assalamualaikum semua..
salam jumaat..
sekejap je dah jumaat...
dah nak naik kerja balik en.suami..huhu..
berkurung lagi la dalam rumah layan bujang sorang yang makin lasak dengan gaya sendiri..hihihihi..
"ayah nak bagi asyraaf bawak kereta ke tak??kalau tak asyraaf cabut dua-dua pewangi nie.. biar busuk satu kereta ayah!!".....^_^ |
mahu mama dia tak mengaum je setiap kali asyraaf celik mata...
kalau bangun pagi-pagi je..mesti bunyi macam mengaum kejutkan ayah yang lepak kat sebelah dia..
kalau tak dilayan mesti dipanjat bbadan mama atau ayah..
kalau tak di layan lagi dia pergi merangkak laju-laju sampai dekat meja tv..berdiri sambil pusing kan badan, lepaskan tangan dan jatuh ..macam tu la ulang-ulang..
kalau naik walker dia pulak...letak depan pintu depan rumah..laju je dia DRIVE sampai dapur..
aiya...macam nak tercabut jantung tengok dia makin laju je naik walker...
sekarang kalau dah dalam kereta..tak nak duduk dekat car seat..
nak duduk dekat seat ayah dia..sambil pegang stereng..
gambar akan upload bila ada banyak masa mengizinkan..
semua yang ada depan mata bila dalam kereta mesti dia nak pegang sambil cabut..
handphone mama dia dah banyak kali terperosok bawah seat..
lepas tu pandai buat muka tak bersalah sambil cari barang lagi nak baling...aiya!
rasanyan semua mama dan ayah diluar sana mesti dah rasai pengalaman macam nie bila anak tengah membesar ye dak??
bulan nie dah 8 bulan..
cepat masa berlalu..tapi asyraaf belum ada tanda gigi nak tumbuh..
tanda nak berjalan tu macam dah nampak sangat..hahaha..
tanda menjadi abang yang garang pon ye jugak...abang??ada adik lagi ke?????tetttttttt....BELUM lagi la jawabnya..hihihi..
paling seronok sekarang asyraaf tak banyak ragam macam kecik-kecik dulu..
dulu kalau tak cukup tidur mengamuk bukan main...jangan kata satu taman dengar bunyi dia jerit..
satu bandar boleh dengar..tapi sekarang tidak lagi..
mata dia boleh tahan 5 6 jam tak tidur tanpa mengamuk..
sejak dah pandai merangkak laju-laju, dah pandai nak main, dah pandai nak ngoceh *bebel bahasa baby* memang jarang anak bujang nie nak tidur..
kalau tak ada kawan baru mata dia surrender nak tidur..
paling ketara sekarang dia telah menunjukkan kuasa DITAKTOR!hihihi
kalau asyraaf tengah pegang barang, kita saja amik dari dia..
akan menjerit dan mengamok...alahai.....
kalau dia nak benda tu, benda tu juga kena bagi..
semangat pon ye, bersungguh-sungguh pon ye..
kalau nak kan benda tu..letak jauh-jauh pon sanggup redah merangkak nak juga benda tu..
keep it up ok sayang...
semakin banyak perkembangan asyraaf..macam cepat je dia dah membesar sekarang..
rasa macam dah boleh bagi adik ke tak ek??hahaha
*pang!!jangan mimpi....lambat sikit baru bagi..*
p/s : lain baby lain la perkembangan baby masing-masing..ada yang seusia asyraaf dah tumbuh gigi, ada yang
baru nak belajar merangkak...so...kena paham perkembangan anak anda..jangan bezakan dengan anak
orang lain... ^_^
No comments:
Post a Comment