Showing posts with label asyraaf. Show all posts
Showing posts with label asyraaf. Show all posts

Tuesday, March 15, 2016

Kisah Pantang Tunggang Langgang.

Assalamualaikum.

Sambungan  part sebelum ni. Lamanya lahai aku nak buat sambungan. Doakan aku lebih istikomah lepas ni dalam mengupdate blog. Banyak benda aku nak update lepas ni. :)

Baby aku dilahirkan pada usia kandungan 36minggu. Secara induce. Lahir memang kecik sampai aku boleh beranak sendiri. Keluar kepala dulu baru nurse masuk. Alhamdulillah dipermudahkan. 2.34kg lebih dari estimate masa scan baby cuma 1.7kg sahaja. Atas sebab uri baby tak supply makan pada baby dan baby tak nak membesar dalam kandungan , jalan terbaik terpaksa dikeluarkan. Sebulan lebih awal dari tarikh EDD. 

Hari pertama Zahira dekat rumah kitorang anak beranak tidur dalam bilik. Zahira menangis. Asyraaf boleh bangun jerit 'diamlah'. Kelakar sepanjang pantang. Setiap kali aku pakai param dengan pilis setiap kali tu juga Asyraaf jeling je dari pintu. Busuk katanya. 😂😂


Suka sangat dengan gambar ni. Dah jadi abang long dah Asyraaf. Abang long yang kuat menangis. :)


Disebabkan Zahira ni kecik dia kena Prolog Jaundice. Dua kali kena tahan NICU. Kesian tengok kaki kecik dia hari-hari kena amik darah. Dan hari ke 28 Zahira admit wad NICU sekali lagi disebabkan demam. Yang ni akan sambung next entry. 

Sepanjang jaga Zahira dalam pantang tak ada yang susah. Mungkin anak no dua barangkali. Jadinya dah ada pengalaman. Asyraaf pon bagi kerjasama yang sangat baik kecuali time adik dia poo poo boleh sebabkan dia stress. :) 



Sepanjang aku berpantang kali ni aku tak dapat makan jamu, makan benda-benda panas macam halia, lada hitam. Semua aku korbankan sebab Zahira kuning tak hilang-hilang sampai 28hari. Orang tua-tua dulu pantang kalau ibu lepas bersalin minum air dalam kuantiti yang banyak. Tapi aku terpaksa minum air yang banyak sebab Zahira perlukan susu. Tekak cepat kering. Sorry atok. :)

Pantang kali ni juga luka aku sangat cepat baik. Tak tahu la sebab kali kedua atau apa. Mungkin kali ni aku bersalin luka tak banyak dan koyak tak besar macam dulu. Dan aku terus makan pil lawas untuk orang lepas bersalin dan pati haruan 2 kotak terus aku habiskan. Aku tak ada letak manjakani ke atau minyak gamat dekat pad. Tak berani. Fobia ok masa Asyraaf 2 minggu pon luka tak baik lagi. ALLAH kan maha adil. DIA beri aku kesihatan yang cepat supaya aku kuat nak jaga Zahira masa dia sakit. 




Pantang kali ni rasa sekejap sangat sebab aku hampir setiap hari ulang alik klinik dan hospital. Alhamdulillah sekarang Zahira dah 7 bulan. Dan sihat. Rindu masa pantang. :)

Friday, June 19, 2015

3 Tahun Yang Membahagiakan

Assalamualaikum.

3 tahun berlalu. Dah besar panjang bujang aku yang sulung tu. Dah nak tukar tittle adik ke Abang Long. Dah pandai bawak diri sendiri, berdikari sikit-sikit. Merajuknya kuat.

Besarkan Asyraaf ada sikit mencabar yang tak sama macam anak orang lain. Tapi semua jadi mudah bila dia dah nak dapat adik. Alhamdulillah.


Dear sayang mama,
Mama tau satu hari nanti asyraaf akan baca blog mama ni. Selamat ulangtahun ketiga sayang. Mama dengan ayah sayang sangat dekat Asyraaf. Kami sanggup korbankan semuanya untuk asyraaf. Maafkan mama setiap kali mama kena pergi kerja asyraaf mesti menangis pagi-pagi. 2 tahun mama dengan Asyraaf mesti dah terbiasa nampak mama sepanjang hari. Tapi mama nak awak tau, semua ni untuk kesenangan awak dan adik baby nanti.

Mama tak pernah lupa sesaat pon walau awak jauh dengan mama.
Jadi anak yang soleh, yang dengar kata, yang tenang hatinya, yang menyenangkan orang lain. Jadi abang yang penyayang pada adik tau. Walaupon mama kadang-kadang selalu tukar jadi tarzan perempuan, tapi mama sayang sebenarnya. :) 

Bila mama tanya asyraaf nak hadiah apa, asyraaf mesti cakap nak kek besar ada lelen (lilin). Nanti kita celebrate sesimple untuk awak ye. Walau asyraaf dah nak beradik, kasih sayang mama sama je dengan semua. :) 

 Selamat ulangtahun sayang. ;p

Tuesday, December 16, 2014

Ini Adik Asyraaf punya!!

Assalamualaikum,

Sekarang kan memang musim mengawan yang hasilnya bau-bau syurga yang oh geramnya rasa!. Sana sini selamat bersalin, tak kurang jugak yang nak tambah ahli keluarga lagi. Aku? oh akan datang ada la. hihi..

Disebabkan akan datang tu lama lagi dan aku tak tahu bilanya masa tu, barang baby Asyraaf yang dulu pon ada la juga yang masih elok belum guna. Lagi-lagi tilam dia. Dah lama mama peram dalam stor. Kemas-kemas nak bagi dekat sepupu yang baru bersalin baby perempuan. Sebab tu teruja nak share barang dengan dia dari membazir kan.hihi.

Tengah kemas-kemas :

Mama :  Kita kemas ni nak bagi baby baru tau.
Asyraaf : Baby ea mama?
Mama :  Ha ah la, adik iman la.
Asyraaf : Tak boleh!!ni adik Asyraaf punya.

Mana dia tau ntah pasal 'adik'. Ingat adik nak dapat macam pergi kedai rm2 banyak pilihan, amik je mana satu berkenan. huhu. InsyaAllah sayang, baby will coming soon. hihi..



Sekarang lagi sekejap panggil diri dia Abang Asyraaf. Ke rasa diri dia tua tak tahu la. Ke dia rasa nak ada adik lagi ke pon mak dia ni dah pening. haha. Sebut je la anak sebanyak mana nak sebut. Kan tu doa..hihi..

Sebenarnya tak sangka dah 2 tahun 6 bulan. Lelaki yang mulutnya kuat potpet teman mama dia berbual dekat rumah. Tukang pujuk kalau mama dia ni menangis. I is gembeng(kuat menangis).

Thursday, October 02, 2014

Kisah Asyraaf : Malam bebas tanpa Basah!

Assalamualaikum.

Hari ni pencapaian baru Asyraaf tanpa pampers. Sebab dia berjaya tidur semalaman tanpa pampers dan tanpa mandikan aku dengan air kencing dia malam tadi. wakaka.

Sebenarnya aku dah tertido dulu, tapi sebelum tidur awal-awal aku dah pesan kat Pak Zarif pakaikan Asyraaf pampers sebelum tidur. Tapi agaknya Pak Zarif ingat dia dah pakaikan pampers, tidur nyenyak je dua-dua ye. 

Pagi tadi aku try pegang seluar dia nak tengok pampers penuh ke tak. Langsung pampers tak ada. Cari juga ada basah ke tak dekat tilam dan langsung tak. Alhamdulillah. Permulaan yang baik. Usaha penat lelah mama awak 2 3 bulan asyik tanya nak kencing ke tak berbaloi!. Macam menang hadiah percutiaan je rasanya. ^_^



Selamat berjaya Asyraaf. Mama dah ada pencapaian mama walaupon lambat 2 bulan. hihi. Aku start ajar Asyraaf  KEMPEN NO PAMPERS! (KLIK) bila dia pandai cakap sikit-sikit. Senang dia nak bagitau dia nak kencing.

Antara tips aku nak stopkan pampers Asyraaf :

1- Sabar - standard kalau anak korang hari pertama sampai seminggu kadang-kadang kencing sepah-sepah. Kalau ibu bekerja korang boleh buat setiap hujung minggu dan lepas korang balik kerja sampai diorang nak tidur malam tu korang pakaikan balik pampers.

2- Kerjasama - kena kerjasama dengan suami/isteri sebab kadang-kadang sorang buat kerja rumah sorang kena alert tanya anak nak kencing ke tak.

3- Peka - Kalau anak korang asyik pegang diorang punya kemaluan je tanya terus atau bawak je pergi bilik air. Budak baru buka pampers dia tak pandai nak kencing. Paham tak? dia dah biasa ada pampers.

4- Jangan marah - Masa mula-mula aku ajar asyraaf, mak aku kata jangan marah-marah nanti dia takut terus tak nak kencing atau simpan kencingnya. 

5- Amaran -  Seminggu pertama aku struggle gila nak ajak dia bawak bilik air. Akan ada satu masa dia buat hal, kencing dekat sudut-sudut. Malu la konon. Aku tak marah. Tapi aku bagi amaran. Amaran manja je.hihi

6- Puji -  Yes!budak memang suka makan pujian. Orang dah besar pon suka kena puji apa lagi anak-anak kita kan. 

SELAMAT MENCUBA!





Friday, September 26, 2014

Cara nak Handle Bila Anak Tantrum.

Assalamualaikum.

Semakin hari, semakin banyak Asyraaf uji kesabaran aku. Kadang-kadang aku pon tak pandai nak kawal emosi aku. Kesabaran aku kadang-kadang tercabar dengan kerenah Asyraaf. Jangan salah paham, aku tak pukul anak. Dan Asyraaf bukan selalu tantrum*. Kadang-kadang. Tapi yang kadang-kadang tu la yang aku geram sangat. But still under control.

*tantrum - memberontak, buang barang, merajuk dan protest



Macam baru-baru ni, aku tau dia tak tidur seharian. Sebab nak belajar, nak explore macam-macam satu hari tu. Malam dia main aktif semacam. Balik tu aku mandikan dia supaya dia segar nak tidur. Asyraaf suka sejuk. Lagi sejuk, lagi senang dia nak tidur. Lagi senang kerja mama kamu ni nak. Tapi belum sempat pakai baju dia dah tidur. Pak Zarif angkat dia dan pakaikan dia baju, Dan dan tu juga dia tersedar.

Menangis minta dukung. Padahal aku tak suka dukung dia, sebab dia dah pandai jalan. Selagi aku dengan Pak Zarif tak ikut cakap dia, dia boleh menangis macam orang kena pukul. Malam-malam buta lak tu melalak. Kesian jiran aku nak tidur tak tenang.



Ada lagi tu dia ni suka naik motor, mungkin sebab dah biasakan. Ada satu hari aku nak naik kereta amik anak sedara Pak Zarif dan aku rasa Asyraaf ingat aku akan naik motor. Dan dan tu juga dia menangis keraskan badan minta aku lepaskan dia.

Tapi dia tak menangis pulak kalau dia nak sesuatu macam mainan ke buku yang aku rasa tak perlu dan aku kata TIDAK. Dia letak balik barang-barang tu. Selalu dia tantrum yang aku tak pasti sebabnya. Kau paham tak? Contohnya kalau dia nangis nak dukung sebab jatuh ke apa, aku boleh terima sebab aku tau sebabnya. Ni tetiba je. TETIBA.



Cara handle anak Tantrum :

1. Peluk -  Cara paling baik bila ko peluk anak dari belakang. Tapi in case kalau anak kau dah tak boleh nak control kau peluk je macam mana cara pon. Peluk ni bagi aku dia satu ketenangan. Kasih sayang. Biar anak rasa safety bila kita peluk dia.

2. Mata - Aku akan berdiri selaras dengan mata Asyraaf, maksudnya aku akan melutut depan dia, Biar dia rasa selesa nak pandang aku. Kadang-kadang Asyraaf tak nak tengok sebab takut ke malu ke aku tak tau. Masih menkaji.

3. Suara -  Ya. Ini paling penting, nada suara kena turunkan walaupon hati korang macam nak meletup bak gunung berapi. Jadikan hati korang Frozen. *penangan cartoon la aku ni. Biar kita bercakap atau tanya dengan suara lembut tapi tegas.

4. Pujuk - Korang boleh guna cara memuji. Contohnya, Asyraaf kan anak yang baik. Kenapa Asyraaf mengamuk ni. Bagitau la mama dengan yayah (panggilan untuk ayah). Tak nak dukung-dukung la, Asyraaf dah besar kan.

JANGAN MARAH, Lagi diorang tambah-tambah perangai.


Apa yang aku paham serba sedikit kenapa anak kita ada tantrum. Normal bila ada sifat tantrum.



Antara sebab kenapa diorang tantrum :

1. Diorang kan tak pandai nak cakap apa diorang nak. Kemahuan diorang tu diorang tak tahu nak tunjukan. Meragam cara paling senang diorang buat.

2. Manja pon mungkin salah satu sebab. Tumpuan dekat dia je, kalau dia nak semua kena turutknan. Tu kalau tak dapat dia memberontak. 

3. Penat sangat pon ye. Tidur tak cukup pon ye. Kita kalau penat pon meragam juga kan.

Ada banyak sebab kenapa diorang tantrum. Ini apa aku kaji dekat Asyraaf. Lagi satu sebenarnya bila diorang tantrum korang jangan ingat diorang ni degil atau kurang ajar. Diorang masa usia ni tak tahu pon apa tu kurang ajar. Diorang belajar cara nak ekspres diri sebabkan sesuatu.

Semoga aku sentiasa kuat dan sabar melayan keletah amanat Allah ni.


Monday, September 22, 2014

Boleh ke Aktiviti Dapur Dengan Anak Bujang?

Assalamualaikum.

Secara jujurnya aku ni suka buat kek ke kuih ke tapi disebabkan tahap kemalasan aku melampaui batas dan juga tahap keseniaan aku semakin terhakis sebab beranak. Apa kena mengena ek?. Aku kurang buat benda-benda macam tu. Tapi sejak Asyraaf dah faham arahan, faham apa aku cakap , paling penting faham duduk diam sebelum dia kena faham erti penyesalan bila mama dia berang.

Bagus penggunaan bahasa aku hari ni. Tersampuk barangkali. haha.

Aku memang siang masa sepenuhnya dengan Asyraaf, dan dia dah pandai nak main la, ada je aktiviti dia nak buat. Jadi aku sebagai emak yang garang tapi sweet ni tambah aktiviti dalam jadual Asyraaf. Seminggu sekali aku akan buat projek dapur dengan dia. Kasi dia main dengan tepung, timbang, rasa, warna, aroma. Phew..


Masuk kali ni dah dua minggu kitorang bergabung dekat dapur. Minggu pertama tak menjadi kek aku sebab hasil selidik aku lepas kemas-kemas rupanya Asyraaf dia pecahkan lebih telur dalam adunan aku. Pandai budak ni buang kulit telur terus dalam tong sampah. Merosakkan je resipi mama awak nak oi. 

Kali kedua berjaya dengan jayanya sebab telur aku dah kawal dulu. Supaya kejadian kali pertama tak berulang lagi. Kalau tak aku simpan semua barang-barang buat kek. Kecewa punya pasal. hihi.

Bagi aku, tak kisah la anak lelaki ke perempuan bila kaitan dengan dapur dua-dua boleh je tolong dan amik tau. Tak salah pon. Lagi bagus sebab boleh tolong mana patut. Lagi macam aku ada anak bujang, dia je la yang tolong mama dia ni kat dapur. Tapi selalunya tolong sepahkan lagi ada la.

Pak Zarif pon rajin tolong aku dekat dapur kalau dia tak kerja. Masakan Pak Zarif pon sedap juga aku makan. Nanti kalau Asyraaf dah ada asas dekat dapur, bila dah besar rajin-rajin la tolong mama ye. Dah kahwin pulak nanti rajin-rajin la tolong menantu mama. Dush!! Masa depan sangat dah aku ni. 


Anak-anak korang suka aktiviti apa??

Terima kasih sudi singgah!

Friday, July 04, 2014

Cabaran besarkan Anak

Assalamualaikum.

Memang tak dinafikan jadi emak diusia muda dengan teknologi serba canggih sangat-sangat la mencabar aku jugak. ~muda ke??

Lagi sekarang Asyraaf dah 2 tahun, apa aku cakap dengan ayah dia ke atau orang sekeliling cakap mesti dia akan ikut. Aku cuba cakap benda yang elok-elok je dengan dia. Kalau ada perkataan yang dia sebut bukan-bukan aku ni memang garang macam rimau akan besarkan mata aku dan terangkan la ayat tu tak baik. Dengan amaran sekali aku bagi. And yes dia ikut.

Nak dihalang main-main dengan orang lain nanti anak aku ni jenis tak reti campur orang, kalau bagi ni la dia cakap bukan-bukan. Campur dengan orang lagi besar dari dia. Paham je la budak-budak ni akan cakap apa. Aku pon kadang-kadang kalau cakap dengan kawan pon tak berlapik, nanti dengan je suara ikut apa aku cakap..penyesalan juga tu.

Macam hari tu aku minta tolong dia angkatkan barang yang terjatuh. Laju je dia cakap TAK GUNE. Malam tadi pula aku saje minta dia tolong picit-picitkan aku, dia datang terkedek-kedek sambil cakap "Pe g mama ni....... " . Naik juga darah aku tu pon lepas aku ketawa dan tak habis pikir mana dia dapat perkataan tu..


Aku selalu tengok Channel LIFE 709 aku tak ingat tajuk dia. Dekat situ dia banyak ajar cara kita handle anak-anak yang banyak ragam, dapat la aku tambah ilmu bila aku nak interaksi dengan Asyraaf kalau dia ada buat benda yang tak betul atau cara aku nak didik dia. Aku ni kaki TV jadi nak buktikan la walaupon aku suka tengok TV still dapat ilmu kan................

Antara cara aku praktikkan : (lain orang lain cara, lain anak lain penerimaannye ye)

1- Aku akan cangkung supaya mata aku dengan mata Asyraaf sama-sama level. Kalau cakap dalam keadaan aku diri dia akan takut. Aku tak nak takutkan Asyraaf, aku cuma nak tegur. Aku akan suruh Asyraaf pandang mata aku dan aku biasanya akan cakap "tak mau ok cakap macam tu lagi, tak baik, asyraaf budak baik kan. mama tak suka. paham?'' . Asyraaf biasa dia akan cakap paham sambil angguk dan akan cakap sorry mama. 

2- Kalau dia masih nak sebut berulang kali akan angkat tangan macam nak pukul mulut dia. Memang reaksi dia akan takut dan InsyaALLAH dia tak cakap lagi. 

3- Selalu la nasihatkan dia, doakan supaya anak kita semua jadi anak yang baik disenangi dan mudah dijaga.


korang pulak buat mcm mana ??



Saturday, May 03, 2014

Kempen NO Pampers! :)

Assalamualaikum.

Sejak Asyraaf dah pandai cakap sikit-sikit ni aku dengan Pak Zarif dah start nak ajar dia No Pampers!. Hari ni kira hari pertama la aku ajar dia, kebetulan Pak Zarif cuti hari ni haruslah dua-dua gigih tanya anak nak kencing ke tak kan.

Sebelum aku tak pakaikan dia pampers, harusla aku lipat segala carpet, bantal, semua mainan dia aku sorokkan. Kasi lapang je ruang tamu aku, bilik baju aku tak kasi  masuk dulu. Kang tarzan mak dia nak basuh balik baju semua tu.



Setiap 10 minit kitorang tanya Asyraaf nak kencing ke tak, jawapan dia selalu cakap NANAK! (tak nak). Dan aku perasan dia selalu pegang bibird dia sebab tak biasa kot tak pakai pampers, terus pakai seluar. Aku nak kena cari juga seluar dalam sesuai dengan Asyraaf. Baru dia rasa selesa agaknya.

Tadi sebelum dia nak tidur tengahari aku bawak dia pergi toilet suruh dia kencing, jawapan tetap NANAK! (tak nak). Dia setengah hari tak kencing, nak kata tak minum susu dah 3 4 botol minum. Nak tidurkan tadi aku dah pakaikan pampers sebab nak kasi dia nyenyak tidurnya

Harap aku berjaya cekal nak ajar Asyraaf tak pakai pampers. Kenapa cepat sangat ajar? Mak aku cakap kalau budak dah pandai cakap sikit-sikit, ajar dia tak payah pakai pampers. Senang nak bagi adik.~erk!ada kena mengena ea?..haha.. tak la, korang sebagai mak, tau la bila nk kasi anak korang berhenti pakai pampers. Bagi aku usia Asyraaf bulan depan nak masuk 2 tahun aku nak dia berjaya tak pakai pampers. Dah macam abang-abang sikit.haha.


Korang ajar anak korang berhenti pampers macam mana ek?



Friday, May 02, 2014

Kisah Asyraaf : Dah pandai minta Adik!

Assalamualaikum,

Sejak Asyraaf pandai cakap ni memang aku banyak urut dada. Sebab Asyraaf suka dan akan banyak kali tanya soalan sama je lebih 10 kali tanya. Tapi aku rasa gembira sangat sebab tu perkembangan yang terbaik dan paling bermakna untuk aku yang akan jadi orang pertama tau semua perkembangan dia.

Dah 1 tahun 11 bulan ni lagi bertambah suku kata dia boleh cakap. Dulu 'shushu' (susu) sekarang ma, nak susu. Kira banyak dah dia pandai cakap. Syukur!. Paling dia suka cakap, watpe? (buat apa?) berpuluh kali walaupon aku dah jawab mama masak. Tu aku memang kena urut dada. Tak kan la aku nak stop benda dia baru nak belajar kan. Aku selalu ketawa sendiri sambil layan dia. Mesti mak aku dulu penat layan aku masa mula-mula belajar dulu kan. Insaf!



Aku ni suka sangat tengok Channel LIFE 709 dekat Astro tu, tajuknya ONE BORN EVERY MINUTE IN UK KE US ke memang aku suka tengok. Pengalaman orang beranak kan lain-lain. Tu aku suka tengok tu. Sekarang ni aku suka tanya Asyraaf nak adik ke? Nak bibi tak? . Setiap kali tengok cerita tu aku suka cakap, Asyraaf tengok baby tu. Satu hari tu aku tak tanya, sebab dia sibuk nak urut perut aku yang gelebeh ni. Tetiba dia cakap dengan aku.

Asyraaf : Ma, patla.... (mama, cepatlah)
Aku : Cepat apa ni?
Asyraaf : Bibi, eyut .. (baby, perut) sambil tunjuk perut aku.
Aku :  Asyraaf nak adik ke?
Asyraaf : Ayang bibi.. (sayang baby)

Aku memang dah bersedia bila-bila masa sekarang ni kalau aku pregnant sebab Asyraaf dah 2 tahun dan memang target aku nak besarkan dia 2 tahun baru aku bersedia nak bagi dia adik. Selalu bila typical manusia yang memang tak pernah berhenti tanya termasuk kadang-kadang diri aku sendiri bila aku nak tambah lagi. Aku lak suka jawab tunggu Asyraaf minta adik la. hahaha..

Malam tadi kitorang lepak-lepak dekat ruang tamu, tetiba je Asyraaf ni cakap 'yah.. nak bibi' (ayah, nak baby). Aku dah ketawa dulu sebab dah biasa dengar. Pak Zarif cakap kalau semudah beli dekat pasar dah lama dah ayah belikan.hahaha.

Doakan aku ye untuk dapatkan 2nd baby. Tapi aku nak lepaskan target kasi Asyraaf tak pakai pampers. Sebab dia dah pandai cakap dah, 2 tahun tu kira dia dah besar bagi aku. Haish! taching dah aku pagi-pagi ni.

Pergi mana-mana dah biasa berdua, tak tahu nanti macam mana kalau bertiga tanpa Pak Zarif aku nak handle. Tapi kan semua mama memang hebat! walau macam mana cara sekalipon multitasking memang pandai kan. hihi..


Takut kasih sayang tak dapat bagi sama rata je.huhu

Wednesday, April 02, 2014

Kenal Binatang dekat Zoo Johor.

Assalamualaikum.

Kitorang laki bini kan memang jenis tengah lepak-lepak depan tv, bila otak tiba-tiba muncul mentol nak ajak lepak sana sini, terus je pergi. Nasib la Pak Zarif memang rajin melayan aku ni.

Ada satu hari tu Pak Zarif cuti sebab cirit birit. Laki sakit pon ajak jalan. haha.. therapy cepat sembuh sakit memang berjalan je la. Ala, aku ajak jalan Zoo je. Tempat port untuk keluarga santai-santai sambil berlari kejar anak, tudung senget benget, kenal-kenal binatang. Jalan-jalan yang sihat namanya tu. Kasi hirup udara segar.hahaha  ~

Macam selalu, Asyraaf ni sejak dah nak masuk 2 tahun dah kenal dah tempat-tempat nak pergi. Bukan main seronok dia. Dah lama nak bawa, tapi masa sangat jealous dengan mama bekerjaya ni tau.


Seronok bukan main. Nasib baik Asyraaf masa mula-mula sampai nak berdukung je. Aku suka dia didukung dari dia berlari. Lagi tengah hujan and kepantasan Asyraaf memang tak setanding aku. Umur baru 23 dah tua kayak 45. ~pffft~



Aku dah macam kanak-kanak riang ribena dah gayanya. Ceh kamu anak. Mama buruk je gaya terus sombong tak nak kawan. Pi la sana..=_='. Pak Zarif siap ketawakan aku kan pakai selipar macam ni. Macam nenek-nenek katanya. Aku tukar la kasut heel aku tu zasss jadi selipar jepun shiponden. Senang nak lari anak.haha


Dengan ayah bukan main kamu ye Asyraaf.. Memang anak ayah. =-='


Masa mula-mula sampai tempat ular, aku tak nampak ada sekor pon dalam tu. Rupanya puas dia belit-belit dahan dekat situ. Patutla kalau dekat habitat dia kita pon jarang nak kesan. Bahaya!

Takut sangat la kononya muka tu.



Kuda-kuda dekat kandang ni jinak. Ada keldai juga. Tapi macam sama je. Aku dapat bezakan dekat ekor dia je. HAHAHA.. aku pon memang kena buat lawatan pergi zoo sebulan sekali. Asyraaf mula-mula macam takut, dia tengok apak dia relax je pegang dia pon nak juga. 

                                     

"UYO" atau lebih disebut fuyoh asyik keluar je dari mulut budak ni tau. Keterujaan dia 

 

Happy baby dapat jalan-jalan dapat lari-lari dekat kawasan lapang, ada haiwan-haiwan. Burung-burung berkicau, harimau dan singa mengaum-aum. Dengan daun kehijaun bagi oksigen banyak dekat kita. Therapy zoo akan mama masukkan dalam kalendar 3 bulan sekali ok.hihi.

                                 

Dah tak nampak pon muka Pak Zarif macam sakit kan. Ini la therapy torbaik!..hihi


Next time mama ada kerja dekat johor, kita datang lagi zoo ok sayang. Reward kalau Asyraaf ikut mama work. Well, duit boleh dicari, senyum yang terukir dekat muka anak tu haish.. susah betul nak dapat.

Tiket nak masuk dalam ni murah je.

Dewasa : Rm2
Kanak-kanak : Rm1



notahatikecikmama: minggu ni ada kerja luar. 2hari 1malam tak dapat jumpa bujang ni.

Tuesday, March 18, 2014

Kisah Asyraaf : Gangguan Misteri


Sejak Asyraaf ni dah pandai cakap, dah tau takut, sakit, nangis, merajuk ni ada satu benda merungsingkan aku. Well, Asyraaf 1tahun 9 bulan dan nak masuk 2 tahun, mana la pandai menipu kan. 

Sejak kebelakangan ni, aku selalu dengar dia lari peluk aku lepas main kat mana-mana nanti dia mesti cakap "Mama, akut". peluk kuat, sorokkan muka. Aku selalu cakap tak ada apa-apa, mama ada. Sekali dua aku anggap anak aku ni main-main je la kan. Tapi hati aku pon tak keruan. Sebab Asyraaf baby yang lemah semangat, ini apa bidan yang jaga aku cakap la. Nak menafikan tapi kadang-kadang macam betul pulak. Sejak baby lagi dia selalu Menangis Tak Keluar Air Mata. Menangis tanpa sebab, meraung-raung. 

Kadang-kadang dah tidur ni, pukul 12 malam tepat dia terbuka mata terus nangis kuat-kuat, kadang-kadang 2 3 hari macam tu.



Pernah sekali, masa tu umur Asyraaf 6 bulan, aku dengan keluarga belah Pak Zarif bercuti dekat Perak, Cameron Highland dengan Melaka. Ada satu masa tu masa balik dari Cameron Highland nak ke Melaka lalu highway, sampai highway Seremban tak silap aku, Asyraaf meraung-raung, menangis tak berhenti, Tak Ada Air Mata, aku sumbat susu tak nak, mak ngah dia dukung dia tak nak. Dalam kereta kitorang diam je sebab panik nak pujuk Asyraaf. Aku memang kalau jalan ada bawak Air Zam-Zam atau air Yassin, untuk campur dengan susu Asyraaf. Kita tak tau kan bila nak kena. Budak kecik sangat masa tu. Mak ngah dia bagi asyraaf minum air Zam-zam dengan doa semua 5 minit Asyraaf terus diam, aku sumbat susu gantung. Terus tido. Bayangkan dia menangis dari Seremban sampai Melaka. Tak berhenti. =_='

Aku kan berniaga dan Asyraaf selalu ikut aku pergi kedai, selalu masuk buai boleh tidur terus tau. Ni aku masukkan dalam buai mata dia besar pandang kiri kanan, menangis jerit-jerit. Aku tak boleh la nak buat kerja, nasib baik kedai sendiri, aku tutup kedai bawak Asyraaf balik. Alhamdulillah dia baik. Orang tua-tua kata kalau kita tinggalkan rumah lama ke, buai tu jangan gantungkan, turunkan atau terbalikkan dikhuatiri benda halus menumpang. Waallahualam.



Baru-baru ni aku balik rumah lambat, around 10 malam tak silap sebab aku balik kedai dah pukul 8, pergi makan lagi. Aku tutup pintu pagar, Pak Zarif dukung Asyraaf. Buka pintu rumah Pak Zarif turunkan Asyraaf, nak buka lampu la kan. Asyraaf menangis-nangis cakap akut akut. Aku ni dah la penakut. Aku suruh je Pak Zarif dukung Asyraaf. Buka lampu cakap baik-baik tak ada apa-apa. dia ok dah lepas tu. 

Paling teruk Asyraaf kalau jatuh ke sakit hati ke kan dia mesti menagis, kalau menangis biasa aku ni tak kisah sangat, tapi menangis sampai biru, mata ke atas kadang-kadang dia terus pengsan. Sejak umur setahun dia makin kerap. Pernah kena dekat KL masa aku shopping barang kedai, padahal kitorang ni dah perhatikan dia betul-betul tapi kalau benda nak jadi kan sekelip mata je boleh. Dia jatuh sampai benjol, dia menangis sampai tak tarik nafas langsung,sampai pengsan, Pak Zarif dah panik, dah la kawasan tu kitorang tak tau mana klinik. Aku dah berlari sana sini, dengan mak dengan adik aku dah melalak-lalak sebab masa Pak Zarif peluk Asyraaf dada dia senyap, terus tak ada tanda-tanda nafas. Aku lari-lari cari klinik, Pak Zarif aku nampak dia tengah CPR Asyraaf. Dan nasib baik ada hamba Allah yang baik hati datang naik motor bawak Asyraaf dengan Pak Zarif pergi klinik. Sampai terjatuh kat tangga Pak Zarif nak bawak Asyraaf. Sampai klinik, doktor check Asyraaf, denyut jantung dia NORMAL, tekanan darah NORMAL. dan dia boleh main sekejap dalam bilik kecemasan. 


Esoknya aku tak cakap banyak, tak nak tangguh lagi, aku bawak pergi hospital buat checkup aku takut kalau time Asyraaf menangis-nangis terus senyap aku lagi takut. Masa tu kan perangai Asyraaf tak macam biasa, dia sangat lasak dan dia dikategorikan HYPERACTIVE. Padahal dia sangat biasa. Banyak procedure kitorang kena ikut, sampai bawak Asyraaf pergi Hospital Batu Pahat untuk buat Scan Otak nak pastikan dia ada sawan atau tidak. Dan kalau ada sawan doktor akan bagi ubat untuk jangka masa tertentu. Dan aku tak terkejut bila doktor kata anak aku NORMAL, bukan sawan. 



Bila aku dah checkup hospital atau perubatan sains, aku dengan family sepakat nak bawak Asyraaf buat perubatan islam. Mak mana nak anak sakit, aku sanggup buat apa je, berhabis wang ringgit sekali pon. Dan bila aku jumpa Ustaz ni dia kata anak aku diganggu 'benda halus'. Dia akan 'cekik' anak aku bila dia tengah menangis. Mak aku masa Asyraaf tengah menangis dia pujuk, tepuk-tepuk dada Asyraaf, mak aku baca ayat kursi terus Asyraaf boleh tarik nafas dan menangis macam biasa. Lepas berubat dengan perubatan Islam, Asyraaf macam lebih baik, menangis tak macam tu. Bila bawak pergi checkup hospital kerajaan, doktor tengok perkembangan Asyraaf dia kata Asyraaf dah fully sihat. Alhamdulillah.

Banyak sangat Asyraaf buat macam tu tau sejak kecil. Aku ni pon pernah kena juga. Tapi kita orang tua kalau sakit tau mana tempatnya, kalau budak kecil tau apa je. 



Antara tanda-tanda baby kena gangguan :

  1. Mata dia akan melilau melihat sekeliling kekiri kekanan.
  2. Menangis meraung-raung tetapi tiada airmata.
  3. Menangis seolah-olah sedang kesakitan sangat-sangat.
  4. Menangis dalam keadaan takut.
  5. Tidur dalam keadaan terkejut-kejut.
  6. Tidur di selang seli dengan tangisan.
  7. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari. Contoh, hari ni menangis pukul 3 pagi, esoknya pon menangis pukul 3 pagi, lusa pon pukul 3 pagi. 
  8. Mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Boleh terjadi dalam keadaan tidak sedarkan diri (ketika tidur).  
  9. Menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan.
Asyraaf pernah kena semua ni. Dulu aku panik, sekarang aku tak panik lagi. Setiap kali dia macam tu aku atau Pak Zarif akan bacakan ayat kursi banyak kali dekat telinga Asyraaf. Dan sentiasa berdoa, berdoa dan berdoa. 

Sekarang Asyraaf dah kurang banyak sangat. Tak macam masa dia kecik-kecik dulu. Zaman moden ni mungkin anggap ni semua mengarut, tapi bagi aku yang dah kena dan ada pengalaman, lagi canggih zaman sekarang, lagi banyak gangguan macam ni. Petua-petua orang tua kadang-kadang melampau dek akal fikiran, tapi banyak juga ada betulnya. So,depends pada diri sendiri macam mana nak accept dan handle situasi nanti.

Anak korang ada pengalaman yang sama tak?

Saturday, March 15, 2014

Kisah Asyraaf : Kenapa menangis tak nak berhenti?



Anak ni banyak betul ragamnya kan. Mak aku selalu cakap, orang yang dapat anak yang senang urus, tak banyak ragam tu kira nasib dia baik dan sangat bertuah. Tapi tak ramai yang dapat macam tu. Mana ada sempurna semuanya kan.

Secara peribadi aku senang nak uruskan Asyraaf. Bila ada kawan sebaya dia berebut mainan, dia senang je bagi. Tapi mesti buat muka sendu dia. Kadang-kadang menangis. Bagi aku biar la dia menangis sekejap yang penting dia tau erti MENGALAH. Tapi kalau dengan anak-anak sedara aku lain yang dah besar, Asyraaf ni kira kuat mengarah. Kesian anak-anak umi kena buli dengan Asyraaf.



Tang makanan, Alhamdulilah dia sangat senang. Kalau korang bagi dia susu sejuk pon dia minum, susu suam pon dia minum. Makanan apa kita makan, makanan tu juga dia makan. Jangan la benda pedas-pedas dibagi. Kejam sangat gamaknya. UBAT ni paling aku senang lenang. Dia sendiri boleh ingatkan aku nak bagi dia makan ubat on time. Dia tak muntahkan ubat tu balik, lagi minta lagi ada la.

Cuma satu je. Aku mungkin masih nak kenal dengan satu sifat Asyraaf. Suka menangis tanpa sebab. Lama juga dia boleh menangis sambil pejam mata. Pujuk semua tak jalan. Ni la habit dia yang paling baru. Paling pelik dan paling menguji kesabaran. Macam tadi, ngam je pukul 7 menangis sampai pukul 8. Ni sekarang elok pulak dia main. Macam tak ada masalah. haish la anak.

Sekarang aku tengah buat research memang normal ke budak 2 tahun ni tantrum dia kuat betul. Sangat menguji kesabaran aku.

Anak korang ada macam tu juga tak?

Saturday, January 25, 2014

Kisah Aysraaf : Pot pet macam mak nenek.



Rasa macam cepat betul masa berlalu. Sebab lagi 5 bulan anak mama ni dah 2 tahun. 2 tahun ok. Macam baru semalam je aku dalam pantang. 44 hari menangis tak sudah. Bukan anak yang menangis. Tapi aku yang nangis. Al maklum la, muka gangster hati tisu jenis tak tahan sakit.haha. Harap anak ke 2 tak kememeh lagi. Walaupon tak tahan sakit aku nak juga anak lagi. Anak kan rezeki. Ingat masa tua karang siapa la nak jaga aku dengan Pak Zarif kalau asyraaf dah kahwin. pffffft~ jauh bukan main aku berangan.



Dah nak 2 tahun ni banyak benda dah budak ni bebel sorang-sorang. Kadang-kadang aku tak layan pon dia ajak bual. Seronok dia dah pandai cakap sikit-sikit. Dan paham arahan dan apa orang cakap.


Ini adalah satu hukuman berat bagi asyraaf sebab setiap kali mandi dia mesti tak nak pakai pampers. Dia akan pegang je otong (bird) dia. Lepas tu nangis macam kena dera je gayanya. Sekarang lepas mandi aku akan cakap 'dah start' dan dia akan ikut juga apa aku cakap. Maksudnya upin ipin dia dah start. Kasi dia senyap dengan pasang CD Upin Ipin. Sabo je la aku ni.


Kalau bawak pergi makan pulak, aku dengan Pak Zarif suka pergi tempat yang macam ada gazebo. Makanya dia akan main kawasan sekeliling aku je. Tak takut dia lari kat tengah jalan ke apa. Budak macam asyraaf ni memang dia nak explore semuanya wei. Kalau korang halang terbantut apa dia nak belajar. Time makan aku akan ajar dia benda panas, sejuk, baca doa, duduk. Tapi 5 minit je ok. Lepas tu haru balik.haha

Duduk dekat kerusi baby ni pon kalau mood dia baik nak la lama dekat situ. Lagi-lagi kalau bagi gadget dekat dia. Memang layan je dekat situ. Kalau tak jadi macam dekat bawah ni:



Berusaha untuk turun. Kalau makan dekat MCD ke KFC ke atau kawasan tertutup aku akan bebaskan asyraaf berlari-lari. Dia ni suka lari, suka main. Ah, memang budak semua macam tu. Aku tak kisah. Sambil makan sambil perhatikan dia.


Dulu dia paling senang nak berus gigi. Sekarang aku akan menjadi seorang perempuan yang kaya dengan pujuk rayu dan kadang-kadang aku la mak lampir dalam bilik air. Nak ajar asyraaf gosok gigi balik, segala berus gigi aku cuba, macam-macam pelekat aku tampal. Dia suka ketap bibir dia. Bila aku mintak gigi dia tunjuk lidah. OMG! haha.. nanti part yang ni aku khaskan satu entry sebab aku hampir berjaya buatkan dia mintak untuk diberuskan gigi dia.


Kalau dekat kedai pulak, datang mood dia nak bermanja melampau-lampau nak didukung je aku akan bergaya seperti ini sambil layan customer. Semua customer aku sangat sporting, tak kisah pon aku dukung baby sambil layan diorang. Asyraaf pon tolong cakap sama. HAhaha.


Anak orang lain-lain perkembangannya kan. So mummy semua jangan risau ok.Asalkan anak korang sihat dan normal!.

Friday, January 24, 2014

Penat ke kerja sambil jaga anak ni?

Assalamualaikum.

Tak ada yang lebih bahagiakan hati seorang ibu, mama, mak, umi atau yang sama waktu dengannya bila anak yang dia kandung 9 bulan 10 hari tu besar dengan baik lagi-lagi dapat besarkan depan mata sendiri.
Ada yang sanggup berhenti kerja sebab risau anak nanti tinggal dengan orang macam mana. Dan dilema tu pulak bila takut anak jadi manja sangat bila 24 jam dengan mak dia je.

Well, aku pernah alami benda tu semua. Tapi itu lain entry. Sekarang aku dah kerja, YES kerja dengan diri sendiri kena double kerja kuat, kuat semangat, kena selalu lebih masa. Lagi la aku bekerja sambil jaga Asyraaf Iskandar. Niat aku dulu berhenti kerja sebab dia, jaga dia, dan sekarang niat aku kerja sendiri pon nak jaga anak sendiri depan mata. Bukan aku tamak tapi sebagai seorang mak mesti nak yang terbaik untuk anak. Aku tau kawan-kawan aku yang ada anak pon dan bekerja mesti nak je bawak anak tapi mana boleh kan. Ni kira peluang aku yang sangat baik. Kadang-kadang asyraaf kena tinggal juga dengan nenek atau mak ngah dia.

Kadang-kadang kesian juga dengan bujang ni kecik-kecik dah kena ikut mama pergi kerja. Tapi best apa. Aku pernah meeting dengan customer sambil bawak anak. Pak Zarif dengan aku akan take turn nak explain dengan customer. And bestnya customer aku semua paham kitorang baru nak start semuanya dan bawak anak sekali. Kadang-kadang aku akan bawak anak sedara Pak Zarif jadi peneman asyraaf. Still depan mata. Melainkan aku kena attend meeting seorang je memang asyraaf aku tinggalkan dengan ibu mertua ku atau mak ngah asyraaf. Syukur diorang sangat baik .


Kadang-kadang asyraaf akan buat perangai kalau aku tengah entertain customer yang datang kedai. Aku cuba pujuk dia. Bawakkan mainan atau apa yang dia suka untuk leka kan dia. Kenapa aku tak upah pekerja? Selagi aku tak boleh nak percayakan orang biarla aku penat lelah seorang dulu. Bila dah stabil semuanya inshaAllah aku akan upahkan pekerja. 

Alhamdulillah asyraaf sangat senang nak jaga dan waktu tidur dia aku dah paham sangat. Lagi la dia ni kalau kat kedai jadi mengantuk je.. Masukkan dalam buai boleh lena 4 jam tau. Time ni la aku akan buat kerja office aku sebab kalau dia dah bangun memang aku akan main dengan dia termasuk la aku main kejar-kejar dan menyorok dalam kedai. Penat tapi happy. Dan malam pulak Pak Zarif akan take turn uruskan anak. Aku adalah rehat sikit atau setllekan kerja-kerja rumah yang lain.

Mencabar tapi aku suka. 






Wednesday, January 22, 2014

Allergic Dengan Air!


Tak ada apa yang happykan hati aku seorang mama bila anak aku happy dengan apa kitorang bagi kat dia.
Lagi la dia seorang je buah hati kami. Belum tambah lagi. Tak ada rezeki lagi beb. Ada rezeki ye tambah untuk kedua pulak ye dak.haha

Pak Zarif selalu keluar kerja pagi baliknya malam. Kadang-kadang spend masa dengan anak dia 2 jam je setiap hari lepas tu asyraaf akan zzzzzzzzzz... tapi kami faham, kerja untuk kami juga. So ayah si Asyraaf ni kalau boleh apa kehendak dan apa yang terbaik untuk anak dia, dia sanggup wei. Aku dah jadi no 2. haha.. CEMBURU di situ!...

Kemain lagi ko tengok muka asyraaf tu kalau dapat air. Air juga la buat dia boleh duduk diam kat kedai makan. Sebab dia akan leka betul la bila dapat main air lagi-lagi AIS.


masa ni aku dengan keluarga aku je pergi bercuti last minit. Pak Zarif tak dapat cuti. Gagah la aku dengan bawak Asyraaf ni yang nak melasak je kerjanya bercuti tanpa ayah dia. Happy tak sehappy kalau Pak Zarif ada.hihi..


Hujung minggu hari tu sempena cuti umum apa ntah. Al maklum la..aku sejak kerja sendiri dengan suri rumah tangga ni tarikh dan cuti umum dah tak pikir sangat. haha. Pak Zarif beli kolam renang untuk asyraaf. Standard la besarnya untuk budak 1 tahun 7 bulan ni. Air belum penuh sibuk main air pancut. Air dah penuh kuak lentang dia gayakan. Ni dia ikut aku, sebab aku suka mandi kolam dengan macam-macam gaya la.haha.. Apak dia kurang sikit. 





Ni aku tak ajar. Dia stand badan dia dekat kolam, kaki dengan tangan dia buat macam kuak dada..haha.
Nak jadi perenang la ni dah besar.hihi.



Lambatla mama air ni nak keluar, minum sikit boleh? . =_='



Aku tak isi penuh pon air nya. cukup-cukup paras perut dia je kalau duduk. Lagi satu aku buka kolam ni waktu tengahari dalam sejam je aku bagi dia berkubang dalam kolam dia. Sebab tak la sejuk sangat kan. Lepas dah bilas aku akan pastikan aku sapu wicks kat dada, minyak telon kat tapak kaki, peha, betis. Lepas tu dia terus tido. penat agaknya.haha..

Sekejap je asyraaf ni dah 1 tahun 7 bulan. Dah nak 2 tahun dah. Planning birthday party ke tak payah ek? tak kot. Simpan duit lebih-lebih untuk hantar dia sekolah tahun depan.hihi..

Monday, December 23, 2013

Kisah Asyraaf : 1tahun 6 bulan yang mengembirakan!!

Assalamualaikum..

Anak bujang ni makin besar makin banyak ragam. Makin banyak akal dia. Makin banyak benda dia belajar.
Kadang-kadang penat tak terlayan. Kadang-kadang tengah marah terus ketawa. Nak marah dah pandai buat muka kesian. Dah pandai pujuk mama ayah kalau buat salah. Dan paling ikut betul-betul perangai omaknye dah suka baling barang. Dulu zaman kanak-kanak memang aku paling suka baling barang. Tu kat rumah mak siapa yang selalu jahanamkan barang kalau tak aku. haha.



Yang ni ikut mama dia jugak, pantang angkat kamera dah pandai nak posing. Alahai..


Stress juga kalau bawak Asyraaf ni berjalan dekat mall. Mau kurus omak sebab kena kejar dia. Paling suka nampak lampu-lampu. Lari-lari, kan ke luas mall tu.


Lagi sekarang sepupu sepapat berkampung dekat rumah, meriah! lagi manja tahap 100 la kan. Sepupu semua rajin melayan. Mama memang nehi la nak manja-manja.hihi



Ikut muka siapa la ni nak oi!


Makanan senjata paling hebat kasi dekat Asyraaf dan dia boleh diam dalam 5-10 minit. Lepas tu haru balik.haha



Attend majlis Aunty Lyn dan Uncle Emy. Pengantin melaram kat pelamin luar, pelamin mini kasi Asyraaf posing.hihi.. Ni sikit pon aku tak ajar posing. Dia siap sebut peace bagai. Harap Asyraaf baca la blog mama ni ye..hihi


Last sekali! Seksi tak saya?!!HIHI.


NOTAMAMAADAH : seorang ibu muda dan isteri di usia muda yang tak pernah menyesal kahwin awal dan tak pernah rasa perkahwinan diusia muda rasa tak puas enjoy. LEBIH ENJOY dengan KEKASIH HALAL.hihi..