Friday, March 25, 2016

Zahira ditahan NICU sebab demam.

Assalamualaikum,

Hampir 8 bulan berlalu, tapi aku masih ingat lagi apa yang jadi masa Zahira lahir dulu. Masa umur Zahira 28 hari, badan dia panas. Aku pakaikan dia pakaian nipis, baju yang banyak lubang tu. Tapi sampai malam badan dia makin panas. Mak aku cakap budak mana ada panas macam ni, lagi-lagi dalam hari. Aku kalau bab demam, muntah aku tak suka sambil lewa. Cepat je aku siap-siap ajak Pak Zarif pergi hospital. Asyraaf tinggal dengan mak aku. Kesian abang long banyak kali kena tinggal. 

Sampai dekat hospital amik suhu dan badan Zahira 38 macam tu. Tinggi untuk budak. Darah pon kena amik. Dekat 2 jam result baru keluar darah Zahira ada kuman. Disebabkan Zahira masih bayi dibawah 30hari doktor suggestkan admit NICU (Neonatal Intensive Care Unit). TIDAK NORMAL baby bawah 30 hari demam. Aku masih dalam pantang. Pukul 1 pagi masuk NICU doktor terus tukarkan baju dan suhu Zahira 37.5. Zahira dipakaikan pampers sahaja, kepala dan badan dibalut kain sejuk. Kesian pon ye juga sebab Zahira mesti sejuk dalam NICU semua aircond. 



3 hari berlalu, suhu Zahira on off. Doktor pagi-pagi telefon Pak Zarif suruh cepat datang hospital. 31 ogos aku tak akan boleh lupa tarikh ni. Aku dan Pak Zarif diberi 1 fail yang tunjukkan perkembangan Zahira sepanjang dekat NICU. Demam Zahira tak surut, tapi on off. Doktor dah amik darah dan sampel air kencing, tak ada tanda jangkitan kuman. Tinggal satu lagi prosedur untuk tahu apa punca Zahira demam on off. Sebab doktor kata sangat TIDAK NORMAL.




Air mata aku dah tak boleh tahan bila doktor minta kebenaran untuk amik air tulang belakang Zahira. Aku diuji dari mengandung dan saat aku nak melahirkan Zahira juga diuji. Sekali lagi Zahira , bayi yang kecil kena uji. Aku redha, setelah kami bincang dan dapat persetujuan kami tandatangan surat untuk Zahira lakukan prosedur tu. Zahira dibawa ke bilik prosedur. 

Selepas air tulang belakang Zahira diambil, dia dah tak ada demam. Bila aku datang waktu melawat dan tengok Zahira dah dipakaikan baju tu rasanya gembira sangat.Tangan dan kaki bertukar ganti masuk drip untuk ubat. Anak mama kan kuat. 3 hari lepas amik air ulang belakang keputusan Zahira keluar dan Zahira positif ada MENIGITIS (jangkitan kuman diselaput otak). Doktor sarankan Zahira on antibiotik 2 minggu. Nasib aku baik sebab aku ikut instinct aku untuk bawak Zahira cepat pergi hospital sebelum Zahira demam panas yang lama dan tinggi sampai dia kena sawan. Ini bahaya. Sepanjang 2 minggu on antibiotik Zahira tunjuk perkembangan positif dan aku tetap pam susu hantar pergi hospital. 

Mesti ada emak-emak yang risau bila sebut amik air tulang belakang kan? aku pon risau. Tapi aku lagi risau kalau aku tak bagi doktor amik air tulang belakang Zahira dan still teruskan antibiotik tanpa tau apa punca Zahira demam on off. 99.8% baby tak akan ada effect pape masa amik air tulang belakang. Lepas amik air tulang belakang cuma ada bekas jarum sahaja dekat belakang badan Zahira, tak ada tanda lebam atau kaki Zahira still kuat gerak. Jangan risau mak semua. Kita nak yang terbaik untuk Zahira. 

Sepanjang aku dekat NICU, ramai baby dalam tu masuk sebab demam, batuk, selesema sampai susah nak nafas. Dan hasil berbual dengan mak-mak baby semua disebabkan orang yang datang melawat baby dalam keadaan tak sihat peluk cium anak kita. Lagi kita tetamu entah dari mana pergi, baju kita ada habuk atau apa je la. Datang dekat baby yang kecil dukung peluk cium baby. Diorang yang dapat jangkitan tu. Kesian ok dekat baby baru lahir ni. Mak diorang yang nak berehat dalam pantang terpaksa ulang alik hospital melawat anak sakit.

Aku nasihatkan datang melawat la 2 minggu ke atas bila mak baby dah ok, tapi jangan peluk cium baby bila kita tak sihat. Kesian diorang. 

Aku akan sambung nanti cerita Zahira selepas keluar NICU. :)

2 comments:

Unknown said...

Selepas keluar nicu ank puan mcm mne ye? Sehat mcm biase ke?

Unknown said...

Baby skrg mcm mana ?? Sy sdg melalui 😞