adah nak kongsikan dengan pembaca blog adah..*yang tak baca tak dapet den nak kongsikan..*..
pernah tak korang semua dengar atau lalui perkara-perkara di bawah.:-
- Kalau adik atau abang kahwin dulu..yang seterusnya tak boleh kahwin dalam tahun islam yang sama?dikhuatiri rumahtangga salah satu pasangan akan 'panas'.
- Adik beradik seibu sebapa tidak boleh kahwin dalam masa yang sama.Lagi-lagi kalau adik beradik perempuan?
- Tak boleh berkahwin pada bulan-bulan tertentu..kononnya haram..
- Bila berlaku kematian dalam keluarga pasangan yang hendak berkahwin perlu tangguhkan majlis sehingga tukar tahun islam kerana tahun tersebut tahun kesedihan..
Itu diantaranya sahaja ok..ada lagi yang tak tersenarai kat atas yang mungkin kalian semua tau..adah pon ada yang pernah lalui..sedang lalui dan pernah dengar orang bercerita..
orang melayu sekarang lebih utamakan adat dari agama..korang perasan tak?
adah nak kongsikan dengan korang tentang BIDAAH..apa itu bidaah?apa kaitan dengan semua nie..ini jawapannya..
Istilah bidaah berasal dari kata Arab (bada’a) yang bererti mengadakan atau menciptakan sesuatu yang baru tanpa contoh terlebih dahulu.
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“ Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama kita ini yang bukan daripadanya, maka ia adalah tertolak”.
bagi adah la kan.mana ada bulan yang tak baik untuk melakukan perkara yang baik macam membina masjid..betul tak?
bila ditangguh,banyak perkara yang tak elok berlaku..macam fitnah akan timbul..buruk sangka..pergaduhan..perselisihan faham..
bagi adah la kan..apa-apa yang kita buat biarla berpandu pada agama..bukan lupakan adat..tapi jangan sampai tahap melampaui pemikiran dan penerimaan seseorang..yang penting apa yang kita buat dapat restu dari ahli keluarga..dan diberkati..INSYALLAH..
sekian....
notahati:..baju nikah dalam idea nak mendesign..time untuk shopping..^_^
7 comments:
mak kite pernah cakap, tak elok nikah bulan muharam. sebab ape, kite pon tak tau.
mungkin ni adat oeg jawa kot. ntah lah. =)
bukan mak kamu je ckp..mak adah dan bkl ibu mertua ku jugak..
adat orang jawa kan..sabo je la..haha
ish tak tau la pulak..ada hadis yang menyokong ke, teringin gak nak tau kepastiannya..
cik cempaka..itu bukan menyokong..p menyangkal..^_^
masa akak nak kawin dlu..diaorg x kasi nikah bulan safar..hurmm org x sabo nak kawin di tahan2 pulak kan ahahaha..
ni yang wat xsabar nak kawen ni.. hahaha
betul la kak..sekarang adah alami la nie..ditangguh2kan..sebab kematian abah..tapi abah kandung..pak cik makcik cakap tak payah diikut adat merepek nie..adah on je..hahaha
taufiq..carik jodoh dan nikah cara yang benar..haha
Post a Comment