Tuesday, May 24, 2011

10tips Hadiri Pelamin Anganku Musnah

assalamualaikum..

selamat tengah hari sekalian alam maya...mata mesti tengah bengkak nak mintak direhatkan dari tengok PC je dari pagi..perut pulak mula mendendangkan irama rock tak seperti pagi tadi..cuma etnik kreatif..tapi sebelum korang semua layan makanan sekaligus menternak dan menambah bekalan lemak dalam perut..

tengah syok-syok menjamu selera datang pulak pengutus surat a.k.a posmen hantar surat kat korang..rupanya kad undangan majlis EX korang..memang terbantut la nak makan..dalam otak pikir macam-macam..hati dah sumpah seranah kan..haha..korang rasa korang nak pergi ke tak?ada setengah memang tak nak pergi..buat sakit hati je kan..tapi kalau ada yang nak pergi adah ada kongsi tips untuk korang...

meh sini adah nak kongsi tips kalau korang di attend ke majlis perkahwinan EX boyfriend or girlfriend korang..al maklum la..nak masuk cuti sekolah memang ramai buat majlis kahwin..*adah tak akan buat majlis kahwin time cuti sekolah..dah la ramai,,ayam naik harga tu...membazir..haha*...

jom layan sekejap lirik lagi dari Azie bertajuk Pelamin Anganku Musnah

Masihkah dengan janjimuApapun jadi akulah pilihanmuEngkau sanggup hapusi cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya... Semua musnah
Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya
ok..sikit je sudah la ok..
meh sini tips-tipsnya...


1-Pasangan
korang mesti cari kawan baik atau pasangan lain jantina dengan korang..ini bertujuan untuk mengelakkan orang sekeliling dan jugak pengantin merasa bangga dia dengan pasanga baru dan korang seorang diri..selain tu..buat korang rasa confident la nak attend majlis perkahwinan tu kan..


2-Dandanan
bagi yang perempuan..mesti dan pastikan korang jugak kelihatan cantik dan bukan macam orang mati laki je ok..kasik lips ice sikit supaya tak nampak pucat..makeup supaya korang tak nampak letih dan sedih..kira korang pon kena jugak ada serinya ok..



3-Hadiah
hadiah jangan pulak korang lupa..bila bagi hadiah..nama korang tu yang paling penting..ucapan jangan la macam nie..selamat pengantin baru..semoga tak akan kekal ke anak cucu..tu dah cemburu maknanya..kena control..relaks..


4-Senyum
senyum kan satu sedekah...walaupon hati korang panas..tahankan sekejap..selagi korang dekat majlis tu..pastikan korang akan kelihatan sentiasa senyum seperti meraikan majlis tu sekali..dalam hati biar kita je yang tau...


5-Makanan
korang jangan la amik makanan banyak-banyak.sebab adah yakin korang akan rasa nasi tu macam butiran pasir tajam susah nak bawak masuk tekak..air sejuk korang rasakan macam air yang tengah mendidih 100dc..ambil makanan sekadar mengisi pinggan kosong..sebab korang tak akan ada selera nak makan..


6-Hati
kalau korang rasa memang dah tak boleh nak handle hati korang remuk berkecai..jangan la stay lama-lama..baik cepat-cepat beredar ok..


7-Air Mata
yang nie memang pasti la kan..selangkah korang tinggalkan rumah pengantin..setitik air mata akan keluar...sebab rasa kecewa mungkin...menangis la sepuas hati korang..sebab lepas nangis..memang rasa lega sangat ok..

8-Redha
korang kena la terima yang diorang tu bukan jodoh untuk korang..sebab apa yang berlaku memang akan ada hikmahnya..korang akan dapat yang lebih baik dari yang dulu..

9-Masa
ha..yang nie termiss lak..masa sangat penting ok..kalau korang tak nak tengok pengantin atau dengan paluan kompan yang sangat menyakitkan hati koran disaat itu,,korang datang la dalam pukul  3 lebih..sebab korang tak akan sakit hati sangat tengok pengantin bersanding dan sebagainya..

10-Kahwin
last nie best...dah diorang hantar kad jemputan kat korang kan..nanti korang nak kahwin jemput mereka jugak..tunjukkan yang korang lebih bahagia dari mereka..tak pening kepala korang..haha


ok..membantu tak??haha...

7 comments:

zuwaidah said...

baekkkkk punya tips...ehheheheehhe bagi yg tengah "ku keciwa" boleh juga apply this tips.

PinKy MoMMa said...

hahahhaa terbaikkkkkkk!
masa kawin nanti pastikan make up kita nampak kan diri kita sgt cantik..so bila ex datang..wahhh cntiknyer ex aku..nyesal tinggal dulu ahahahaha (jgn ikut, ini taktik sgt jahat ;p)

not irene said...

heheheh....

rasanya saya lebih suka hantar hadiah aja. tak perlu la hadirkan...

dah la kawan-kawan dia kawan2 kita jugak. nanti ramai plak yang dok pakat tengok kita ok ke tak. ataupon isteri dia dok usha2 je kita.

dah mendatangkan rasa tak senang duduk.

Aimi dan Pakcik Hashim said...

baik jgn pegi terus
susah2

Cik Cempaka said...

risau dengar perkataan pelamin angan ku musnah tu =(

Syuhadah Razali said...

@sis pinky..yes!2 la apa adah buat..hahha...

Syuhadah Razali said...

@cik cempaka...nie sekdar gurauan..jgn risau ok...^_^