Saturday, February 12, 2011

~fuh!fuh!....ada apa dengan SHISHA??~

assalamualaikum...

malam2 tengah adah landing dekat bilik bergolek2 sama ini lappy...
terdatang pulak idea nak buat entry,,,
pasal SHISHA...
belek punya belek..
dapat la sedikit informasi untuk korang..
SHARING IS CARING kan,,,kan..kan..

SHISHA...


SHISHA atau juga dikenali dengan nama "hookah" merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa. Macam-macam jenis perisa ada..contohnya macam perisa strawbery..mangga..dan macam-macam lagi..perisa nie mungkin bertujuan untuk mengelakkan daripada menghasilkan bau-bauan yang kurang enak.


Nak dapatkan SHISHA nie pon bukan nya mahal mana..tapi bagi adah memang la mahal..dengan hanya RM 10 hingga RM 15 kita dah boleh dapatkan satu sesi menghisap SHISHA nie..


Lagi fakta yang adah dapat..sekali session SHISHA bersamaan dengan 200 batang rokok..Fuhh!!gila la kalau fakta nie benar...sebab sangat2 la bahaya ok untuk paru2 kita..bukan paru2 orang yang menghisap SHISHA nie je..tapi orang sekeliling yang menghidu...bagi yang menghisap rokok pulak..boleh ke para perokok nie menghabiskan 1 hari dengan 200 batang rokok??..mau berasap telinga..mulut 2 leh terbakar agknya..tangan pulak boleh melecet...


Kini menghisap SHISHA yang kian menjadi kegilaan khususnya muda-mudi Melayu, telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya.
Dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok pon Ali Baba boleh layan SHISHA nie..tak heran la zaman sekarang pon masih ada...
Sekarang kedai2 biasa pon ada menyediakan tempat khusus untuk sesi menghisap SHISHA..bukan hanya hotel2 mewah je ada ok..ni bermakna rakyat biasa2 pon mampu nak menghisap SHISHA..

Pernah 1 hari adah pergi makan..waktu malam...adah terpandang 1 tempat..dia gelap sebab gunakan lampu malap..tapi dari jauh adah nampak asap berkepul2 keluar dari kawasan tu.,.adah tanya dengan mr.ayiep..baru adah tau itu port diorang menghisap SHISHA....

Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha ialah candu dan hashish.
Nak tau macam mana pemprosesan SHISHA nie??adah bukan mengajar untuk buat ok..macam adah cakap tadi,,ini nak berkongsi..
1)Masukkan flavour dalam tempat dia
2)then letak batu arang panas kat atas dia yang kemudiannya disedut melalui satu pipe. 
3)So udara dari atas akan melalui arang panas tadi kemudian melalui flavour dan terus masuk ke air yang      
   kemudiannya asapnya terus dialirkan ke paip yang korang sedut tadi. 
Simple as that.

Orang muda mudi zaman sekarang hisap SHISHA sama macam hisap rokok..pernah jugak orang jawab dengan adah..''kira ok pe aku hisap SHISHA dari hisap dadah"..alamak..kalau dah macam tu jawapannya..adah memang malas nak beta,,sebab dia tetap akan ada jawapan setiap persoalan...=)

Shisha dipercayai mula membanjiri negara ini dengan kedatangan pelancong-pelancong dari Timur Tengah khususnya pada tahun-tahun 90-an.

Sesetengah pihak mungkin tertanya-tanya mengapa tiada batasan atau larangan untuk shisha sedangkan kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mengadakan pelbagai kempen anti-merokok dan kempen amalkan gaya hidup sihat.

Aneh bukan? Atas alasan apa menghisap shisha dibiarkan sedangkan ia masih menggunakan tembakau!

so..sedikit sebanyak fakta adah dah kongsikan dengan korang...masih nak hisap SHISHA yang bersamaan dengan 200 batang rokok sekali sesi???

segala keputusan terletak kat tangan korang..korang la yang mencorakkan masa depan korang...=)

peace yo!,,,

9 comments:

Abg Luv Sayang said...

Adah..Firdaus pon kadang2 isap jugak shisha ni..adoii..fenin..haha..

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said...

ha???jangan bagi..halang2,,,sayangi nyawa...sayangi orang sekeliling..haha

Abg Luv Sayang said...

haha..

die kadang2 je..

tunang adah smoking x??

Unknown said...

btol la bahaya.. jangan isap.. kesian bakal pasangan nnt... huhhuh...

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said...

nasib baik adah punya tunang xsmoky..sebb dia sport...

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said...

tau xpe..kesian kat kluarga jugak kan yana...=)

Unknown said...

btol3.. hargailah mereka.. ahhaha..

Unknown said...

Saya selalu pergi , nk tinggal tu susah.

Unknown said...

Saya selalu pergi , nk tinggal tu susah.