin yang baru/bersih

2. Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih

3. Ambil lotion/minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut simanja anda.

4. Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin/lotion.

5. Urutan pada bahagian badan,perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda.

Anda tidak perlu mengunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan simanja anda. Kerana tidur yang paling baik adalah dengan menidurkan bayi diatas tilam dan dengan keadaan mengereng ke kanan.


Asyraaf sekarang suka tidur bawah.. lebih suka mengiring ke kiri la sebab dia akan menyusu badan dari susu belah kanan adah.. tu je yang keluar susu..huhu...

p/s: baby memang suka kalau kita ibu dia  urut dia lepas mandi..hiihi

p/s :en.suami dekat jb..tengok bola live dekat stadium larkin..mama dengan asyraaf sorang je la kat rumah...

Tebus Rebate RM200.. ^_^


assalamualaikum...

rasa berbangga bila dilahirkan di bumi Malaysia yang aman damai lagi sentosa...
sekarang lagi macam-macam bantuan kerajaan berikan pada rakyat.. bersyukur sangat..
lagi-lagi sekarang macam-macam bantuan kerajaan bagi antaranya PAKEJ KOMUNIKASI BELIA..
yang berkelayakan dia antara umur 21 hingga 30 tahun..
so diantara umur yang diluluskan kerajaan, umur adah dan en.suami LULUS dengan bangga dan senyuman besar.. hihi  *over kau adah!*..
dan syarat-syarat seperti, gaji dibawah RM 3000 dan 1 nama 1 rebat atau telefon.. memang sah-sah kami lulus..hihihi..*bangga lagi*..

TERIMA KASIH KERAJAAN KU.... ^_^
TERIMA KASIH PM KU... ^_^


mula-mula adah malas nak tebus rebate nie dekat PAKEJ KOMUNIKASI BELIA...
TETAPI.. hari rabu hari tu en.suami ajak jalan dekat Kluang Mall..
habiskan masa cuti en.suami dan kebetulan kitorang balik awal dari beraya cina di rumah kawan en.suami..
so, bab jalan jangan dilepaskan..hihi.. bila jalan-jalan dekat Kluang Mall nie kitorang TERberhenti dekat CELCOM CENTRE sebab ternampak handphone baru..
saje je nak test-test kan... bila tengok harga selepas rebate not bad la..
nak dapat NOTE 2 dari en.suami kena slow-slow kan..tak nak mendesak.. mahal kot..
bila tengok handphone yang function dia lebih kurang SAMSUNG je..
terus kenyit-kenyit mata dekat en.suami... hihihihihi..
en.suami yang sangat memahami isi hati sang isteri yang kenyit manja pon cakap..
"kan abang dah suruh tebus rebate tu.. beli sekarang atau nanti tu masalah lain..sekarang pergi tebus dulu ok"..
balik tu terus adah daftar dekat pakej komunikasi belia tu..

nie en.suami punya rebate..rebate nie kena bawak time nak beli handphone nanti..
so lepas tebus rebate nie kena print ye...

sesambil tu buat research juga pasal handphone baru tu..
tapi tak banyak review yang adah dapat..
mungkin sebab handphone tu baru lagi kat MALAYSIA...
ala NINETOLOGY tu.. kamera dia sangat puas hati la..
so sekarang tengah buat research lagi pasal handphone nie..hihihihi..
lambat cepat dapat tak kisah..
yang penting buat dulu kajian ok...hihihihi...

so, kepada yang layak tu.. jom la daftar dekat SKMM untuk PAKEJ KOMUNIKASI BELIA..
tak rugi pon kalau daftar tapi lambat beli... slow-slow ok..

Friday, February 15, 2013

Dilema Madam Adah : Bagaimana Mengatasi Kegawatan Susu Ibu???


assalamualaikum...

asyraaf dah tidur baru boleh mama kembang tangan nak update blog dan buat sedikit research dengan en.google..
sejak jadi mama nie..adah sangat sebok mencari ilmu untuk besarkan anak, ilmu untuk jadi isteri yang baik, ilmu untuk jadi suri rumahtangga yang menyenangkan, ilmu untuk jadi anak yang baik buat kedua ibu bapa, ilmu untuk jadi menantu, biras, dan semua la... semua nie perlukan ilmu.. *dulu time sekolah cikgu suruh belajar keje adah cabut je..huhu..menyesal!!*

sekarang adah nak tanya korang dan mintak pendapat dari korang semua...
adah nak sangat direct feeding asyraaf sampai umur dia 2 tahun..
hari pertama dia lahir dah kena tahan NICU..
susu formula susu pertama yang dia rasa.. bila sampai rumah nak berpantang, adah belum urut lagi, 
pagi-pagi buta dalam pukul 2 pagi en.suami keluar cari susu formula sebab asyraaf dah mengamuk lapar..susu setitik pon tak keluar lagi..
bila berpantang, dicampur juga susu formula..
sampai sekarang susu formula dicampur dengan susu badan...
tapi asyraaf lebih suka susu badan... dapat botol pon mesti nak badan jugak..
kesian jugak dekat anak.. nak buat macam mana..susu kais pagi makan pagi..kais petang minum petang..hihihi..



soalan adah untuk penyusuan ni :

1- tidak lambat kan untuk adah bagi susu badan terus kepada asyraaf sampai 2 tahun??sebab asyraaf dah 8 
     bulan..

2- macam mana adah nak banyakkan susu badan yang sedia ada nie??

3- susu badan adah cuma adah sebelah kanan sahaja, belah kiri dah slow.. macam mana nak atasi masalah 
    nie?

4- perlu makan supplement apa untuk bagi susu yang banyak dan berkhasiat untuk asyraaf??

kalau kalian yang baik hati ada terbaca mana-mana review tentang orang yang berjaya menyusukan anak diorag dengan baiknya..*jeles!*..bagi link ok..kalau yang tengah baca ada pengalaman dan link-link berkaitan..bagitau ok...sangat-sangat memerlukan ilmu yang terbaik untuk ini....*sambil buat muka kesian=_='*

asyraaf tengah tidur sambil susu badan ye...
walaupon sebotol susu habis..susu gantung jugak buat dia tidur..

keluarga kecil dan bahagia adah..waktu nie kat majlis hari keluarga..berkumpul 5 generasi HAJAH ZAHARAH.. dah bagi asyraaf susu botol..tapi susu gantung original jugak yang boleh buat dia dibuai mimpi indah dan nyenyak...lagi bawah kipas dengan hujan renyai-renyai..macam gitu je dia boleh tidur hampir 2 jam... penat pangku dia..hihi...
dan sebab ini jugak adah nak susukan sepenuhnya untuk asyraaf....

lagi satu, setiap malam bila asyraaf dah tidur dan setiap 2 jam dia akan merengek..maknanya dia nak susu.. bila bagi botol, dia TAK NAK hisap..kalau hisap pon sikit-sikit je dan amik masa yang sangat lama nak habis..setengah jam ke satu jam tau.. yang dia cari tetap MAMA dia punya.. mama dia kesian sebab susu yang sangat merundum.. 
bila bangun pagi je bagi susu botol asyraaf minum dengan laju sebab lapar hampir atau lebih 8 jam tak hisap susu.. hari-hari pujuk 'susu' mama supaya kaya seperti dulu.. kesian kat asyraaf.. :'(


p/s : cepat asyraaf tidur hari ni sebab penat belajar berdiri lama lebih 10 saat...bangga mama dia..bertepuk tangan macam kanak-kanak riang..hahaha...^_^

p/s : en.suami ada belikan anmum lacta... harus minum sebab terharu dengan kesungguhan en.suami nak tengok adah susukan anak kami dengan susu original.... ^_^

Kisah Asyraaf : Gelagat Asyraaf Dalam Kereta..


assalamualaikum semua..
salam jumaat..
sekejap je dah jumaat...
dah nak naik kerja balik en.suami..huhu..
berkurung lagi la dalam rumah layan bujang sorang yang makin lasak dengan gaya sendiri..hihihihi..



"ayah nak bagi asyraaf bawak kereta ke tak??kalau tak asyraaf cabut dua-dua pewangi nie..
biar busuk satu kereta ayah!!".....^_^

mahu mama dia tak mengaum je setiap kali asyraaf celik mata...
kalau bangun pagi-pagi je..mesti bunyi macam mengaum kejutkan ayah yang lepak kat sebelah dia..
kalau tak dilayan mesti dipanjat bbadan mama atau ayah..
kalau tak di layan lagi dia pergi merangkak laju-laju sampai dekat meja tv..berdiri sambil pusing kan badan, lepaskan tangan dan jatuh ..macam tu la ulang-ulang..

kalau naik walker dia pulak...letak depan pintu depan rumah..laju je dia DRIVE sampai dapur..
aiya...macam nak tercabut jantung tengok dia makin laju je naik walker...

sekarang kalau dah dalam kereta..tak nak duduk dekat car seat..
nak duduk dekat seat ayah dia..sambil pegang stereng..
gambar akan upload bila ada banyak masa mengizinkan..
semua yang ada depan mata bila dalam kereta mesti dia nak pegang sambil cabut..
handphone mama dia dah banyak kali terperosok bawah seat..
lepas tu pandai buat muka tak bersalah sambil cari barang lagi nak baling...aiya!
rasanyan semua mama dan ayah diluar sana mesti dah rasai pengalaman macam nie bila anak tengah membesar ye dak?? 

bulan nie dah 8 bulan..
cepat masa berlalu..tapi asyraaf belum ada tanda gigi nak tumbuh..
tanda nak berjalan tu macam dah nampak sangat..hahaha..
tanda menjadi abang yang garang pon ye jugak...abang??ada adik lagi ke?????tetttttttt....BELUM lagi la jawabnya..hihihi..

paling seronok sekarang asyraaf tak banyak ragam macam kecik-kecik dulu..
dulu kalau tak cukup tidur mengamuk bukan main...jangan kata satu taman dengar bunyi dia jerit..
satu bandar boleh dengar..tapi sekarang tidak lagi..
mata dia boleh tahan 5 6 jam tak tidur tanpa mengamuk..
sejak dah pandai merangkak laju-laju, dah pandai nak main, dah pandai nak ngoceh *bebel bahasa baby* memang jarang anak bujang nie nak tidur..
kalau tak ada kawan baru mata dia surrender nak tidur..

paling ketara sekarang dia telah menunjukkan kuasa DITAKTOR!hihihi
kalau asyraaf tengah pegang barang, kita saja amik dari dia..
akan menjerit dan mengamok...alahai.....
kalau dia nak benda tu, benda tu juga kena bagi..

semangat pon ye, bersungguh-sungguh pon ye..
kalau nak kan benda tu..letak jauh-jauh pon sanggup redah merangkak nak juga benda tu..
keep it up ok sayang...

semakin banyak perkembangan asyraaf..macam cepat je dia dah membesar sekarang..
rasa macam dah boleh bagi adik ke tak ek??hahaha
*pang!!jangan mimpi....lambat sikit baru bagi..*



p/s :  lain baby lain la perkembangan baby masing-masing..ada yang seusia asyraaf dah tumbuh gigi, ada yang 
         baru nak belajar merangkak...so...kena paham perkembangan anak anda..jangan bezakan dengan anak 
         orang lain... ^_^

Saturday, February 09, 2013

Akhirnya kau Cair Ditekakku wahai CREPE!...

selamat berhari sabtu yang sangggggggat best!!
best sebab en.suami dah start cuti tanpa gangguan nak berjalan sana sini..
kalau tak nak kena buat appointment jugak nak jumpa en.suami sendiri..
asyraaf paling seronok..bangun pagi je dah panjat ayah dia...
selalu bangun pagi ayah dah siap berbaju kerja nak keluar rumah..
kira kami semua seronooooooooook sempena cuti raya cina nie...haha..

GONG XI FA CAI!!

yang paling menggembirakan hati ni sebab nampak ada benda yang boleh dimakan dengan penuh warna keriangan dalam peti ais...
walaupon mak nenek nie lambat merasakannya..tapi akhirnya..sepandai-pandai crepe menghilang akhirnya cair dalam mulut den jugak..hihihihi...
dah lama nak merasa...tapi apakan daya..kat kluang nie susah jugak nak jumpa..
selalu jumpa dalam facebook je..belum merasa dalam tekak lagi..
tapi akak adah dengan baik hati telah mengorderkan untuk adah sekali 2 set..
lepas nie harus berset-set *punah ranah bahasa ibunda* simpan dalam peti sejuk beku..
kenapa sejuk beku??
sebab dia akan jadi lebih oooooooooooommmmmmmmmm bila cair dalam mulut...
betapa gila nya sekarang pada crepe nie..haha


see...kecur tau...
yang warna warni nie memang rasa sangat sayang nak makan..hahaha...
waktu gambar nie diambil macam dah tak sejuk sangat sebab peti sejuk buat hal meragam dengan kawalan suhu tak menentu..mintak tukar baru la tu..huhuhu..

warna PINK = strawbery
warna COKLAT = milo
warna OREN = peach
warna KUNING = durian
warna HIJAU = kiwi


yang kotak bawah tak campur warna nie semua milo..
sebab en.suami benci durian..
bau durian je dah tutup hidung bukan main..hihi..
so..isteri yang mitali nie pon belikan khas untuk en.suami perisa milo nie..
yang 1 set lagi tu campur-campur..
confirm durian yang sebiji tu adah yang punya..
dah en.suami bukan hantu durian.....haisshhhhhh!


ada kisah durian antara adah dan en.suami akan ku kongsikan dan abadikan di blog kesayangan nie....hihihihi..
harus ma kongsi..
untuk tatapan anak cucu mak nenek ni nanti..haha..




Monday, February 04, 2013

Cara Mandi Wajib yang BETUL...

assalamualaikum...

tadi belek-belek facebook, ternampak panduan untuk mandi hadas..
satu info yang sangat berguna dan adah rasa sangat sesuai nak kongsikan bersama..
sebab kadang-kadang diri adah pon terambil sambil lewa je benda yang bagi kita remeh temeh tapi sebenarnya sudah melibatkan HUKUM wajib atau tidak.

sharing is caring...caring is love kan...hihihi..


Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.



Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.



Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.



Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.






sama-sama kita kongsikan ilmu ini ok,,,

SUMBER : FACEBOOK


Friday, February 01, 2013

Muhasabah Diri : Sentiasa Berfikiran Positif!!



selamat pagi semua....

dah lama rasanya tak update entry yang dulu nya hangat kini hangat tahi ayam...~pfffffft~
laptop problem..merajuk asyik kerah tenaga tapi tak nak bagi dia service terbaik..
sabar ea laptop...adah hantar nanti ye sayang..baik-baik la dulu...nanti rehat sekejap..hihi..

untuk pengetahuan diri sendiri dan orang ramai yang dok sok set tanya adah buat apa sekarang..
meh sini adah cerita dengan mak jemah semua ye..

sejak umur asyraaf 5 bulan setengah adah dah tukar tittle SURI RUMAH tangga sepenuh masa melayan kerenah bujang kami nie..atas sebab-sebab tertentu... dan adah mulakan dengan perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian wanita, kanak-kanak dan insyallah akan keluarkan BRAND sendiri...semua dalam perbincangan...



bila sebut SURI RUMAH je..semua akan pandang serong.!,...eleh..asal laki cek suka bini dia dok rumah layan makan minum dia, jaga anak dan rumah selagi tu la adah tak kisah mak jemah oi.......bukannya suri rumah tangga tu kerjanya BUAT ANAK je..ahaha..bukan semua otak la fikir macam tu..setengah otak je..haha.. lagi pon adah duduk rumah buat benda yang adah minat dan suka..lagi pon anak adah lebih terjaga sebab mama dia yang jaga sendiri.. BAHAGIA adah dapat tengok perkembangan anak dari hari ke hari tau.. ayah dia pulak cemburu jadi orang kedua tau..haha..

bila nak bagi anak adah orang lain jaga...takut juga..dengan usia aysraaf yang baru nak masuk 8 bulan..dengan gayanya yang makin lasak..takut orang tak tahan ada yang lebam sana sini..kesian dia..yang bestnya adah duduk rumah boleh pergi mana adah suka ikut masa adah..tak terikat dengan mana-mana pihak pon.. adah duduk rumah dapat jaga anak, dapat jaga makan pakai suami dan sekali dapat buat duit dengan perniagaan kecil adah.. nak apa lagi kan..

penat nak dengar orang yang sangat CEMBURU dengan life kita... selalu cari bahan cerita nak dijadikan bahan bualan orang ramai.. rasa diri ini terlalu famous kalahkan artis pulak...hihi..tak apa..lagi banyak orang cerita lagi banyak la orang sayang adah...hahaha...

lepas nie entry adah akan berbaur keibuan sangat..padahal umur baru 22 tahun...rasa tua la pulak..hihi.. cerita pasal asyraaf, pasal life adah...tak suka??kan ni blog adah..suka hati mak jemah la nak cerita apa ye dak...hihi..



notahati : saat entry dipublish..mama dengan asyraaf masih bergolek depan tv dipagi hari....hihihi