assalamualikum...
selamat petang semua,,,
wah!entry kali ini sangat meriah dengan isu hot,,,*panas,,panas..*,,
isu tentang kenapa wanita memrlukan lelaki??...hangatkan??haha,,
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki,lelaki juga tidak semestinya memerlukan wanita tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, pelik kan??..haha...CINTA ITU ANUGERAH,,satu perasaan yang sukar untuk digambarkan..setiap orang yang merasa CINTA itu pasti berbeza rasa dan berbeza pandangan...=)..
korang mesti pernah bercinta bukan?...so...korang mesti tau punya pe yang dirasa oleh pasangan yang bercinta...
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidup mereka? Untuk beberapa waktu dahulu *zaman pra matang..haha*.. soalan tu betul-betul memukul-mukul kepala.Ya, pernah jugak adah terpikir apa perlu seorang wanita yang bebas perlu mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?..*seperti memperjudi @ mempertaruhkan kehidupan wanita selepas berkahwin..*..=)..macam jahat je tau bila adah ingat balik pe yang adah pernah pikir..=)
Kan lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan...*nie niat time nakal dan single dulu k..*..
Kita pergi lebih dalam ok pasal CINTA..Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. *berpuitis sebentar,,*.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga satu hari kelak...bukankah setiap pe yang dicipta berpasangan??...
Lelaki yang baik juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.Harta??mm..selalu orang pikir sebab harta leh bahagiakan kita,,ye ke??adah tak rasa macam tu pon..sebab..bagi adah..kalau harta setinggi gunung sekali pon..kalau si lelaki tak dapat nak memahami kita..menyayangi kita atau membahagiakan kita..duit tu tak de erti pon...bukan bermaksud duit tu tak penting..tapi..biar la seimbang..*,masuk jamban pon kene bayar tau,,*..=)
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya...*ayat yang ini adah copy paste dari seorang sahabat..kerana adah pikir ada baik dan betul....*
.
Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan.
Yang buruk-buruk pasti ada.Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment