Friday, December 23, 2011

Pemanduan Ketika Hujan..^_^

assalamualaikum..

selamat petang semua..dan salam jumaat..^_^
hujan lebat masih turun kasi basah bumi KLUANG JOHOR nie..
harap kawasan banjir tak makin teruk..
kasihan diorang semua..
padahal dua hari sebelum nie dah berhenti hujan..
matahari yang main sorok-sorok dah tunjukkan diri..
tup-tup malam sampai sekarang hujan je..
hujan pon rahmatNYA jugak kan...^_^




sejak hujan..banyak inisiatif kerajaan buat tok rakyat..
macam dibesarkan kawasan sungai yang berpotensi melimpah yang sebabkan banjir..
diorang dah tempatkan dah agen-agen kerajaan yang sepatutnya kat kawasan potensi banjir..
supaya tak banyak kawasan yang kena bencana buruk nie..

macam tu jugak la yang sepatutnya pengguna jalan raya buat..
walaupon waktu siang terang benderang..
tapi kalau dah hujan sangat lebat..
memang korang tak akan nampak pon kenderaan yang kat depan korang..
kecuali kenderaan tu dah betul-betul korang cium bontot kereta..


ok kat sini adah ada sikit tips la nak kongsikan dengan korang..
especially kaum hawa..
sebab kaum hawa macam adah selalu orang laki cakap kita akan blur-blur bawak kereta..
sorry ok...not me..^_^

1. Hidupkan la Lampu Kereta..
rasanya tak rugi minyak ataupon korang punya bateri kereta la.. 
kalau nak dibandingkan kerugiaan kalau kereta korang kemalangan..
nie bertujuan supaya kenderaan arah lawan pon boleh nampak kenderaan kita..
apatah lagi kereta kat belakang kita jugak..
adah memang akan bukak lampu ye..sebab adah takut kereta lain tak nampak kereta adah..
so..cegah lagi bagus daripada merawat kan..

2- Jarakkan Kenderaan..
yang ini pon paling penting..kang tak masal-masal kereta depan tetiba berhenti..
kita jugak sondol..biar la jauh sikit..senang nanti kalau pape hal.kita ada ruang nak berhenti dan perlahankan kereta..

3-Kurangkan Had Laju..
bila hujan..penglihatan kita akan kurang sikit...sebab hujan lebat..
apa kata kurangkan had laju korang..
sesetengah tu kan adah tengok diorang bawak time hujan bukan main laju lagi..
yela..keadaan jalan yang berair tu..nak brek pon macam tak makan je..
lagi kalau keadaan tayar nipis..bila lalu kat kawasan banyak air..dah macam bawak bot..paham tak?

4-Tumpukan Perhatian.
yang nie memang paling penting..lagi-lagi kalau waktu hujan macam sekarang..
sebarang kemungkinan boleh je berlaku..
nak elak lecak tapi sampai masuk jalan sebelah..tu maknanya tak tumpukan perhatian..
sayangi la nyawa kalian ye..

5-Keyakinan.
hello gurls semua..adah kan paling tak suka dengar lelaki ego yang suka cakap perempuan kalau bawak kereta mesti gabra..oh!no!no!no! ok..adah tidak pon..
en.suami selalu cakap..bila kita yakin semua tu tak jadi masalah..
ari tu adah ngaku adah gugup lalu jalan yang dah naik air..
sampai rasa nak menangis dan berhenti kereta kat tepi je..
tapi bila ingat pesan en.suami..adah kuatkan semangat jugak redah je jalan yang dah naik air 2..
nasib baik depan adah ada kereta pajero..sekurang-kurangnya..kereta tu dah tolong bukak jalan sikit-sikit..
dan akhirnya adah selamat redah jalan banjir tu..sebab tu je jalan utama..
tak leh nak elak la..
banyak kereta berhenti tepi..kebanyakan perempuan..mungkin diorang takut..
so..yakin la ye dengan diri sendiri..INSYALLAH boleh buat..



notahati:...kalau tak makan pedih ulu hati..kalau makan pon pedih ulu hati..huhu..

1 comment:

Nadia said...

nad ada masalah pemanduan masa hujan atau malam..:(

http://miss-nadya.blogspot.com/2011/12/bonding-pouch-pink-dan-sleeping-pouch.html

Bonding Pouch Pink Dan Sleeping Pouch Pink