Wednesday, May 04, 2016

Asyraaf berselera dengan Caliph

Assalamualaikum,🤗

Lepas Asyraaf balik wad hari tu, dia dah terpengaruh dengan iklan dekat Tv. "Mama nak caliph, saya suka caliph". Hari- hari nyanyi. Pak Zarif bab anak memang dia layan. Maknya ni dah jadi no 2 dah.😓 Makanya dibelikan satu set ni untuk Asyraaf.

1 paket cereal Caliph ni serius sedap. Buat macam nestum. Asyraaf memang laju je la makan sebab rasa manis buah dan susu. Zahira kadang-kadang disuapkan pon laju juga makan.

1 botol Caliph ni 5ml untuk Asyraaf setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. Bila tanya Asyraaf apa rasa nya dia cakap emmm manis la.



Ni apa yang adah nampak Asyraaf makin berselera makan. Nasi siap bertambah. Dari segi fokus pon ada beza. Kita kan mak-mak ni memang selain doa kita akan usahakan sebaik mungkin untuk anak-anak.

Anak korang makan caliph juga tak? Mesti diorang hari-hari mintak kan?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 28, 2016

Anak beranak memanah tradisional.

Assalamualaikum,

Tahun ni Asyraaf dah sekolah untuk 4 tahun. Seronok dengan aktiviti sekolah Asyraaf. Cuma yang tak seronok tu Asyraaf hari-hari pergi sekolah menangis. hmm. Tapi kalau dah sampai sekolah dia diam pulak. Saje je nak mama dia ni urut dada setiap pagi.

Asyraaf tunjukkan minat nak main manah. Mak dia sokong je apa minat anak. Tapi ayah dia lagi excited lebih. Rasanya ayah dia yang lagi banyak pergi kelas manah dari anak dia. -_-'' Bezanya memanah yang Asyraaf dengan Pak Zarif join ni dia memanah tradisional. Peralatan yang digunakan juga berbeza. Ada untuk kanak-kanak dan untuk dewasa. Diorang juga tak memanah secara statik je, tapi ada mencangkung, memanah sambil berjalan, flying fox sambil memanah dan banyak lagi.


Hari sabtu hari tu Pak Zarif join Kursus Memanah. Mengelat dia tak bawak Asyraaf. Aku lagi la tak nak ikut sebab musim panas dengan Zahira lagi, lebih baik duduk rumah je.



Tahniah ye suami, dapat no 2 dalam pertandingan hari tu . Tapi awak tetap no 1 dalam hati kita. Chia.chia.chia. hahaha. Teruskan la memanah, nak main bola katanya dah pencen. Memanah ni kan satu sunah dan kegemaran Nabi kita masa dulu. Peralatan berperang Nabi.


Sunday, March 27, 2016

Dapur Mamaadah : Kek Coklat salut jem strawberry.

Assalamualaikum, 

Sejak dua tiga minggu ni pantang cuti mesti aku realisasikan impian anak tekak yang nak makan macam-macam. Perempuan kan, makanan macam terapi tapi kalau orang kata gemuk macam nak kena maki je orang tu. :/ Kali ni aku buat kek sebab nak gunakan jem strawberry pak long Asyraaf beli dekat Cameron bulan lepas. Tekak jawa memasing lagi-lagi Asyraaf kalau roti nak jemkan susu atau coklat, lain daripada tu maaf je la. 

Ini aku buat adunan untuk kukus tau, saje nak guna pengukus yang lama simpan. Bakar macam kering je, kali ni tekak nak kek version lembap. Walaupon wajah mereka ni tak semenggah, sesungguhnya rasa itu ada. hahahahhahaha





Ni la resipinya, tapi aku derhakakan resipi ni sebab ikut barang apa yang ada. :) Lagi satu aku suka ikut sukatan cawan. Senang. Bahan-bahan untuk kek coklat topping strawberry.

Bahan A - 
1 cawan serbuk koko (aku tambah susu koko tamar Asyraaf )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (aku guna butter):
1/2 cawan susu pekat

Bahan B - 
1 1/2 cawan tepung gandum (aku guna tepung naik sendiri)
1 sudu teh bikarbonat 
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur suhu bilik

Cara-cara :
1. Masak bahan A dalam periuk sampai sebati. Guna api kecik. Sejukkan.
2. Dalam bekas lain, pukul telur sampai kembang, aku pakai mixer kelajuan 3 dalam 5 minit gitu kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanila. Gaul lagi.
4. Masuk bahagian B sikit demi sikit. 
5. Masukkan adunan dalam loyang dan pastikan tertutup supaya wap air tak terkena kek. 
6. Kukus 1 jam. Depends pada periuk atau pengukus korang. :)

Dah siap, aku tunggu sejuk dulu baru terbalikkan. Topping dia aku tuang je jem tu. Hasilnya masam manis. Sedap. Buat la aktiviti ni dengan anak korang. Seronok diorang kotorkan dapur. pffffffffftttttttttt. *urut dada mama ni nak*

Friday, March 25, 2016

Zahira ditahan NICU sebab demam.

Assalamualaikum,

Hampir 8 bulan berlalu, tapi aku masih ingat lagi apa yang jadi masa Zahira lahir dulu. Masa umur Zahira 28 hari, badan dia panas. Aku pakaikan dia pakaian nipis, baju yang banyak lubang tu. Tapi sampai malam badan dia makin panas. Mak aku cakap budak mana ada panas macam ni, lagi-lagi dalam hari. Aku kalau bab demam, muntah aku tak suka sambil lewa. Cepat je aku siap-siap ajak Pak Zarif pergi hospital. Asyraaf tinggal dengan mak aku. Kesian abang long banyak kali kena tinggal. 

Sampai dekat hospital amik suhu dan badan Zahira 38 macam tu. Tinggi untuk budak. Darah pon kena amik. Dekat 2 jam result baru keluar darah Zahira ada kuman. Disebabkan Zahira masih bayi dibawah 30hari doktor suggestkan admit NICU (Neonatal Intensive Care Unit). TIDAK NORMAL baby bawah 30 hari demam. Aku masih dalam pantang. Pukul 1 pagi masuk NICU doktor terus tukarkan baju dan suhu Zahira 37.5. Zahira dipakaikan pampers sahaja, kepala dan badan dibalut kain sejuk. Kesian pon ye juga sebab Zahira mesti sejuk dalam NICU semua aircond. 



3 hari berlalu, suhu Zahira on off. Doktor pagi-pagi telefon Pak Zarif suruh cepat datang hospital. 31 ogos aku tak akan boleh lupa tarikh ni. Aku dan Pak Zarif diberi 1 fail yang tunjukkan perkembangan Zahira sepanjang dekat NICU. Demam Zahira tak surut, tapi on off. Doktor dah amik darah dan sampel air kencing, tak ada tanda jangkitan kuman. Tinggal satu lagi prosedur untuk tahu apa punca Zahira demam on off. Sebab doktor kata sangat TIDAK NORMAL.




Air mata aku dah tak boleh tahan bila doktor minta kebenaran untuk amik air tulang belakang Zahira. Aku diuji dari mengandung dan saat aku nak melahirkan Zahira juga diuji. Sekali lagi Zahira , bayi yang kecil kena uji. Aku redha, setelah kami bincang dan dapat persetujuan kami tandatangan surat untuk Zahira lakukan prosedur tu. Zahira dibawa ke bilik prosedur. 

Selepas air tulang belakang Zahira diambil, dia dah tak ada demam. Bila aku datang waktu melawat dan tengok Zahira dah dipakaikan baju tu rasanya gembira sangat.Tangan dan kaki bertukar ganti masuk drip untuk ubat. Anak mama kan kuat. 3 hari lepas amik air ulang belakang keputusan Zahira keluar dan Zahira positif ada MENIGITIS (jangkitan kuman diselaput otak). Doktor sarankan Zahira on antibiotik 2 minggu. Nasib aku baik sebab aku ikut instinct aku untuk bawak Zahira cepat pergi hospital sebelum Zahira demam panas yang lama dan tinggi sampai dia kena sawan. Ini bahaya. Sepanjang 2 minggu on antibiotik Zahira tunjuk perkembangan positif dan aku tetap pam susu hantar pergi hospital. 

Mesti ada emak-emak yang risau bila sebut amik air tulang belakang kan? aku pon risau. Tapi aku lagi risau kalau aku tak bagi doktor amik air tulang belakang Zahira dan still teruskan antibiotik tanpa tau apa punca Zahira demam on off. 99.8% baby tak akan ada effect pape masa amik air tulang belakang. Lepas amik air tulang belakang cuma ada bekas jarum sahaja dekat belakang badan Zahira, tak ada tanda lebam atau kaki Zahira still kuat gerak. Jangan risau mak semua. Kita nak yang terbaik untuk Zahira. 

Sepanjang aku dekat NICU, ramai baby dalam tu masuk sebab demam, batuk, selesema sampai susah nak nafas. Dan hasil berbual dengan mak-mak baby semua disebabkan orang yang datang melawat baby dalam keadaan tak sihat peluk cium anak kita. Lagi kita tetamu entah dari mana pergi, baju kita ada habuk atau apa je la. Datang dekat baby yang kecil dukung peluk cium baby. Diorang yang dapat jangkitan tu. Kesian ok dekat baby baru lahir ni. Mak diorang yang nak berehat dalam pantang terpaksa ulang alik hospital melawat anak sakit.

Aku nasihatkan datang melawat la 2 minggu ke atas bila mak baby dah ok, tapi jangan peluk cium baby bila kita tak sihat. Kesian diorang. 

Aku akan sambung nanti cerita Zahira selepas keluar NICU. :)

Friday, March 18, 2016

Boboiboy memang BEST!!

Assalamualaikum.

Kebiasaannya aku dengan Pak Zarif akan bagi reward pada Asyraaf setiap bulan. Bawak pergi playground ke, belikan mainan yang dia sukakan sangat, mandi manda atau apa yang Asyraaf nak la kan. Aku dengan Pak Zarif bukan jenis suka belikan anak mainan. Dia main pon sekali je lepastu hilang mana je. Kalau buku dia suka la. Nak tidur kena atau boleh dikategorikan WAJIB bagi dia kena buka buku walaupon sehelai dua mukasurat.

Bulan ni aku bagi reward dia tengok wayang cerita kegemaran dia juga. Kegemaran sampai addict setiap hari nak tengok tu tak la. Tak boleh lawan cerita Frozen. Ye Frozen. Anak bujang aku jiwa lembut sikit. Sentimental. 😅😅

Kali ni aku bawak Zahira sekali. Kiranya first time juga untuk Zahira tengok wayang. Harap dia relax macam abang dia. Cool mentido je sepanjang dalam wayang. Disebabkan aku ni dah beranak pinak. Semua benda kalau boleh nak beli guna hujung jari. Aku booking tiket wayang pon by online je. Sampi sana tinggal tebus tiket. Tak payah nak beratur. Kan senang. Cerita mula pukul 8.20 malam.


Aku bawak Asyraaf tengok cerita BOBOIBOY. Dan aku rasa tak rugi pon tengok cerita ni. Bukan anak aku je layan lebih, tu Pak Zarif pon layan habis cerita ni. Siap ada kelakar, sedih. Asyraaf pon penuh emosi tengok cerita ni. Sampai ke hari ni asyik nyanyi lagu C.I.N.T.A .K.I.K.I.T.A. :/ . 

Zahira berjaya diam dalam wayang. Tido dua kali. Terima kasih ye anak-anak. Nanti ada cerita best kita boleh tengok beramai-ramai. Sekarang masih boleh la pakai couple seat sebab aku nak ruang yang selesa untuk Asyraaf kalau tetiba dia nak baring ke apa. 

Ramai orang takut bawak baby pergi tengok wayang. Ini terpulang pada individu. Jangan la cerita lasak, gaduh tumbuk-tumbuk bagi anak tengok. Kartun masih ok la.