Monday, June 20, 2011

Tarikh Sudah Ditetapkan..

assalamualaikum..

monday blues kan hari nie...apa boleh buat..cuti 1 hari setengah macam tak cukup pulak kan...

sorry geng..lama menyepi..2 hari je pon kan..al maklum la adah memang ada sedikit sibukkan diri dengan majlis-majlis yang melibatkan adah..



adah nak kongsi dengan korang sekalian alam nie...hari gembira jugak la bagi adah..

semalam bertarikh kan 19 Jun 2011 berlangsung majlis kecil di teratak keluarga adah bagi menyambut rombongan dari pihak lelaki untuk membincangkan tarikh kami akan disatukan..memang berdebo adah semalam..buat kerja dekat dapur nie dah tak keruan dah..ada je yang tak kena..padahal bukan nak nikah pon..haha..tapi bagi adah sangat la penting sebab saat nie la yang menentukan title adah akan berubah..masa depan adah akan ditemani oleh insan asing dalam hidup..

actually family ayiep nie kan..orangnya punctual semuanya..kalau diorang cakap nak datang pukul 2 atau 3..tepat betul sampai..yang kitorang pulak boleh lenggang kangkung wat siapan kat dapur..memang kelam kabut jugak semalam..nasib baik mak cik dan sepupu adah datang jadi bidan terjun la pulak..haha..

sepanjang perbincangan orang-orang tua nie..memang adah and ayiep wat tak tahu je..adah sibokkan diri kat dapur..ayiep sibokkan diri layan anak sedara beliau..tapi dalam hati nie penasaran nak tau..tapi apa kan daya..adat orang melayu perempuan nie malu-malu kena duduk dapur..padahal nak malu apa..bakal keluarga ku jua..hahaha.

ok...hasil perbincangan dan persetujuan kedua belah pihak..kami akan dinikahkan pada 03 SEPTEMBER 2011 bersamaan SYAWAL ke 5 dan majlis bersanding pada keesokan harinya..alhamdulillah...hari yang ditunggu-tunggu bakal menjelma..menghitung hari je kami..sambil siapkan apa yang dirancang..lebih awal 2 bulan dari apa yang pernah dibincangkan sebelum nie..kalian doakan supaya majlis kami nanti diberkati ok..

ehem!ehem!perhatian juga kepada yang cuba nak mengaibkan kami...harap sangat korang tabah la ye.sebab sikit pon yang keluar dari mulut korang tidak dilayan oleh keluarga kami..sebab keluarga kami lebih mengenali kami dari kamu...dari kamu buang masa dengan benda yang terang-terang tak akan ada penghujung baik korang berhentikan je...bak kata abah saya..manusia memang macam tu..semut seberang lautan nampak..gajah depan mata tak nampak...ish!kesian kamu..

sekarang adah agak sebok dengan urusan rasmi nie..tapi tetap ada masa nak kongsikan dengan kalian hari bahagia adah nanti ok..harap segalanya akan berjalan dengan lancar..amin...

7 comments:

not irene said...

kg saya kat kluang. boleh la rasa nasi minyak masa raya nanti.

apapun tahniah

Syuhadah Razali said...

eh!boleh sangat2...mai la..kalau nak datang..bagi alamat kat adah..adah boleh postkan...dapat jumpa alam nyata..haha

aisya zaida said...

tahniah ea.. sy dOakan mOga semuanya berjalan lancar..

sumaiyah mokhtar said...

ehhhh bole la jemput bloger kluang hehehe :)

Syuhadah Razali said...

mestila...leh jumpa kan..kan..

PinKy MoMMa said...

adik tahniah!
mesti membilang ari je kan sekarang ni hehe..

Syuhadah Razali said...

yup kakak...adah nk akak dtg wding adah leh?kira 2 la adiah akak buat adah...^_^