Wednesday, February 16, 2011

~7 cara elak KAWAN menjadi BOYFRIEND/GIRLFRIEND~

assalamualaikum...

sorry ok kepada yang sentiasa menanti new entry adah...*sangat la perasan..ada pulak yang nak tunggu,,*..=)
kali nie adah nak buat entry sambungan tentang episod lelaki&perempuan kawanbaik @ bercinta ...
adah nak share dengan korang tips2 untuk elak KAWAN berubah menjadi BOYFRIENDS @ GIRLFRIENDS...


Macam syok kan...so...amik jadikan panduan buat korang ok...=)

1)  ELAK TERBIT PERASAAN CEMBURU DALAM PERSAHABATAN


Dengan siapa pon si dia berkawan, kamu haruslah sentiasa menerima dengan hati yang terbuka. Bila ada rasa cemburu terutama bila si dia ada teman sama jantina dengan korang adalah antara faktor yang boleh membuatkan anda berasa cemburu. Perlu diingatkan ok..dalam persahabatan tidak ada istilah cemburu apabila korang semua sentiasa mengharapkan perhatian yang sepenuhnya daripada kawan korang tu...

2)  PERLU SIMPAN SEDIKIT HAL PERIBADI



Tak perlu semua cerita atau rahsia tentang diri kita dikongsi bersama sahabat korang. Ada yang patut disimpan sendiri agar si dia tidak merasakan dirinya adalah antara yang terpenting dalam hidupmu. Mana tak dipikir penting...dari A sampai Z si dia tahu tentang diri kamu. Jangan sampai si dia merasa lebih mengenali korang lebih dari kekasih korang sendiri..Tak ke parah??=)

3)  LUASKAN PERSAHABATAN KAMU


Ada sesetengah orang apabila bersahabat hanya tertumpu pada seorang sahaja . Sebaiknya apabila korang bersahabat dengan yang berbeza jantina @ kaum ini luaskanlah persahabatan mu.. Apabila kamu lebih menumpu pada si dia seorang mungkin setiap saat korang akan bersama dan itu akan menyebabkan dan menerbitkan perasaan cinta...=),,,,wow!so sweet..*banyak la korang sweet.,,*

4) MENGHORMATI HAK PERIBADI MASING-MASING


Korang harus tahu bila sahabatmu perlukan masa serta ruang untuk bersendiri. Jangan mendesak kawan korang tu untuk terus bersamamu setiap masa kerana amat penting dalam sebuah persahabatan untuk kita sering menghormati hak peribadi masing-masing. Kebanyakan orang yang melanggar peraturan inilah yang menjadi percintaan...=)

5) BUAT PILIHAN & KEPUTUSAN MENGIKUT NALURI MASING-MASING


Sebagai seorang sahabat korang hanya boleh memberikan nasihat dan cadangan tetapi bukannya membuat pilihan serta keputusan untuk kawan korang tu.Korang tak boleh la nak membuatkan keputusan bagi pihak sahabat korang mengikut cara korang. Sekiranya kamu merelakan hidup kamu di tentukan oleh sahabat kamu itu secara tidak langsung kamu sebenarnya sikit demi sikit membuka hati korang untuk menerima sahabat korang lebih dari seorang sahabat..paham kan...??


6) HADKAN PERBINCANGAN SOAL HATI DAN CINTA


Memang diakui sahabat adalah orang yang di cari saat kita ingin membicarakan soal hati dan cinta. Tapi oleh kerana persahabatan kamu sangat istimewa jadi pastikan korang hadkan perbincangan yang melibatkan soal cinta dan hati. Takut-takut kalau terlalu banyak bincang tentang soal hati dan cinta korang dan sahabat korang boleh jadi terpaut antara satu sama lain...=)

7)  PERLU ADA BATAS DALAM PERGAULAN


Memandangkan korang nie berlainan jantina korang perlu sentiasa tahu batas-batas pergaulan korang. Tidak perlu la bersahabat terlalu rapat dan akrab sehinggakan korang merelakan sahabat korang menyentuh kamu tanpa sebab. Adah tahu korang semua mesti bijak jaga diri masing2 kan..kawan2 adah bukannya nakal2 pon kan..=)..

ok..cukup 7 cara nak mengelakkan kawan berubah menjadik GF@BF..

jadikan panduan korang ok..
tapi tak bermakna kita tak  boleh berkawan dengan berlainan jantina ok...boleh sangat,,,

p/s kredit 2 miss goggle ok..=)

2 comments:

Lordskey said...

wahh , suke post ni . yang 1st sampai ketiga tu ... dah buat dah pun . dah terlajak suka dah . adeh . :b tp dah lame.. :) dri dlu smpai skang kawan jugak .. tak ke mane. haha :)

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said...

bagusla kalau bainun leh jadik kawan..mcam adah...putus kawan pasal nak lebih dari kawan..prinsip adah..kalau kawan baik 2 biar kawan baik sampai mati..=)..bagus2..usahakan supaya kekal persahabatan yang terjalin...