Saturday, February 09, 2013

Akhirnya kau Cair Ditekakku wahai CREPE!...

selamat berhari sabtu yang sangggggggat best!!
best sebab en.suami dah start cuti tanpa gangguan nak berjalan sana sini..
kalau tak nak kena buat appointment jugak nak jumpa en.suami sendiri..
asyraaf paling seronok..bangun pagi je dah panjat ayah dia...
selalu bangun pagi ayah dah siap berbaju kerja nak keluar rumah..
kira kami semua seronooooooooook sempena cuti raya cina nie...haha..

GONG XI FA CAI!!

yang paling menggembirakan hati ni sebab nampak ada benda yang boleh dimakan dengan penuh warna keriangan dalam peti ais...
walaupon mak nenek nie lambat merasakannya..tapi akhirnya..sepandai-pandai crepe menghilang akhirnya cair dalam mulut den jugak..hihihihi...
dah lama nak merasa...tapi apakan daya..kat kluang nie susah jugak nak jumpa..
selalu jumpa dalam facebook je..belum merasa dalam tekak lagi..
tapi akak adah dengan baik hati telah mengorderkan untuk adah sekali 2 set..
lepas nie harus berset-set *punah ranah bahasa ibunda* simpan dalam peti sejuk beku..
kenapa sejuk beku??
sebab dia akan jadi lebih oooooooooooommmmmmmmmm bila cair dalam mulut...
betapa gila nya sekarang pada crepe nie..haha


see...kecur tau...
yang warna warni nie memang rasa sangat sayang nak makan..hahaha...
waktu gambar nie diambil macam dah tak sejuk sangat sebab peti sejuk buat hal meragam dengan kawalan suhu tak menentu..mintak tukar baru la tu..huhuhu..

warna PINK = strawbery
warna COKLAT = milo
warna OREN = peach
warna KUNING = durian
warna HIJAU = kiwi


yang kotak bawah tak campur warna nie semua milo..
sebab en.suami benci durian..
bau durian je dah tutup hidung bukan main..hihi..
so..isteri yang mitali nie pon belikan khas untuk en.suami perisa milo nie..
yang 1 set lagi tu campur-campur..
confirm durian yang sebiji tu adah yang punya..
dah en.suami bukan hantu durian.....haisshhhhhh!


ada kisah durian antara adah dan en.suami akan ku kongsikan dan abadikan di blog kesayangan nie....hihihihi..
harus ma kongsi..
untuk tatapan anak cucu mak nenek ni nanti..haha..