Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Friday, March 25, 2016

Zahira ditahan NICU sebab demam.

Assalamualaikum,

Hampir 8 bulan berlalu, tapi aku masih ingat lagi apa yang jadi masa Zahira lahir dulu. Masa umur Zahira 28 hari, badan dia panas. Aku pakaikan dia pakaian nipis, baju yang banyak lubang tu. Tapi sampai malam badan dia makin panas. Mak aku cakap budak mana ada panas macam ni, lagi-lagi dalam hari. Aku kalau bab demam, muntah aku tak suka sambil lewa. Cepat je aku siap-siap ajak Pak Zarif pergi hospital. Asyraaf tinggal dengan mak aku. Kesian abang long banyak kali kena tinggal. 

Sampai dekat hospital amik suhu dan badan Zahira 38 macam tu. Tinggi untuk budak. Darah pon kena amik. Dekat 2 jam result baru keluar darah Zahira ada kuman. Disebabkan Zahira masih bayi dibawah 30hari doktor suggestkan admit NICU (Neonatal Intensive Care Unit). TIDAK NORMAL baby bawah 30 hari demam. Aku masih dalam pantang. Pukul 1 pagi masuk NICU doktor terus tukarkan baju dan suhu Zahira 37.5. Zahira dipakaikan pampers sahaja, kepala dan badan dibalut kain sejuk. Kesian pon ye juga sebab Zahira mesti sejuk dalam NICU semua aircond. 



3 hari berlalu, suhu Zahira on off. Doktor pagi-pagi telefon Pak Zarif suruh cepat datang hospital. 31 ogos aku tak akan boleh lupa tarikh ni. Aku dan Pak Zarif diberi 1 fail yang tunjukkan perkembangan Zahira sepanjang dekat NICU. Demam Zahira tak surut, tapi on off. Doktor dah amik darah dan sampel air kencing, tak ada tanda jangkitan kuman. Tinggal satu lagi prosedur untuk tahu apa punca Zahira demam on off. Sebab doktor kata sangat TIDAK NORMAL.




Air mata aku dah tak boleh tahan bila doktor minta kebenaran untuk amik air tulang belakang Zahira. Aku diuji dari mengandung dan saat aku nak melahirkan Zahira juga diuji. Sekali lagi Zahira , bayi yang kecil kena uji. Aku redha, setelah kami bincang dan dapat persetujuan kami tandatangan surat untuk Zahira lakukan prosedur tu. Zahira dibawa ke bilik prosedur. 

Selepas air tulang belakang Zahira diambil, dia dah tak ada demam. Bila aku datang waktu melawat dan tengok Zahira dah dipakaikan baju tu rasanya gembira sangat.Tangan dan kaki bertukar ganti masuk drip untuk ubat. Anak mama kan kuat. 3 hari lepas amik air ulang belakang keputusan Zahira keluar dan Zahira positif ada MENIGITIS (jangkitan kuman diselaput otak). Doktor sarankan Zahira on antibiotik 2 minggu. Nasib aku baik sebab aku ikut instinct aku untuk bawak Zahira cepat pergi hospital sebelum Zahira demam panas yang lama dan tinggi sampai dia kena sawan. Ini bahaya. Sepanjang 2 minggu on antibiotik Zahira tunjuk perkembangan positif dan aku tetap pam susu hantar pergi hospital. 

Mesti ada emak-emak yang risau bila sebut amik air tulang belakang kan? aku pon risau. Tapi aku lagi risau kalau aku tak bagi doktor amik air tulang belakang Zahira dan still teruskan antibiotik tanpa tau apa punca Zahira demam on off. 99.8% baby tak akan ada effect pape masa amik air tulang belakang. Lepas amik air tulang belakang cuma ada bekas jarum sahaja dekat belakang badan Zahira, tak ada tanda lebam atau kaki Zahira still kuat gerak. Jangan risau mak semua. Kita nak yang terbaik untuk Zahira. 

Sepanjang aku dekat NICU, ramai baby dalam tu masuk sebab demam, batuk, selesema sampai susah nak nafas. Dan hasil berbual dengan mak-mak baby semua disebabkan orang yang datang melawat baby dalam keadaan tak sihat peluk cium anak kita. Lagi kita tetamu entah dari mana pergi, baju kita ada habuk atau apa je la. Datang dekat baby yang kecil dukung peluk cium baby. Diorang yang dapat jangkitan tu. Kesian ok dekat baby baru lahir ni. Mak diorang yang nak berehat dalam pantang terpaksa ulang alik hospital melawat anak sakit.

Aku nasihatkan datang melawat la 2 minggu ke atas bila mak baby dah ok, tapi jangan peluk cium baby bila kita tak sihat. Kesian diorang. 

Aku akan sambung nanti cerita Zahira selepas keluar NICU. :)

Friday, March 18, 2016

Boboiboy memang BEST!!

Assalamualaikum.

Kebiasaannya aku dengan Pak Zarif akan bagi reward pada Asyraaf setiap bulan. Bawak pergi playground ke, belikan mainan yang dia sukakan sangat, mandi manda atau apa yang Asyraaf nak la kan. Aku dengan Pak Zarif bukan jenis suka belikan anak mainan. Dia main pon sekali je lepastu hilang mana je. Kalau buku dia suka la. Nak tidur kena atau boleh dikategorikan WAJIB bagi dia kena buka buku walaupon sehelai dua mukasurat.

Bulan ni aku bagi reward dia tengok wayang cerita kegemaran dia juga. Kegemaran sampai addict setiap hari nak tengok tu tak la. Tak boleh lawan cerita Frozen. Ye Frozen. Anak bujang aku jiwa lembut sikit. Sentimental. 😅😅

Kali ni aku bawak Zahira sekali. Kiranya first time juga untuk Zahira tengok wayang. Harap dia relax macam abang dia. Cool mentido je sepanjang dalam wayang. Disebabkan aku ni dah beranak pinak. Semua benda kalau boleh nak beli guna hujung jari. Aku booking tiket wayang pon by online je. Sampi sana tinggal tebus tiket. Tak payah nak beratur. Kan senang. Cerita mula pukul 8.20 malam.


Aku bawak Asyraaf tengok cerita BOBOIBOY. Dan aku rasa tak rugi pon tengok cerita ni. Bukan anak aku je layan lebih, tu Pak Zarif pon layan habis cerita ni. Siap ada kelakar, sedih. Asyraaf pon penuh emosi tengok cerita ni. Sampai ke hari ni asyik nyanyi lagu C.I.N.T.A .K.I.K.I.T.A. :/ . 

Zahira berjaya diam dalam wayang. Tido dua kali. Terima kasih ye anak-anak. Nanti ada cerita best kita boleh tengok beramai-ramai. Sekarang masih boleh la pakai couple seat sebab aku nak ruang yang selesa untuk Asyraaf kalau tetiba dia nak baring ke apa. 

Ramai orang takut bawak baby pergi tengok wayang. Ini terpulang pada individu. Jangan la cerita lasak, gaduh tumbuk-tumbuk bagi anak tengok. Kartun masih ok la. 


Tuesday, March 15, 2016

Kisah Pantang Tunggang Langgang.

Assalamualaikum.

Sambungan  part sebelum ni. Lamanya lahai aku nak buat sambungan. Doakan aku lebih istikomah lepas ni dalam mengupdate blog. Banyak benda aku nak update lepas ni. :)

Baby aku dilahirkan pada usia kandungan 36minggu. Secara induce. Lahir memang kecik sampai aku boleh beranak sendiri. Keluar kepala dulu baru nurse masuk. Alhamdulillah dipermudahkan. 2.34kg lebih dari estimate masa scan baby cuma 1.7kg sahaja. Atas sebab uri baby tak supply makan pada baby dan baby tak nak membesar dalam kandungan , jalan terbaik terpaksa dikeluarkan. Sebulan lebih awal dari tarikh EDD. 

Hari pertama Zahira dekat rumah kitorang anak beranak tidur dalam bilik. Zahira menangis. Asyraaf boleh bangun jerit 'diamlah'. Kelakar sepanjang pantang. Setiap kali aku pakai param dengan pilis setiap kali tu juga Asyraaf jeling je dari pintu. Busuk katanya. 😂😂


Suka sangat dengan gambar ni. Dah jadi abang long dah Asyraaf. Abang long yang kuat menangis. :)


Disebabkan Zahira ni kecik dia kena Prolog Jaundice. Dua kali kena tahan NICU. Kesian tengok kaki kecik dia hari-hari kena amik darah. Dan hari ke 28 Zahira admit wad NICU sekali lagi disebabkan demam. Yang ni akan sambung next entry. 

Sepanjang jaga Zahira dalam pantang tak ada yang susah. Mungkin anak no dua barangkali. Jadinya dah ada pengalaman. Asyraaf pon bagi kerjasama yang sangat baik kecuali time adik dia poo poo boleh sebabkan dia stress. :) 



Sepanjang aku berpantang kali ni aku tak dapat makan jamu, makan benda-benda panas macam halia, lada hitam. Semua aku korbankan sebab Zahira kuning tak hilang-hilang sampai 28hari. Orang tua-tua dulu pantang kalau ibu lepas bersalin minum air dalam kuantiti yang banyak. Tapi aku terpaksa minum air yang banyak sebab Zahira perlukan susu. Tekak cepat kering. Sorry atok. :)

Pantang kali ni juga luka aku sangat cepat baik. Tak tahu la sebab kali kedua atau apa. Mungkin kali ni aku bersalin luka tak banyak dan koyak tak besar macam dulu. Dan aku terus makan pil lawas untuk orang lepas bersalin dan pati haruan 2 kotak terus aku habiskan. Aku tak ada letak manjakani ke atau minyak gamat dekat pad. Tak berani. Fobia ok masa Asyraaf 2 minggu pon luka tak baik lagi. ALLAH kan maha adil. DIA beri aku kesihatan yang cepat supaya aku kuat nak jaga Zahira masa dia sakit. 




Pantang kali ni rasa sekejap sangat sebab aku hampir setiap hari ulang alik klinik dan hospital. Alhamdulillah sekarang Zahira dah 7 bulan. Dan sihat. Rindu masa pantang. :)

Thursday, October 08, 2015

Kronologi Bersalin : Part 2

Assalamualaikum.

Sambungan dari entry sebelum ni. ----------------> KLIK SINI

Tang jahit aku ni ada lawak juga. Masa anak sulung aku dapat full bius dekat bahagian nak kena jahit tu sebab aku koyak banyak. Sebab apa? nah baca Part 1 dan Part 2 .

Aku memang tak angkat punggung dan aku rasa memang aku koyak sendiri. Aku sangat-sangat berharap koyak kecik je. ''Sabar ye, tunggu uri keluar baru kita boleh tau awak koyak banyak ke sikit, tapi rasanya sikit.''. Alhamdulillah uri aku sangat senang keluar sama macam Asyraaf dulu. ''Koyak awak sikit je. Kita dah nak jahit ni. Awak tengok anak awak, hilang la nanti rasa sakit" .

Aku dah cuba ok, bukan tak cuba. Tapi sakit sikit je. "Ko cuba tengok kaki syuhadah ni dekat mana? betul-betul dekat pinggang aku". Nasib la nurse dapat pesakit penakut macam aku. Kaki aku memang betul-betul dekat perut dia. Macam aku sendal kaki. HAHAHA. Setiap kali jahit aku tersepak sikit perut dia. 10 minit je rasanya semua siap. Dia cuci segala darah dan aku diberi rehat. Sempat juga aku mintak air milo sebab perut macam pedih sangat.

Pak Zarif pon baru masuk masa ni. Dia azan dan iqamatkan baby. Sempat lak dia cakap ingat malam nanti baru beranak. Dua jam pon dah lama, lagi nak tunggu malam. Lega. Lepas ni dah boleh balik. Penantian 10 hari dekat wad dah berakhir.



Tapi semua tu macam mustahil lagi. Sebelum aku ditolak masuk wad, nurse cek jahitan aku. Dan ada la seluk untuk tengok ada darah beku ke tidak. Memang tak ada darah beku, tapi ada bahagian yang tak dijahit. Ok, kenapa la 2 jam tadi tak dijahit je sekali. =_=''.

Aku merayu juga cakap tak apa la nanti bila aku keluar wad aku cari la ubat cream yang sapu untuk cantumkan daging. Sorang nurse melayu ni ok la dia suruh cari nanti balik. Tapi, datang pulak sister dia agaknya cakap ''nanti kalau u naik ward, doktor cek u ada bleeding lagi nanti dia anta u balik sini lagi untuk jahit. Sebab kalau tak jahit akan bleeding je.'' Ah sudah!.

Lepas sister tu keluar aku cakap lagi dengan nurse sorang ni. Boleh tak jahit sekali je, tak kisah la tak cantik jahitan, sekali je. Lama dia tenung. " Kenapa nurse tengok lama sangat?''. ''Saya tengah tengok macam mana nak jahitkan sekali je ni. Kesian juga kat awak.". hahaha.

Sister masuk lagi. Suka la sister ni tengok aku agaknya. ''Aya, tak jahit lagi ke?. Susah-susah bagi je bius''. Nurse yang jahit aku tengok aku. Aku diam je la. Dia dah bagi bius. Aku tahan nurse lagi. ''Ala nurse, kan baru dibius, tunggu la sampai bius jalan''. Nurse tu dah penat layan aku. ''Awak nak tunggu bius jalan ke tunggu bius habis?''.

Boleh pulak main tarik benang jahit dekat aku. Eh nurse main seram lak dia. Masa dia jahit tak sakit. 10 minit siap. Koyak tak banyak tapi sebab dia dapat bius aku, dia jahit elok dan kemas. Aku lega!. Dah boleh balik wad la konon. Hampeh. Dia suruh aku pergi toilet kencing. Kalau tak kencing aku akan dipasang tiub kencing. Maaf nurse, saya tak kencing dekat labour room tapi naik wad tukar pad baru kencing. Tipu sunat je. hahaha.

Sebelum aku dan baby ditolak naik wad, nurse dan beberapa orang doktor kanak-kanak datang tengok baby. Aku dengar sorang doktor, maybe doktor pakar cakap baby ok keluar-keluar sudah kencing, berat baby normal, baby nafas sendiri ok. Boleh tolak wad dengan ibu sekali. Lega! aku tau anak aku normal semuanya. Doa mak kan tiada hijab.

Sebelum aku ditolak ke wad dengan nurse yang jahit aku, aku mintak maaf sebab aku mengada-ngada dan menyusahkan dia. Yela aku tau dia buat semua tu nak selamatkan kita. Sabar je layan pesakit. Aku bersyukur sepanjang 10 hari aku dekat wad, nurse dan doktor layan sangat baik.

Perbezaan aku rasa bersalin Asyraaf dan Baby kedua ni aku lebih bertenaga, boleh bangun sendiri. Mungkin sebab kedua. Dah tau apa nak buat.

Maka selepas 1hb itu bermula la hidup aku sebagai mama beranak 2. 

Wednesday, April 29, 2015

Hadiah 2015

Assalamualaikum,

Tahun 2015 dah jalan 5 bulan. Punya la cepat sangat masa berjalan. Lagi cepat bila pikir balik tinggal 4 bulan je lagi nak jumpa bakal adik Asyraaf. :). Senyap-senyap je datang nak kasi surprise mama, ayah dengan Abang Long dia. Rezeki yang tak dijangka. Alhamdulillah seronok kami sekeluarga terima berita ni.

Setiap anak kan memang la berbeza sangat ragam masa mengandung ke, masa jaga. Kali ni memang baby selamatkan mama dia dari mabuk yang teruk. Cuma mulut nak kena ada makanan je.

Bulan pertama pregnant : 
Rasa beza sangat badan, perubahan bentuk badan sikit-sikit nampak. Perubahan mood jangan kata. Kejap boleh ketawa, kejap lagi diam balik. Paling penting setiap hari mesti WAJIB dengar lagu hindustan. Hahah. Mulut tak boleh tak ada gula-gula. Tak boleh bau makanan pelik-pelik.

Bulan kedua : 
Sama je macam bulan sebelumnya, cuma pinggang dan perut sakit. Tidur tak selesa. Padahal awal lagi. Saja la tu nak torture mak dia dulu. Salam perkenalan katanya.

Bulan ketiga :  
Bulan paling mencabar sebab baby dalam perut mama tak dapat jumpa nenek dia. Arwah mak mertua telah pergi untuk selama-lamanya. Tapi tak pe, mama tak akan lupa ajar adik baby kenal atok nenek belah ayah. Sebab diorang kaya dengan kasih sayang.

Bulan keempat : 
Ada bleeding sikit masa ni. Perut sakit, pinggang selalu sakit-sakit. Masa ni emosi drop sikit sebab doktor kata kandungan masa ni kandungan risiko. Ada nurse ni pulak cakap kemungkinan gugur tu ada. Lagi la emosi sangat-sangat. Dapat mc seminggu suruh bedrest, tak boleh buat kerja berat, angkat Asyraaf pon dah tak boleh.

Bulan kelima : 
Bleeding dah tak ada, tapi perut kerap keras. Baby kali  ni memang berbeza dengan Asyraaf. Doktor swasta bagi ubat kuatkan rahim. Alhamdulillah baby tak ada masalah apa-apa. Mungkin mama dia je dah tak boleh nak melasak sangat. Perut baru la nampak macam orang pregnant. Baby dah makin aktif bergerak. Mabuk sikit-sikit dah hilang.

Dah nak masuk bulan keenam, keadaan aku sangat ok. Harap baby pon akan ok sampai bersalin. Perangai Abang Long Asyraaf huh lagi la tak boleh nak cakap. Dia sayang adik baby dalam perut. Tapi suka baling-baling barang, manja makin lebih. Orang kata biasa la sebab nak dapat adik. Harap dia dapat sayang adik dia. Tak cemburu, sebab sayang semua sama rata. :)


Semoga adik baby dapat membesar dalam rahim dengan baik dan sihat. Abang long dah tak sabar nak jumpa awak lagi 4 bulan je. :)

Wednesday, October 29, 2014

Musim Mengawan

Assalamualaikum,

Sejak dua tiga minggu ni setiap kali aku buka facebook penuh dengan timeline dengan status "pregnant". Belum lagi instagram dengan gambar scan seketul daging berumur 4 5 minggu. Lagi gambar teaser baby dari syurga. Ada lagi yang aku rasa bukan kau saing-saing aku bersalin dah bersalin lagi. Walah, sekarang musim mengawan ea?.hihi.

Setiap kali tu aku suka baca, lagi happy salah sorang dari kawan baik aku pon pregnant juga. Tahniah beb! jaga ank sedara aku baik-baik. Dah jadi habit lak aku kena stalker gambar baby korang pulak tau. Maklum la baby aku dah besar. Bila giliran aku pulak?? Oh itu rahsia ALLAH. DIA je yang boleh jawab soalan korang.

Tetiba teringat 2 tahun lepas masa bersalinkan Asyraaf. Normal tapi perit. Hahaha.



Pengalaman pantang normal.

Pantang aku lagi hazabedah, mungkin sebab bius dia amik masa nak hilang sepenuhnya. 2 minggu aku tak ok lagi. Dengan nak buang air besar pon payah. Bayangkan toksik aku simpan sampai 18 hari. Bukan tak ada rese, tapi fobia takut koyak jahitan. Sebenarnya aku penakut.hahaha. Hari ke 15 baru la Pak Zarif carikan aku pati haruan yang dalam botol tu. Ada 6 botol tak silap. 

Habis je 6 botol terus aku rasa bertenaga. Makanya anak no 2 nanti keluar wad je aku cari pati haruan. haha. Nasib baik dalam pantang Asyraaf baik sangat. Menangis nak susu, dengan berak je. Yang lain mentido tak sudah.



Bila orang tanya aku bila lagi nak bagi Asyraaf adik. Aku nak ketawa. Siapa tak nak anak ramai, belum rezeki. Rezeki lain DIA bagi. Asyraaf baru nak masuk fasa senang nak dijaga. Kasi laki bini honeymoon dulu gamaknya.haha. Tapi bukan aku fobia beranak ea. Tak ada. Korang cakap aku tak nak mengandung lagi sebab fobia bersalin aku cili karang mulutnya.hihi.

Tahniah korang yang tengah merasai sebahagian nikmat seorang wanita,.

Tuesday, March 18, 2014

Kisah Asyraaf : Gangguan Misteri


Sejak Asyraaf ni dah pandai cakap, dah tau takut, sakit, nangis, merajuk ni ada satu benda merungsingkan aku. Well, Asyraaf 1tahun 9 bulan dan nak masuk 2 tahun, mana la pandai menipu kan. 

Sejak kebelakangan ni, aku selalu dengar dia lari peluk aku lepas main kat mana-mana nanti dia mesti cakap "Mama, akut". peluk kuat, sorokkan muka. Aku selalu cakap tak ada apa-apa, mama ada. Sekali dua aku anggap anak aku ni main-main je la kan. Tapi hati aku pon tak keruan. Sebab Asyraaf baby yang lemah semangat, ini apa bidan yang jaga aku cakap la. Nak menafikan tapi kadang-kadang macam betul pulak. Sejak baby lagi dia selalu Menangis Tak Keluar Air Mata. Menangis tanpa sebab, meraung-raung. 

Kadang-kadang dah tidur ni, pukul 12 malam tepat dia terbuka mata terus nangis kuat-kuat, kadang-kadang 2 3 hari macam tu.



Pernah sekali, masa tu umur Asyraaf 6 bulan, aku dengan keluarga belah Pak Zarif bercuti dekat Perak, Cameron Highland dengan Melaka. Ada satu masa tu masa balik dari Cameron Highland nak ke Melaka lalu highway, sampai highway Seremban tak silap aku, Asyraaf meraung-raung, menangis tak berhenti, Tak Ada Air Mata, aku sumbat susu tak nak, mak ngah dia dukung dia tak nak. Dalam kereta kitorang diam je sebab panik nak pujuk Asyraaf. Aku memang kalau jalan ada bawak Air Zam-Zam atau air Yassin, untuk campur dengan susu Asyraaf. Kita tak tau kan bila nak kena. Budak kecik sangat masa tu. Mak ngah dia bagi asyraaf minum air Zam-zam dengan doa semua 5 minit Asyraaf terus diam, aku sumbat susu gantung. Terus tido. Bayangkan dia menangis dari Seremban sampai Melaka. Tak berhenti. =_='

Aku kan berniaga dan Asyraaf selalu ikut aku pergi kedai, selalu masuk buai boleh tidur terus tau. Ni aku masukkan dalam buai mata dia besar pandang kiri kanan, menangis jerit-jerit. Aku tak boleh la nak buat kerja, nasib baik kedai sendiri, aku tutup kedai bawak Asyraaf balik. Alhamdulillah dia baik. Orang tua-tua kata kalau kita tinggalkan rumah lama ke, buai tu jangan gantungkan, turunkan atau terbalikkan dikhuatiri benda halus menumpang. Waallahualam.



Baru-baru ni aku balik rumah lambat, around 10 malam tak silap sebab aku balik kedai dah pukul 8, pergi makan lagi. Aku tutup pintu pagar, Pak Zarif dukung Asyraaf. Buka pintu rumah Pak Zarif turunkan Asyraaf, nak buka lampu la kan. Asyraaf menangis-nangis cakap akut akut. Aku ni dah la penakut. Aku suruh je Pak Zarif dukung Asyraaf. Buka lampu cakap baik-baik tak ada apa-apa. dia ok dah lepas tu. 

Paling teruk Asyraaf kalau jatuh ke sakit hati ke kan dia mesti menagis, kalau menangis biasa aku ni tak kisah sangat, tapi menangis sampai biru, mata ke atas kadang-kadang dia terus pengsan. Sejak umur setahun dia makin kerap. Pernah kena dekat KL masa aku shopping barang kedai, padahal kitorang ni dah perhatikan dia betul-betul tapi kalau benda nak jadi kan sekelip mata je boleh. Dia jatuh sampai benjol, dia menangis sampai tak tarik nafas langsung,sampai pengsan, Pak Zarif dah panik, dah la kawasan tu kitorang tak tau mana klinik. Aku dah berlari sana sini, dengan mak dengan adik aku dah melalak-lalak sebab masa Pak Zarif peluk Asyraaf dada dia senyap, terus tak ada tanda-tanda nafas. Aku lari-lari cari klinik, Pak Zarif aku nampak dia tengah CPR Asyraaf. Dan nasib baik ada hamba Allah yang baik hati datang naik motor bawak Asyraaf dengan Pak Zarif pergi klinik. Sampai terjatuh kat tangga Pak Zarif nak bawak Asyraaf. Sampai klinik, doktor check Asyraaf, denyut jantung dia NORMAL, tekanan darah NORMAL. dan dia boleh main sekejap dalam bilik kecemasan. 


Esoknya aku tak cakap banyak, tak nak tangguh lagi, aku bawak pergi hospital buat checkup aku takut kalau time Asyraaf menangis-nangis terus senyap aku lagi takut. Masa tu kan perangai Asyraaf tak macam biasa, dia sangat lasak dan dia dikategorikan HYPERACTIVE. Padahal dia sangat biasa. Banyak procedure kitorang kena ikut, sampai bawak Asyraaf pergi Hospital Batu Pahat untuk buat Scan Otak nak pastikan dia ada sawan atau tidak. Dan kalau ada sawan doktor akan bagi ubat untuk jangka masa tertentu. Dan aku tak terkejut bila doktor kata anak aku NORMAL, bukan sawan. 



Bila aku dah checkup hospital atau perubatan sains, aku dengan family sepakat nak bawak Asyraaf buat perubatan islam. Mak mana nak anak sakit, aku sanggup buat apa je, berhabis wang ringgit sekali pon. Dan bila aku jumpa Ustaz ni dia kata anak aku diganggu 'benda halus'. Dia akan 'cekik' anak aku bila dia tengah menangis. Mak aku masa Asyraaf tengah menangis dia pujuk, tepuk-tepuk dada Asyraaf, mak aku baca ayat kursi terus Asyraaf boleh tarik nafas dan menangis macam biasa. Lepas berubat dengan perubatan Islam, Asyraaf macam lebih baik, menangis tak macam tu. Bila bawak pergi checkup hospital kerajaan, doktor tengok perkembangan Asyraaf dia kata Asyraaf dah fully sihat. Alhamdulillah.

Banyak sangat Asyraaf buat macam tu tau sejak kecil. Aku ni pon pernah kena juga. Tapi kita orang tua kalau sakit tau mana tempatnya, kalau budak kecil tau apa je. 



Antara tanda-tanda baby kena gangguan :

  1. Mata dia akan melilau melihat sekeliling kekiri kekanan.
  2. Menangis meraung-raung tetapi tiada airmata.
  3. Menangis seolah-olah sedang kesakitan sangat-sangat.
  4. Menangis dalam keadaan takut.
  5. Tidur dalam keadaan terkejut-kejut.
  6. Tidur di selang seli dengan tangisan.
  7. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari. Contoh, hari ni menangis pukul 3 pagi, esoknya pon menangis pukul 3 pagi, lusa pon pukul 3 pagi. 
  8. Mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Boleh terjadi dalam keadaan tidak sedarkan diri (ketika tidur).  
  9. Menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan.
Asyraaf pernah kena semua ni. Dulu aku panik, sekarang aku tak panik lagi. Setiap kali dia macam tu aku atau Pak Zarif akan bacakan ayat kursi banyak kali dekat telinga Asyraaf. Dan sentiasa berdoa, berdoa dan berdoa. 

Sekarang Asyraaf dah kurang banyak sangat. Tak macam masa dia kecik-kecik dulu. Zaman moden ni mungkin anggap ni semua mengarut, tapi bagi aku yang dah kena dan ada pengalaman, lagi canggih zaman sekarang, lagi banyak gangguan macam ni. Petua-petua orang tua kadang-kadang melampau dek akal fikiran, tapi banyak juga ada betulnya. So,depends pada diri sendiri macam mana nak accept dan handle situasi nanti.

Anak korang ada pengalaman yang sama tak?

Friday, November 29, 2013

Tak Ada Jalan Mudah!!

Assalamualaikum..

Siapa dekat sini yang tak nak berjaya? Pasti satu tangan pon tak akan angkat. Orang gila pon bila ditanya apa keinginan mereka mesti berjaya antara satu jawapannya.



Dan YA. Nak berjaya bukannya satu jalan yang sangat mudah. Kau jangan ingat nak berjaya macam jalan yang lurus tanpa ada halangan pon. Memang bila tengok orang berjaya kita pon teringin nak jadi macam diorang. Pernah tanya diorang berapa lama nak survive sampai tahap stabil diorang sekarang? Berapa kali diorang jatuh bangun, jatuh dan bangun lagi?

Aku pon pernah alami benda yang sama. Cemburu dengan kejayaan orang lain, cemburu dengan kehidupan orang lain. Tapi cemburu aku tak ada la sampai nak menabur pasir dekat periuk nasi orang. Cemburu yang membina. Kita survey cara diorang bekerja, cara diorang jaga pelanggan dan macam-macam lagi.



Aku pernah kerja yang stabil. Tapi berhenti sebab nak berniaga. YA, keputusan drastik dengan berhenti kerja tanpa cuba dulu apa yang aku nak buat lepas tu. Tapi dalam urusan berniaga kita kena berani. Aku tak suruh la korang berhenti kerja. Survey dan test market dan yang paling penting korang kena paham apa minat korang, apa kelebihan korang.

Aku mulakan sebagai agent dropship untuk pakaian korea. Sangat mencabar bila kita baru dalam online business dan ilmu sangat kurang. Dan aku beruntung aku punya kawan yang sangat murah dengan ilmu ajar aku satu satu sampai aku paham. Thanks beb.

Sampai satu masa en.Zarif nampak kesungguhan bini dia ni. Bagi modal untuk simpan produk sendiri. Syukur sangat. Itu bukan kerja mudah bila seseorang dah bagi kita kepercayaan janganlah sekali korang rosakkan. Aku bawak barang-barang balik kampung, bawak kemana sahaja aku pergi dan bentangkan kasi orang tengok dan jual. Ikutkan malu memang malu. Tapi aku tebalkan je muka. Untuk apa malu? Bukan korang jual benda haram kan.

Pernah sampai esok hari raya dan kebetulan kawan aku nak beli tudung semua. Waktu sepatutnya kami berada dengan orang tersayang dengan takbir raya, aku tengah bentang tikar dan barang-barang aku untuk dijual. Aku cerita bukan untuk dapatkan simpati tapi nak bagi korang semangat dan sedikit inspirasi.

Nak berjaya bukan senang. Aku tak cakap pon aku dah berjaya sekarang, tapi nak sampai tahap sekarang ni berapa kali aku jatuh, bangun , jatuh bangin tanpa aku jemu. Menangis dah puas. Beruntung ada suami , keluarga yang sangat menyokong aku. Aku belajar dari kesilapan aku buat. Aku belajar dari bawah. So, janganlah amik jalan mudah untuk berjaya. Susah nak menghargai nanti.

XOXO

Thursday, March 07, 2013

REVIEW [2] : SAFI BALQIS PERFECT 10


assalamualaikum...

remaja perempuan *motif guna remaja konon nampak lebih muda..pang!!* dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan..
kalau dipisahkan ibarat pantai yang tiada pasirnya *apa kena mengena*,
ibarat makan lauk tak ada nasi..hahaha..
sudah!melalut pulak mak jemah..
niat hati nak buat REVIEW sikit la pasal produk yang adah guna nie...pasal produk kecantikan...

kira bila cerita pasal kecantikan je memang perempuan LAJUUUUUUUUUUUU je cerita...hihihi..
lagi-lagi kalau kat tempat kerja ke tempat korang belajar ke atau mana-mana tempat..
pantang nampak benda cantik lagi mengliurkan memang tu la jadi perhatian korang..
lagi-lagi kalau kat shopping complex,
sampaikan boyfriend wat report hilang awek,
suami wat report hilang bini,,
adah pulak kalau nampak benda lawa je kat mall mesti hilang kejap dari en.suami..hihih
dapat tengok barang tu dekat-dekat dan tengok harga...
simpan azam nak beli bulan depannya..haha...


al kisahnya waktu tahun 2011.. time adah nak cari barang hantaran dari pihak en.suami untuk adah..
pergi kat PACIFIC KLUANG MALL...
tengah belek-belek satu produk nie memang adah pakai, tapi share dengan mak..hihihi..
nak jimat kongsi je..hihih..
muka adah jenis tak banyak problem so pape brand pon ok..BERSYUKUR!!,,,
sekali belek la SAFI RANIA GOLD..yang CHE TA jadi duta tu..
promoter dia datang tanya umur adah berapa..
waktu tu umur baru 20 tahun, so dia recommend kan yang sesuai untuk kulit remaja yang umur 25 tahun kebawah.. SAFI BALQIS..
malas cerewet-cerewet sebab dah en.suami yang belikan siap bagi full set..
kita tadah dengan muka tersenyum je la kan..

hasil adah pakai produk tu lepas nikah sangat-sangat puas hati..
sebab keserasian produk tu pada muka adah..
pelembap dia sangat smooth.. rasa ringan je muka macam tak pakai pape..
tu lagi adah suka..
pelembap malam dan siang pon cepat kering tak berminyak..
adah akan cuci muka pakai pencuci muka SAFI setiap kali bangun tido dan sebelum tido..
nak mimpi pon senang, tak terbeban dengan minyak dekat muka..*amboi!hovernya!!*

losyen tangan dia adah perasan lebih pada kandungan air..
lembap je tangan dan cepat kering dan paling penting wangi dan ada perlindungan dari UV..




see...muka adah macam muka bayi selembut kulit asyraaf iskandar nie..
muka tanpa makeup tebal, cuma bedak dan lips ice je...
lepas pakai pencuci dan pelembap, tepek je bedak...tak berminyak la muka tu..
kami dua beranak ni kening nipis je..hahaha


FULL SET ada :
1-pencuci muka
2 -toner
3 -pelembap siang
4 -pelembap malam
5 -serum
6 -krim kontur mata
7-losyen tangan & badan siang
8 -skrub

dah hampir 2 tahun adah guna produk nie..
dan sangat berpuas hati...hihihi..


p/s : bukan iklan berbayar ok...






Friday, February 15, 2013

Dilema Madam Adah : Bagaimana Mengatasi Kegawatan Susu Ibu???


assalamualaikum...

asyraaf dah tidur baru boleh mama kembang tangan nak update blog dan buat sedikit research dengan en.google..
sejak jadi mama nie..adah sangat sebok mencari ilmu untuk besarkan anak, ilmu untuk jadi isteri yang baik, ilmu untuk jadi suri rumahtangga yang menyenangkan, ilmu untuk jadi anak yang baik buat kedua ibu bapa, ilmu untuk jadi menantu, biras, dan semua la... semua nie perlukan ilmu.. *dulu time sekolah cikgu suruh belajar keje adah cabut je..huhu..menyesal!!*

sekarang adah nak tanya korang dan mintak pendapat dari korang semua...
adah nak sangat direct feeding asyraaf sampai umur dia 2 tahun..
hari pertama dia lahir dah kena tahan NICU..
susu formula susu pertama yang dia rasa.. bila sampai rumah nak berpantang, adah belum urut lagi, 
pagi-pagi buta dalam pukul 2 pagi en.suami keluar cari susu formula sebab asyraaf dah mengamuk lapar..susu setitik pon tak keluar lagi..
bila berpantang, dicampur juga susu formula..
sampai sekarang susu formula dicampur dengan susu badan...
tapi asyraaf lebih suka susu badan... dapat botol pon mesti nak badan jugak..
kesian jugak dekat anak.. nak buat macam mana..susu kais pagi makan pagi..kais petang minum petang..hihihi..



soalan adah untuk penyusuan ni :

1- tidak lambat kan untuk adah bagi susu badan terus kepada asyraaf sampai 2 tahun??sebab asyraaf dah 8 
     bulan..

2- macam mana adah nak banyakkan susu badan yang sedia ada nie??

3- susu badan adah cuma adah sebelah kanan sahaja, belah kiri dah slow.. macam mana nak atasi masalah 
    nie?

4- perlu makan supplement apa untuk bagi susu yang banyak dan berkhasiat untuk asyraaf??

kalau kalian yang baik hati ada terbaca mana-mana review tentang orang yang berjaya menyusukan anak diorag dengan baiknya..*jeles!*..bagi link ok..kalau yang tengah baca ada pengalaman dan link-link berkaitan..bagitau ok...sangat-sangat memerlukan ilmu yang terbaik untuk ini....*sambil buat muka kesian=_='*

asyraaf tengah tidur sambil susu badan ye...
walaupon sebotol susu habis..susu gantung jugak buat dia tidur..

keluarga kecil dan bahagia adah..waktu nie kat majlis hari keluarga..berkumpul 5 generasi HAJAH ZAHARAH.. dah bagi asyraaf susu botol..tapi susu gantung original jugak yang boleh buat dia dibuai mimpi indah dan nyenyak...lagi bawah kipas dengan hujan renyai-renyai..macam gitu je dia boleh tidur hampir 2 jam... penat pangku dia..hihi...
dan sebab ini jugak adah nak susukan sepenuhnya untuk asyraaf....

lagi satu, setiap malam bila asyraaf dah tidur dan setiap 2 jam dia akan merengek..maknanya dia nak susu.. bila bagi botol, dia TAK NAK hisap..kalau hisap pon sikit-sikit je dan amik masa yang sangat lama nak habis..setengah jam ke satu jam tau.. yang dia cari tetap MAMA dia punya.. mama dia kesian sebab susu yang sangat merundum.. 
bila bangun pagi je bagi susu botol asyraaf minum dengan laju sebab lapar hampir atau lebih 8 jam tak hisap susu.. hari-hari pujuk 'susu' mama supaya kaya seperti dulu.. kesian kat asyraaf.. :'(


p/s : cepat asyraaf tidur hari ni sebab penat belajar berdiri lama lebih 10 saat...bangga mama dia..bertepuk tangan macam kanak-kanak riang..hahaha...^_^

p/s : en.suami ada belikan anmum lacta... harus minum sebab terharu dengan kesungguhan en.suami nak tengok adah susukan anak kami dengan susu original.... ^_^

Monday, December 24, 2012

Cara Ubati Nipple Berdarah bila menyusukan..


semalam adah, en.suami, asyraaf, akak ipar dan biras pergi melawat baby baru...
bila tengok baby nie kan..rasa geram nak mengandung lagi je..
lagi-lagi nampak anak perempuan...
rasa macam EH ABANG...jom bagi adik perempuan kat ASYRAAF...
*pang!pang!...hakikatnya adah merancang keluarga sebab nak bagi asyraaf besar sikit...sebelum dia pandai panggil mama dan ayah kawal dulu nak bagi adik kat dia...*

biasa kalau melawat orang baru lepas bersalin,
soalan pertama mesti..
EH!sedap tak beranak?sakit tak?rasa nak lagi tak?
baby bape kilo ?
kuning tak?hahaha...macam tu kan??hihihi

well..saya kan ibu jugak..pernah berpantang 6 bulan yang lepas..hihi.
tapi adah belum pernah alami masalah yang satu nie.
dan harap adah pon tak terkena la sakit yang macam nie..

BREAST LUKA / BERDARAH..

kesian la kan dekat anak kalau berdarah kat nipple kita..
sebab penyusuan susu ibu harus diberhentikan sebab susu akan keluar sekali dengan darah..
kesian la tu..sakit satu hal..kesian kat baby..

adah ada beberapa tips la kan..hihi
well..berdasarkan pengalaman..

1-cara penyusuan yang betul.

-mulut bayi korang mesti la terbuka luas, jangan tengah tutup suka hati je nak sumbat paksa-paksa..
- dagu bayi korang mesti menyentuh payu dara..paling penting kedudukan bayi dengan korang sangat selesa.
-bibir bawah bayi bergulung keluar..bukan gulung-gulung tau..macam minum kat cawan..bibir bawah kita kan dekat bawah cawan..ha..macam tu la bayi kita..
- hidung bayi korang dekat dengan payu dara korang..jangan sampai tak ternafas pulak..hihihi..
- bila bayi menghisap, diorang benti sekejap dan hisap balik.. kalau bayi selesa dia akan hisap susu dengan perlahan dan dalam dan jugak selesa..
- kita pulak yang memberi susu boleh dengar bunyi bayi korang telan susu..



2. kerap susukan bayi

waktu adah susukan asyraaf dalam pantang dulu masalah adah susu sangat kaya...
melimpah sangat..sekarang je kurang kaya dengan susu..
tapi asyraaf tetap nak susu gantung...bila breast kita bengkak..
adah tak nak bagi asyraaf susu...bila pikir balik...susu nie hak dia..bagi je la..
adah bagi dia susu, kuning dia cepat hilang,
adah bagi dia susu, melecet pada nipple adah pon kurang..
baby nie lidah dia kasar...bila dia hisap kita akan rasa kasar kat lidah dia..nie pon punca melecet..
tapi bagi je..sebab nanti dia akan lembut jugak...



3- sapu dengan susu kita..

ok..yang ni adah dapat dalam internet, dan jugak petua orang-orang tua..
kalau melecet atau luka.. 
sapu nipple kita dengan susu kita sendiri..
punca dan penyebab nye pon sebab susu kan..
cara nak baikkan pon pakai susu..
so, tak payah nak membazir beli krim ntah hape-hape..
baik korang pakai susu sendiri..
jimat satu hal, cepat baik pon ye jugak...
nipple kena jaga sebab susu kita bagi untuk anak..
kalau nipple kita dah sapu ubat yang terang-terang ada kimia walaupon sikit..
tak ke bahaya untuk baby kita..
nie pendapat adah dan adah praktikkan..
ALHAMDULILLAH...baik...


sejak jadi mama nie...rasanya soalan macam nie bukan benda yang memalukan...ini kan sebahagian ilmu yang patut kita kongsi bersama..hihi..

akan ada lagi tips adah nak share dengan korang ok...sekarang nak kena rush kemas rumah dan masak-masak.. saya kan dah jadi SUPERMAMA dekat rumah..hihihi...

notahati: ALHAMDULILLAH...ALLAH dengar doa adah....sekarang salah satu doa adah dimakbulkan..terima kasih YA ALLAH...^_^

Friday, October 12, 2012

Dapat Anak Jadi Botak..=__+''


setiap kali sikat rambut..
mesti banyak sangat rambut yang ikut sekali dekat sikat tu..
makin disikat,, makin banyak la rambut yang tanggal... =_-'

haih.........bila tanya dengan mak adah dan mak mertua,,
semua cakap..''biasala kalau dah jadi mak..memang rambut banyak hilang''..
apa kena pulak anak dengan rambut...
ingatkan salah guna shampoo ke atau memang rambut jenis tak kuat..
sebab anak dah main bubble pakai ayak liur basi diorang la..
punca rambut adah gugur,,,!!!

tapi adah suka tengok Asyraaf main bubble tu...
nampak sangat cute...*pang*...puji anak sendiri la pulok..haha

dengan dia bubbling aaaaaa...yayayyaya..babababa...
cepatnya masa berlalu...
dah nak masuk 4 bulan sudah...


yang ada pengalaman tu bagitau la tips supaya rambut tak makin gugur...
sadis oo tengok rambut makin banyak gugur..huhuhu..




notahati: lagi 2 bulan dah leh bagi asyraaf makan..yippi!!

Thursday, September 20, 2012

Pengalaman Bersalin Part 2


bersambung dari entry sebelum ini...klik untuk ke entry part 1

Jam tepat pukul 12.15 a.m adah dah terbaring kat bilik bersalin..dup dap dup dap..dengan rasa sakitnya yang kerap datang..adah sempat lagi mesej en,suami cakap yang adah dah dekat wad bersalin..suruh dia rehat..yang kelakarnya..sakit-sakit adah macam tu pon..tetap mesej jugak dengan en.suami supaya rasa sakit adah kurang.. pukul 1.15 adah rasa nak tidur..sebab pikir-pikir kalau adah tak tidur..nanti bila nak bersalin adah akan kurang tenaga..

Walaupon sakit,adah cuba jugak tidur..kejap dapat tidur nyenyak, kejap tidur-tidur ayam..sampai la pukul 4 pagi adah sakit perut macam nak membuang..adah tekan butang emergency..ada sorang stuff nurse masuk..


NURSE : kenapa?awak dah rasa nak teran ke?
ADAH : saya rasa macam nak berak..boleh tak saya pergi bilik air?
NURSE : tak boleh..nanti takut awak nak teran taik tapi kuar kepala budak..
ADAH : *muka blur* ye ke?tapi saya dah tak tahan nie..
NURSE : ye..pernah berlaku la saya tak bagi awak pergi..mm..saya check ‘jalan’ dulu..kalau kepala baby
               masih jauh awak boleh pergi bilik air..


Lepas check bukaan pintu rahim adah..


NURSE : kepala anak awak dah kat bawah nie..bila-bila je boleh keluar..
ADAH : ha?ye ke?tapi saya dah tak tahan lagi nie..
NURSE : ok..saya bagi awak tempat buang air nie..awak buang je kat sini k..


Adah pon cuba la..tapi tak nak keluar pulak..adah panggil nurse tu lagi…cakap la adah kurang selesa macam tu..tak boleh keluar lak..


NURSE : ok..macam nie la..saya bagi awak ubat cucuk bontot nie..awak buang je apa awak nak buang
               dekat sini..nanti saya datang bersihkan..


Lepas adah lunaskan segala hutang tertunggak..nurse tu pon datang bersihkan segala saham najis yang ada..memang adah kesian jugak kat nurse tu..tapi dah dia tak bagi kita pergi bilik air kan..huhu..sorry nurse..jasamu akan ku kenang..hahaha..lepas tu adah terus sambung tidur balik..nak simpan tenaga kan..

Setiap setengah jam akan ada nurse dating tengok adah dekat bilik bersalin tu..sebab dalam bilik tu adah sorang-sorang..kadang-kadang dengar jugak jiran tertangga teran nak beranak..ada yang meraung ada jugak 2 3 kali teran dah keluar..yang adah belum-belum lagi bersalin..huhu..mak,akak,en.suami semua tanya dah bersalin ke belum..*dalam labour room boleh je bawak handset..mesej n telepon je kalau nak*..

Dalam pukul 9 pagi, doctor pakar sakit puan masuk bilik adah..buat lawatan la tu..dia soal itu ini..sekali dia nak check bukaan rahim lagi..rupanya bukaan rahim adah dah 8 cm..terus nurse yang ada dekat situ tanya adah..


NURSE: syuhadah,awak tak rasa sakit ke?
ADAH : sakit pinggang je dengan perut tegang kejap-kejap..kenapa?
NURSE : tak ada la..biasanya kalau jalan dah bukak 8cm orang akan cakap sakit..tapi awak diam je..
                Mungkin awak tahan sakit kot…                   


*dia tak tau yang adah punya tangan dah sakit-sakit sebab bila sakit adah datang je..adah akan paut kat tiang tepi katil tu..menggigil badan tahan sakit tu..*..

Lepas doctor pakar check adah je..terus dia suruh nurse tu semua standby sebab bila-bila masa je adah akan bersalin..waktu tu hanya ALLAH je yang tahu apa adah rasa..sakitnya dah mula kerap ..

Sebelum adah rasa nak teran tu,tangan adah dimasukkan air sebab adah dah 9 ke 10 jam tak makan sejak masuk labour room malam tu..nak bagi tenaga la kan..satu lagi dimasukkan air jugak tapi air nie nak bagi adah rasa contractions dan rasa nak teran..sebab adah kembar air..*pecah ketuban*..tu yang tak ada rasa sakit sangat..dan rasa nak teran pon tak ada walaupon kepala baby dah kat bawah betul-betul..ok..part pasang air tak habis dekat situ je..tengah kelam kabut tu air yang diorang bagi tak masuk ikut jarum..dan dan tu jugak diorang cabut jarum kat tangan adah,gantikan kat tempat lain,,makin plus plus sakitnye tau..memang adah ingat betul muka nurse tu sampai sekarang..tapi tak la marah diorang..mungkin kelam kabut nak selamatkan adah dengan baby tu yang tak sedar betapa lembut kasar kerja dia buat.. =_=’


Tak silap adah..lebih kurang 10 orang nurse dalam bilik bersalin tu..2 orang nie pelatih..tukang urut pinggang  adah dan yang akan bagi adah air bila adah betul-betul haus.. sorang nurse nie pangkat sister pegang tangan adah ajar ayat-ayat yang adah boleh baca nak hilangkan rasa sakit..nak tarung nyawa kan..doa-doa ringkas tu perlu..yang lain tolong ajar adah pernafasan betul dan ada 2 orang sister jaga ‘bawah’ dan tukang gunting dan jahit..huhu..

Waktu dah Nampak kepala baby adah,diorang tanya adah dah buang air besar dan air kecil ke belum..adah cakap dah pagi tadi..lepas tu adah rasa dekat tempat kencing adah pedih sangat..rupanya diorang masukkan macam tiub nak kasi keluar semua air kencing adah..ok!!yang nie paling sakit dan tak terima dek akal..sebab diorang tak cakap dengan adah satu hal,,satu hal lagi dia main cucuk je..sakit ok..

Diorang tau adah tak ada pengalaman bersalin..apa ntah lagi  nak teran kan..so..memang diorang sikit pon tak paksa adah teran..diorang suruh adah ngiring ke kiri supaya adah dan baby senang dapat oksigen..dan bila adah rasa nak terberak je diorang akan suruh teran..bagi adah senang rasanya nak teran bila adah ngiring..tak tau la kenapa tapi kalau gaya biasa bersalin memang adah susah sikit..huhu..

Dalam keadaan ngiring tu adah teran dalam 4 5 kali rasa ada air je ngalir kat kaki..sampai la adah rasa betul-betul nak teran adah sendiri baring..waktu tu adah kena  selsema..so pernafasan adah agak kurang baik waktu tu..semua dalam tu cakap adah teran baik cuma pendek sangat nafas adah..

Tengah teran..

NURSE : syuhadah,awak boleh…awak pandai teran,,,Cuma nafas awak pendek..curi nafas ok nanti lagi
               Sekali teran..
ADAH : saya mana tau nak curi nafas…*sambil teran ok*..


Banyak kali adah teran tapi baby tak keluar jugak..dan banyak kali jugak adah mintak air..sebab rasa kering yang amat sangat..sampai nurse cakap kat adah..cuba teran selagi boleh.sebab kalau doctor yang masuk nanti dia akan gunakan alat untuk keluarkan baby adah..adah pon teran lagi..memang cakap terus terang..sambil teran tu adah dah hilang tenaga..dah nangis jugak la..sebab sakit sangat..

Tengah teran pulak nurse mintak izin gunting..rasanya dia dah gunting dulu baru mintak izin sebab adah dah rasa pedih time teran..huhu..sampai satu tahap..adah macam surrender nak teran sebab adah dah tak ada tenaga lagi..diorang suruh stop..dan tangan adah diorang suruh pegang kepala anak adah yang dah keluar..tinggal sikit je lagi..waktu tu adah teran jugak..tapi baby stuck jugak dekat situ..

Tetiba adah dengar diorang cakap standby FORSEP..forsep nie guna alat macam penyepit nak tarik baby dari bahu..sebelum bersalin ada orang pernah cakap kalau guna forsep kesian baby sebab effect tangan baby boleh patah..so..bila adah dengar forsep je..adah teran…doctor masuk time tu tengok adah betul-betul nak keluarkan normal dia pon tolong jugak..dia tekan perut adah time adah teran supaya baby pon cepat turun..ntah bape kali teran sampai satu tahap adah teran sekuat hati terus adah terbaring..habis semua tenaga..adah pejamkan mata tapi adah dapat rasa kaki adah ada benda kecik sepak-sepak peha adah..

Pelatih tepuk pipi adah kejutkan adah..dia suruh adah bangun..jangan pejamkan mata..lepas tu dia cakap adah dah selamat melahirkan..baby pon dah keluar..tapi adah belum tau jantina lagi..sekali lagi adah pejam mata dan sekali lagi adah kena kejutkan..kali nie dia suruh tengok jantina baby…ALHAMDULILLAH..adah selamat lahirkan seorang  bayi lelaki untuk en.suami.. tepat jam 11.08 a.m bertarikh 19 jun 2012 adah selamat bersalin..

Diorang mintak izin nak bersihkan anak adah..lepas baby dah bersih baru adah dengar dia nangis..time tu air mata adah tiba-tiba jatuh..rasa sakit nak bersalin tadi hilang pergi mana ntah..lepas dah bersihkan tu diorang letak anak adah dekat dengan adah..adah sempat cium,peluk dia sebelum baby adah diazankan en.suami dan terus dihantar ke NICU..adah tak jumpa dia lagi lepas bersalin tu..

Baby adah dimasukkan kat NICU sebab perlukan pemerhatian..air ketuban adah dah pecah lebih 24 jam baru dia keluar..takut dia kena jangkitan kuman atau kesan lain..memang la sedih..tapi buat masa tu,itu la cara terbaik tok anak adah..

Part nak melahirkan dah selesai..
Part adah lepas bersalin kita continue ke part 3 lak k….hihi

Friday, January 27, 2012

Ibu Mengandung Memang Tak Sesuai Pegi Panggung!

assalamualaikum...

wah!lama gila tak ku update blog kesayangan adah nie..
sorry ye..bukan tak nak update..tapi masa tak mengizinkan..
adah kalau dah cuti memang segala-galanya cuti jugak..

semalam petang en.suami ajak pergi beraya rumah kawan sekerja dia..
so..adah dengan lemah longlai ikut jugak la..
dari duduk rumah tak buat apa ye dak...

balik dari beraya tu en.suami terus je drive ke Kluang Parade..
sampai dekat tempat wayang..peh!memang adah teruja..
lama oi tak tengok wayang..
last tengok OMBAK RINDU dengan mak dan adik beradik..
lepas tu tengok cd je la..alasan ibu mengandung tak sesuai tengok wayang..huhu..

ada 2 pilihan cerita..
antara Bujang Terlajak dan Journey 2 Mysterious Island...
so..adah lebih teruja nak tengok Journey 2 Mysterious Island..
The Rock tu yang berlakon..
sepanjang dalam panggung tu..
perut adah memang tak selesa..
kejap-kejap tegang..kejap-kejap pedih-pedih gitu..
bila usap-usap perutnya senyap balik..hahaha..
bila sound kuat je..mula la balik kekecohan dalam perut nie..
baby terkejut ye sayang..malam-malam nak tidur dah dibawak panggung...aish!
sudah nya..tu la wayang yang terakhir adah akan tengok..huhu...

sedikit sebanyak cerita nie..
adah memang suka...best sangat-sangat...
tak rugi ok tengok..




yang dua orang bawah nie la yang buat adah tak kering gusi..
ada je benda lawak dia buat...hahaha


memang best..so..adah bagi bintang 8/10 sebab sound effect dia kuat sangat..
terkejut baby adah..huhu...
lepas nie beli cd tengok dekat rumah je la...T_T



notahati:..sangat gembira bila scan baby sihat gerak-gerak..tapi dia nyorokkan jantina la pulak...huhu..

Monday, January 09, 2012

Alhamdulillah...4 bulan sudah..

assalamualaikum..

nampak tak dekat folder Anugerah Terindah??
hari ni genap 16 minggu bersamaan 4 bulan sudah usia kandungan adah..

Alhamdulillah syukur sangat sepanjang adah mengandung..
tak ada banyak alahan yang adah terima..
memang awal trimester dulu adah memang takut sangat..
berjaga-jaga dengan setiap apa adah buat..



yela..baru-baru lagi..
apa nasihat orang..
pantang larang orang tua adah ikut kan aja..
tak nak la nanti dibuat sebab pulak kan..=_='

ok..nak masuk usia kandungan 4 bulan..
tidur adah dah mula sangat tak selesa..
terlentang lagi la tak boleh..
ke kiri salah, ke kanan salah..
last-last adah akan mengiring antara kiri dan kanan..
lepas tu dua-dua pinggang adah akan letak bantal..kasi stabil betul la kan..

lagi satu..en.suami punya la membengkok macam udang kena panggang..
adah lak selimut pon tak nak pakai..
suhu badan adah macam panas je..
so..memang selimut adah asingkan..dah tak nak guna lagi..

hari tu waktu checkup nurse tanya ada rasa pergerakan baby ke tak..
adah nie memang kandungan pertama..
mana la tau rasa baby gerak tu macam mana..
nurse tu cakap..kalau anak pertama memang susah sikit nak tau dah rasa ke tak..
tapi baru-baru nie adah rasa baby dah gerak sikit-sikit..
untuk pengetahuan semua..
bila kandungan pertama..lepas tu baru lepas trimester pertama..
dan awal trimester kedua macam adah..
babynye bergerak mesti rasa macam gelembung udara je dalam perut..
ibunye pon boleh rasa baby gerak..
macam gelembung udara dalam perut..ahaha...

so far alahan adah semua dah tak ada..
cuma makin cepat penat sikit la..
makanan makin tambah kuantitinya..haha..
berat tak boleh naik mendadak..
sebab takut kena minum air gula lagi..

perubahan fizikal pulak..
perut adah semakin ke depan..
dah nampak la yang adah nie mama to be..haha
breast kita pon biasa la..sedang memproses susu kan..

sekarang adah tengah sakit tekak..
badan sakit-sakit...
nak demam rasanya..
tapi mesti tak boleh makan ubat..
kesudahannya..adah makan buah..minum air banyak-banyak..
makan kasi seimbang..alhamdulillah..ada kesan la jugak..






notahati : lain orang mengandung lain ragamnye ye...^_^

Wednesday, January 04, 2012

Amaran Keras Dari Misi KK..=(

assalamualaikum w.b.t..

selamat petang kalian..
pembuka entry untuk awal 2012 yang sangat menyedihkan...*bagi adah la..*
tapi bukan semua sedih..
sebahagiaan je ye..

entry adah yang akan datang akan adah cerita azam dan wishlist adah ok..
tapi untuk entry kali nie kisah adah buat checkup untuk kali ke-2 lepas buat buku merah tu..

sebelum checkup pada 02/01/2012 adah kena minum air gula..
tu adah belum cerita..nanti adah cerita ok..
pada hari adah checkup tu adah dapat keputusan dari minum air gula..amik darah dua kali tu..
adah punya bacaan gula dalam darah sebelum minum air gula 4.5..
bila dah 2 jam minum air gula dan amik darah sekali lagi..bacaannya 5.1..
alhamdulillah adah tak ada kencing manis..dan negative penyakit kelamin..



dan hari tu jugak la adah baru tau darah adah jenis apa..
hahaha..sepanjang 21 tahun hidup..memang jenis darah apa adah tak tahu..
sekarang dah tahu la..kalau ada pape hal..jenis darah adah dah leh bagitau tanpa was-was..haha

biasanya kalau datang nak buat checkup..
lepas letak buku..terus pergi buat ujian air kencing sendiri..
itu adah past!..
lepastu timbang berat dan tinggi pulak..
ok..berat adah naik 200 gram dalam sebulan..tinggi ok la..tak kan turun lak..
bila amik ujian darah nie adah paling tak suka..
adah takut dengan jarum..
walaupon cucuk sikit je..tetap sakit ok..
hasil amik darah tu haemoglobin adah dalam keadaan kurang memuaskan..
bacaan menunjukkan 9.8 dan warna merah..maknanya rekod tak elok..huhu

tu tahap sederhana..
bacaan normal 11 ke atas..
bila bacaan 8 lagi teruk..huhu..macam-macam risiko kena ada..
so..misi tu bagi adah list makanan yang leh tambah darah..
sebab adah memang tak nak masukkan darah orang lain dalam badan adah dan baby adah..

lagi 2 minggu adah kena amik darah dan check bacaan HB adah lagi..
kalau makin menurun automatik adah akan dimasukkan ke wad tok proses tambah darah orang lain..huhu..
harap-harap vitamin yang misi bagi..makanan yang sepatutnya adah makan..
sebab effect banyak pada baby dan diri adah..antaranya.:
1- kalau adah nak bersalin nanti kemungkinan besar akan tumpah darah.
2-baby macam tak sihat..atau lahir pra matang..
3- adah akan pucat dan tak bermaya..

dan banyak lagi..itu je dah takutkan adah..
sekarang sebarang cadangan supaya bacaan adah naik adah buat..
sebab tak nak effect pape pada adah dan kandungan..

notahati:  alhamdulillah..segala yang adah ngidamkan adah dah dapat..terima kasih en.suami..keluarga ye..^_^nk ngidam apa lak lepas nie?hahaha