Monday, April 04, 2011

Senarai Semak Perkahwinan..

assalamualaikum...

adah tak nak ingat masalah adah buat sementara waktu dengan merehatkan minda adah pikirkan majlis adah nanti...*ada nada gatal kat situ..*..

ok..kita mulakan sekarang..korang2 semua mesti tau kan..impian nak buat majlis perkahwinan atau bina masjid nie biar la sekali seumur hidup..sebab tu nak buat yang sempurna..*mana ada yang sempurna dek non..*..asalkan kita berpuas hati la kan..tak nak la dah last2 minit macam2 hal jadik..so..adah kongsi dengan korang senarai semak sebelum majlis perkahwinan korang yang bakal berlangsung macam adah jugak la..^_^



12 bulan sebelum
1. Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu bernikah.
2. Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
3. Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel, dewan atau rumah.
4. Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau bufet.


11 bulan sebelum
1. Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
2. Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan.
3. Mengintai-intai pakaian perkahwinan. 
4. Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju, dan lain-lain.


10 bulan sebelum
1. Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
2. Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis.
3. Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajet.


9 bulan sebelum 
1. Mengumpul nama tetamu.
2. Pilih katering atau masak sendiri. Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kesulitan di masa akan datang.
3. Pilih jurufoto dan juruvideo. 

8 bulan sebelum
1. Menempah lokasi dan tarikh majlis. (khusus untuk dewan & hotel)
2. Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir.
3. Menyelesaikan segala temu janji dengan doktor.

7 bulan sebelum
1. Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
2. Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin
3. Memilih jurusolek.

6 bulan sebelum
1. Mula menempah kad perkahwinan.
2. Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam.
3. Menjalani ujian darah/HIV jika diperlukan.

5 bulan sebelum
1. Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit, dan menyedang pakaian).
2. Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, dan penghias majlis).
3. Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.

4 bulan sebelum
1. Pilih cincin kahwin.
2. Menyiapkan gubahan hantaran (sama ada membuat sendiri atau menempah).

3 bulan sebelum
1. Memastikan kelengkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu, dan sebagainya.
2. Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.

2 bulan sebelum majlis berlangsung
1. Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
2. Bersama bakal pasangan menyedang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
3. Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan).


Sebulan sebelum
1. Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu, dan sauna)
2. Pastikan cincin dalam ukuran yang betul.
3. Pastikan segala tempahan pelamin, juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar.
4. Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara, dan kasut.
5. Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.

Minggu sebelum majlis berlangsung
1. Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
2. Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis.
3. Berada di lokasi lebih awal untuk mendapatkan mood majlis.

Seminggu sebelum
1. Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan.
2. Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
3. Hindari konflik, dan tenangkan hati.


Di hari perkahwinan
1. Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
2. Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari.
3. Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.


jangan korang nak buat last2 minute pulak kalau korang nak kan kesempurnaan dalam majlis korang..adah pon dah mula dah nak server barang2 untuk buat hantaran,,,sikit2 nanti adah akan kongsikan dengan kalian semua ok..sebab kalian sangat bermakna dalam hidup adah..^_^

3 comments:

belogkiter said...

gud info :)

smoker_baby said...

seronok nya dah nak kahwin..hope berjalan dengan sempurna time wedding nanti..

Syuhadah Razali said...

@belogkiter...mesti try ok..

@smoker baby..seronok la..nanti rasa jugak..amin..terima kasih dear..