Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, March 18, 2016

Boboiboy memang BEST!!

Assalamualaikum.

Kebiasaannya aku dengan Pak Zarif akan bagi reward pada Asyraaf setiap bulan. Bawak pergi playground ke, belikan mainan yang dia sukakan sangat, mandi manda atau apa yang Asyraaf nak la kan. Aku dengan Pak Zarif bukan jenis suka belikan anak mainan. Dia main pon sekali je lepastu hilang mana je. Kalau buku dia suka la. Nak tidur kena atau boleh dikategorikan WAJIB bagi dia kena buka buku walaupon sehelai dua mukasurat.

Bulan ni aku bagi reward dia tengok wayang cerita kegemaran dia juga. Kegemaran sampai addict setiap hari nak tengok tu tak la. Tak boleh lawan cerita Frozen. Ye Frozen. Anak bujang aku jiwa lembut sikit. Sentimental. 😅😅

Kali ni aku bawak Zahira sekali. Kiranya first time juga untuk Zahira tengok wayang. Harap dia relax macam abang dia. Cool mentido je sepanjang dalam wayang. Disebabkan aku ni dah beranak pinak. Semua benda kalau boleh nak beli guna hujung jari. Aku booking tiket wayang pon by online je. Sampi sana tinggal tebus tiket. Tak payah nak beratur. Kan senang. Cerita mula pukul 8.20 malam.


Aku bawak Asyraaf tengok cerita BOBOIBOY. Dan aku rasa tak rugi pon tengok cerita ni. Bukan anak aku je layan lebih, tu Pak Zarif pon layan habis cerita ni. Siap ada kelakar, sedih. Asyraaf pon penuh emosi tengok cerita ni. Sampai ke hari ni asyik nyanyi lagu C.I.N.T.A .K.I.K.I.T.A. :/ . 

Zahira berjaya diam dalam wayang. Tido dua kali. Terima kasih ye anak-anak. Nanti ada cerita best kita boleh tengok beramai-ramai. Sekarang masih boleh la pakai couple seat sebab aku nak ruang yang selesa untuk Asyraaf kalau tetiba dia nak baring ke apa. 

Ramai orang takut bawak baby pergi tengok wayang. Ini terpulang pada individu. Jangan la cerita lasak, gaduh tumbuk-tumbuk bagi anak tengok. Kartun masih ok la. 


Tuesday, May 26, 2015

Asingkan Tempat Tidur :)

Assalamualaikum,

Bulan depan genap 3 tahun abang long Asyraaf. Dan bulan 5 ni juga genap setahun Asyraaf tanpa pampers. Pencapaian kali ni aku berjaya asingkan dia dari katil kitorang. HAHAHA . Gelak kemahen jahat omak dapat pisahkan anak dari katil.

Alasan utama aku adalah aku dah nak masuk 7 bulan pregnant, pinggang kerap sakit dan abang long kemahen lasak kalau tido. Tapi dia tau pulak perut kawasan larangan dia nak melasak. Cuma aku dah kurang selesa la tidur berhimpit macam tu.

Makanya aku gigih kemas bilik, pindahkan katil single dari bilik SOHO aku tu ke bilik kitorang sebab nak kasi abang long tidur sendiri. Aku belum pisahkan bilik, tapi pisahkan katil. Hari pertama aku tunggu dia tidur baru angkat dia letak kat katil dia. TAPI! sebelum nak tidurkan dia asing, seminggu tu aku selalu cakap dengan dia "tengok Pocoyo tu boleh je tidur sendiri, mama dengan yayah dia tak ada pon kan". Dia tengah fanatik tengok POCOYO, gunakan benda-benda yang dia suka sebagai motivasi dia.



Hari pertama memang lawak betul. Dia kejap bangun baring sebelah aku, kejap keluar tengok ayah dia main game, kejap baring dekat tilam bawah (tilam yang aku buat alas untuk kecemasan kalau-kalau dia melasak jatuh katil) kejap lagi naik katil dia. Sampai 2 pagi aku rasa dia macam tu. Aku tak ajak pon dia tidur sama. Hati kena cekal je kalau nak ajar anak something yang baru.

Esoknya dia nak tidur siang pon aku praktiskan dia baring dekat katil dia sendiri. Malam kedua dia bangun lagi, berdiri dekat kaki katil kitorang. Dia nak tengok mak ayah dia hilang ke tak ke apa aku tak tau. Tapi lepas dia tengok kitorang dia baring balik dekat katil dia. Which is tu memang perkembangan yang baik. Malam ketiga pulak, malam tadi la kan. Dia minta aku temankan dia sampai tidur tapi dekat katil dia. Sambil layan cerita pocoyo dia tu. Ikutkan ayah dia hati tak kental, suruh tidur dekat katil kitorang, nanti dah tidur baru angkat. Tapi maknye lagi kental. hahaha.

Doakan abang long cekal dan kental la. :). Nanti mama upah cadar, sarung bantal, tepi dinding semua gambar pocoyo ea. ^_^




Tuesday, November 04, 2014

Tak Perlu Mahal Untuk Romantik

Assalamualaikum,


Aku rasa ramai para lelaki dan suami yang tak tau Romantik tu apa. Kalau tau bertuahnya pasangan korang. Ada juga yang ingat romantik tu nak kena ada Candle light dinner la, rantai besar kapal la, atau bunga kembang setaman. Oh tidak perlu semua tu, kalau ada bonus la tu kan.



Majoriti kaum-kaum perempuan memang suka pasangan diorang romantik. Rasa diri lebih berharga dan dihargai gitu. Tapi kali ni aku fokuskan untuk para suami ye. Yang ada ikatan sah. Yang masih belum bernikah boleh jadikan ilmu atau panduan masa depan.

Sebab romantik tak perlu keluarkan modal besar-besar pon.


1. Nota Kasih Sayang
- sesetengah orang rasa malu nak ungkapkan dengan kata-kata depan mata. Nah, cuba tulis I LOVE YOU ke atau saya cintakan awak setengah mati ke, rindu awak 200% ke. Letak la dekat wallet, buku nota, stereng kereta. Asalkan tempat yang memang confirm-confirm la selalu buka atau pegang.

2. Urutan
- selalu kan tengok isteri atau pasangan kita balik kerja atau baru lepas buat kerja dan penat, apa salahnya korang urutkan dia. Nak urut cakar rimau sekalipon tak kisah. Lagi seronok bila korang sendiri yang nak urutkan pasangan korang. Jangan sampai diorang yang request.

3. Masakan
- selama ni makan masakan isteri. Apa salahnya korang kasi pasangan korang rehat tinggal makan je masakan korang. Walaupon kurang rasa tapi mesti diorang terharu. Ataupon datang la dekat dapur tolong isteri masak. Romantik apa suami isteri masak sama-sama.

4. Kerja rumah
- tak perlu keluarkan duit pon. Sesekali bila isteri korang keluar kejap ke, korang buatkan kerja rumah macam sidai kain, kemas barang mainan anak korang sepahkan, kemas dapur. Isteri balik rumah tengok rumah tersusun rapi. Terus jatuh cinta lagi 16 ribu kali.



5. Pimpin tangan
- jangan la dulu sebelum nikah, lintas jalan sekangkang kera ko punya pegang erat macam pasangan korang tak pandai lintas jalan je kan. Lepas kahwin lantak pi la nak lintas macam mana. Kau sedap je pimpin anak. Apa salahnya dukung anaknya, pimpin tangan isteri korang. Senyum je bini tu nanti. Biarla kekalkan apa korang buat dulu sampai la ada anak cucu.

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi cukup la kalau 5 ni pon korang buat. Mesti korang dapat anugerah pasangan paling romantik seantero dunia!


Monday, October 20, 2014

Hada Halfmoon yang Anggun!

Assalamualaikum,

Tajuk tak menahan. Curlass sangat. Mana yang tahu aku memang ada onlineshop yang ada jual pelbagai jenis hijab , baju, skirt. Dan yang terbaru barang baby. Ha yang ni lain kali aku cerita kan ok. Kali ni nak cerita Signature Hada byZishada iaitu HADA HALFMOON dan insyaAllah tak lama lagi aku akan keluarkan Hada Endcurve.

Hampir setiap warna yang aku keluarkan aku pon terjebak sekali. Sebab material aku gunakan tak panas, tak jarang, mudah digosok, mudah dijaga, selesa dan mampu milik. Aku nak senangkan semua orang. Sebab aku pon nak senang juga tapi still nak nampak bergaya. Gitu kekdahnya.


Yang ni warna Baby Blue. Senang nak bentuk, terletak dan beralun je. Paling best dia labuh menutup dada. Depends korang pakai macam mana la kan.


Yang ini pulak warna grey. Aku gunakan jahitan babylock untuk kemaskan Hada Halfmoon ni.


Hitam itu menawan. I like!.


yang ni rare. Pergi jemputan kahwin berselipar jepun memang rare. Dari kakak sampai ke adik bongsu aku menggayakan Hada Halfmoon. Tapi yang ni saiz standard. Red chilli, Fushia, Yellow, Brown Nutella. 


yang ni paling menjadi kegemaran aku la. Yellow mustard.

Belum cuba belum tahu kan.  hihi.

berkenan dengan Hada Halfmoon aku ni. meh tengok detail.


Memandangkan semua Hada Halfmoon aku ni customade. Korang boleh pilih warna apa korang minat. Lepas tu aku akan cek warna korang available atau tidak. Tapi kebanyakan semua masih ada. Dalam 2 3 hari aku akan postkan dan sampai pada korang.

Measurement : +- length 1.8m x width 0.75m
Price : RM 25 
Postage : Rm6 sm / Rm9 ss

Macam mana nak order??

1- Pilih warna korang nak.
2- Whatsapp 0177966843 atau email hadabyzishada@gmail.com
3- Nama, Kod Warna, Berapa helai, Alamat dan No tel(jika email)
4- Jika email : tittle HADA HALFMOON ok .


Thursday, October 02, 2014

Kisah Asyraaf : Malam bebas tanpa Basah!

Assalamualaikum.

Hari ni pencapaian baru Asyraaf tanpa pampers. Sebab dia berjaya tidur semalaman tanpa pampers dan tanpa mandikan aku dengan air kencing dia malam tadi. wakaka.

Sebenarnya aku dah tertido dulu, tapi sebelum tidur awal-awal aku dah pesan kat Pak Zarif pakaikan Asyraaf pampers sebelum tidur. Tapi agaknya Pak Zarif ingat dia dah pakaikan pampers, tidur nyenyak je dua-dua ye. 

Pagi tadi aku try pegang seluar dia nak tengok pampers penuh ke tak. Langsung pampers tak ada. Cari juga ada basah ke tak dekat tilam dan langsung tak. Alhamdulillah. Permulaan yang baik. Usaha penat lelah mama awak 2 3 bulan asyik tanya nak kencing ke tak berbaloi!. Macam menang hadiah percutiaan je rasanya. ^_^



Selamat berjaya Asyraaf. Mama dah ada pencapaian mama walaupon lambat 2 bulan. hihi. Aku start ajar Asyraaf  KEMPEN NO PAMPERS! (KLIK) bila dia pandai cakap sikit-sikit. Senang dia nak bagitau dia nak kencing.

Antara tips aku nak stopkan pampers Asyraaf :

1- Sabar - standard kalau anak korang hari pertama sampai seminggu kadang-kadang kencing sepah-sepah. Kalau ibu bekerja korang boleh buat setiap hujung minggu dan lepas korang balik kerja sampai diorang nak tidur malam tu korang pakaikan balik pampers.

2- Kerjasama - kena kerjasama dengan suami/isteri sebab kadang-kadang sorang buat kerja rumah sorang kena alert tanya anak nak kencing ke tak.

3- Peka - Kalau anak korang asyik pegang diorang punya kemaluan je tanya terus atau bawak je pergi bilik air. Budak baru buka pampers dia tak pandai nak kencing. Paham tak? dia dah biasa ada pampers.

4- Jangan marah - Masa mula-mula aku ajar asyraaf, mak aku kata jangan marah-marah nanti dia takut terus tak nak kencing atau simpan kencingnya. 

5- Amaran -  Seminggu pertama aku struggle gila nak ajak dia bawak bilik air. Akan ada satu masa dia buat hal, kencing dekat sudut-sudut. Malu la konon. Aku tak marah. Tapi aku bagi amaran. Amaran manja je.hihi

6- Puji -  Yes!budak memang suka makan pujian. Orang dah besar pon suka kena puji apa lagi anak-anak kita kan. 

SELAMAT MENCUBA!





Friday, September 26, 2014

Cara nak Handle Bila Anak Tantrum.

Assalamualaikum.

Semakin hari, semakin banyak Asyraaf uji kesabaran aku. Kadang-kadang aku pon tak pandai nak kawal emosi aku. Kesabaran aku kadang-kadang tercabar dengan kerenah Asyraaf. Jangan salah paham, aku tak pukul anak. Dan Asyraaf bukan selalu tantrum*. Kadang-kadang. Tapi yang kadang-kadang tu la yang aku geram sangat. But still under control.

*tantrum - memberontak, buang barang, merajuk dan protest



Macam baru-baru ni, aku tau dia tak tidur seharian. Sebab nak belajar, nak explore macam-macam satu hari tu. Malam dia main aktif semacam. Balik tu aku mandikan dia supaya dia segar nak tidur. Asyraaf suka sejuk. Lagi sejuk, lagi senang dia nak tidur. Lagi senang kerja mama kamu ni nak. Tapi belum sempat pakai baju dia dah tidur. Pak Zarif angkat dia dan pakaikan dia baju, Dan dan tu juga dia tersedar.

Menangis minta dukung. Padahal aku tak suka dukung dia, sebab dia dah pandai jalan. Selagi aku dengan Pak Zarif tak ikut cakap dia, dia boleh menangis macam orang kena pukul. Malam-malam buta lak tu melalak. Kesian jiran aku nak tidur tak tenang.



Ada lagi tu dia ni suka naik motor, mungkin sebab dah biasakan. Ada satu hari aku nak naik kereta amik anak sedara Pak Zarif dan aku rasa Asyraaf ingat aku akan naik motor. Dan dan tu juga dia menangis keraskan badan minta aku lepaskan dia.

Tapi dia tak menangis pulak kalau dia nak sesuatu macam mainan ke buku yang aku rasa tak perlu dan aku kata TIDAK. Dia letak balik barang-barang tu. Selalu dia tantrum yang aku tak pasti sebabnya. Kau paham tak? Contohnya kalau dia nangis nak dukung sebab jatuh ke apa, aku boleh terima sebab aku tau sebabnya. Ni tetiba je. TETIBA.



Cara handle anak Tantrum :

1. Peluk -  Cara paling baik bila ko peluk anak dari belakang. Tapi in case kalau anak kau dah tak boleh nak control kau peluk je macam mana cara pon. Peluk ni bagi aku dia satu ketenangan. Kasih sayang. Biar anak rasa safety bila kita peluk dia.

2. Mata - Aku akan berdiri selaras dengan mata Asyraaf, maksudnya aku akan melutut depan dia, Biar dia rasa selesa nak pandang aku. Kadang-kadang Asyraaf tak nak tengok sebab takut ke malu ke aku tak tau. Masih menkaji.

3. Suara -  Ya. Ini paling penting, nada suara kena turunkan walaupon hati korang macam nak meletup bak gunung berapi. Jadikan hati korang Frozen. *penangan cartoon la aku ni. Biar kita bercakap atau tanya dengan suara lembut tapi tegas.

4. Pujuk - Korang boleh guna cara memuji. Contohnya, Asyraaf kan anak yang baik. Kenapa Asyraaf mengamuk ni. Bagitau la mama dengan yayah (panggilan untuk ayah). Tak nak dukung-dukung la, Asyraaf dah besar kan.

JANGAN MARAH, Lagi diorang tambah-tambah perangai.


Apa yang aku paham serba sedikit kenapa anak kita ada tantrum. Normal bila ada sifat tantrum.



Antara sebab kenapa diorang tantrum :

1. Diorang kan tak pandai nak cakap apa diorang nak. Kemahuan diorang tu diorang tak tahu nak tunjukan. Meragam cara paling senang diorang buat.

2. Manja pon mungkin salah satu sebab. Tumpuan dekat dia je, kalau dia nak semua kena turutknan. Tu kalau tak dapat dia memberontak. 

3. Penat sangat pon ye. Tidur tak cukup pon ye. Kita kalau penat pon meragam juga kan.

Ada banyak sebab kenapa diorang tantrum. Ini apa aku kaji dekat Asyraaf. Lagi satu sebenarnya bila diorang tantrum korang jangan ingat diorang ni degil atau kurang ajar. Diorang masa usia ni tak tahu pon apa tu kurang ajar. Diorang belajar cara nak ekspres diri sebabkan sesuatu.

Semoga aku sentiasa kuat dan sabar melayan keletah amanat Allah ni.


Friday, September 19, 2014

Jalan-jalan Keluarga Kecik Kami.



Assalamualaikum..

Orang cuti sekolah kitorang pon join sekaki habiskan cuti sekolah. Kali ni kami beramai-ramai dengan rombongan mak jemah ke Kuala Lumpur. Orang lain lari dari bandar sesak, kami lak ke sana. Untukmu emak. Kitorang ikut je.

Banyak tempat kitorang melawat. Antaranya I-City Shah Alam, Sunway Lagoon dan Zoo Negara. Penat yang amat. Tapi budak-budak seronok mak budak lagi la seronok ye tak.

Sunway Lagoon

Sunway lagoon ni buka pukul 10 pagi sampai 7 petang. Memang tak cukup masa nak habiskan semua game dekat sini. Kitorang dapat main kapal yang pusing 360 darjah tu je. Yang lain game dekat tempat air. Muka monyok juga la budak-budak sebab tak dapat main dekat luar. Hahaha. 

Korang kena main semua mainan kat sini. Mahal kot nak masuk sini. Rm90 untuk dewasa, kanak-kanak RM65. 2 tahun kebawah free. Yang penting bawak IC tau kalau tak de korang kena cas RM120. 

Yang bestnya main kat sini tak payah nak beratur lama dan panjang. 5 minit je aku rasa untuk semua game. 



Asyraaf ni memang sejak dalam perut suka air. Kembar air sangat. Paling happy dia la ni. Dari 8 pagi sampai 9 malam tahan tak tidur. Tak nak naik langsung. Aku berhentikan kejap dia main bagi dia makan, minum susu panas. Lepas tu sambung lagi main. Terima kasih mak sebab gigih layan cucu.


I-City Shah Alam

Hari pertama sampai kitorang tak tau nak buat apa sebab kitorang datang awal sehari dari plan, dan hari tu juga banyak benda jadi. Lepas check-in kitorang bebas la nak buat apa, tidur je la. Malam lepas makan aku teringin sangat nak tengok lampu-lampu cantik ni. Masuk adalah percuma. Kalau nak main-main memang bayar la kan. Asyraaf pulak boleh syok tidur. Siang tak nak tidur malam orang berjalan baru sibuk nak membongkang.


Boleh la. Permandangan cantik. Besar dan budak-budak lagi seronok dapat tengok banyak lampu, banyak bentuk. Ala, kasi la can aku nak manja-manja sikit. Selalu dah garang je.hihi.

Zoo Negara

Ha, yang ni paling memenatkan. Aku berjalan ok sampai habis zoo aku tawaf. Masuk tak silap aku RM30. Asyraaf free dan paling penting IC bawak la ye. Adik, akak aku dengan anak-anak mereka sibuk nak tengok panda. Tambah RM20 tak silap aku. Aku tak tengok pon tak apa. Mahal.hihi.

Bagi orang yang bawak baby, sila la bawak Stroller dan air masak banyak-banyak. Sebab kawasan tu luas sangat, mana tau anak korang penat nak jalan ke kan. Air masak tu pon wajib sebab panas dan ganti la peluh yang banyak keluar. Asyraaf lak kebiasaannya nak jalan sendiri, tapi sebab dia dah penat agaknya mandi-mandi aku ngan Pak Zarif gigih dukung je. Sekejap-kejap je nak jalan. 



Nasib ada ramai makcik dia ni. Tukar-tukar la jaga dia. Lasak kemahen tau budak ni. Tempat macam ni dia minat la. Sebab dia suka binatang. Tahan lak mata tak nak tidur. Dah besar agaknya.


Susah juga sebenarnya nak cukupkan korum jadi 4 orang. Aku , akak ngan adik bongsu aku selalu la jumpa. Yang paling hujung tu ha susah nak jumpa sebab tuntutan kerja. 


Oh my mummy, sampai senget benget nak posing kasi cun ye. Keluarga kecik kami.

Percutiaan 4 hari yang sangat padat tapi seronok semua family ada. Korang cuti sekolah jalan kemana je??


Friday, July 04, 2014

Cabaran besarkan Anak

Assalamualaikum.

Memang tak dinafikan jadi emak diusia muda dengan teknologi serba canggih sangat-sangat la mencabar aku jugak. ~muda ke??

Lagi sekarang Asyraaf dah 2 tahun, apa aku cakap dengan ayah dia ke atau orang sekeliling cakap mesti dia akan ikut. Aku cuba cakap benda yang elok-elok je dengan dia. Kalau ada perkataan yang dia sebut bukan-bukan aku ni memang garang macam rimau akan besarkan mata aku dan terangkan la ayat tu tak baik. Dengan amaran sekali aku bagi. And yes dia ikut.

Nak dihalang main-main dengan orang lain nanti anak aku ni jenis tak reti campur orang, kalau bagi ni la dia cakap bukan-bukan. Campur dengan orang lagi besar dari dia. Paham je la budak-budak ni akan cakap apa. Aku pon kadang-kadang kalau cakap dengan kawan pon tak berlapik, nanti dengan je suara ikut apa aku cakap..penyesalan juga tu.

Macam hari tu aku minta tolong dia angkatkan barang yang terjatuh. Laju je dia cakap TAK GUNE. Malam tadi pula aku saje minta dia tolong picit-picitkan aku, dia datang terkedek-kedek sambil cakap "Pe g mama ni....... " . Naik juga darah aku tu pon lepas aku ketawa dan tak habis pikir mana dia dapat perkataan tu..


Aku selalu tengok Channel LIFE 709 aku tak ingat tajuk dia. Dekat situ dia banyak ajar cara kita handle anak-anak yang banyak ragam, dapat la aku tambah ilmu bila aku nak interaksi dengan Asyraaf kalau dia ada buat benda yang tak betul atau cara aku nak didik dia. Aku ni kaki TV jadi nak buktikan la walaupon aku suka tengok TV still dapat ilmu kan................

Antara cara aku praktikkan : (lain orang lain cara, lain anak lain penerimaannye ye)

1- Aku akan cangkung supaya mata aku dengan mata Asyraaf sama-sama level. Kalau cakap dalam keadaan aku diri dia akan takut. Aku tak nak takutkan Asyraaf, aku cuma nak tegur. Aku akan suruh Asyraaf pandang mata aku dan aku biasanya akan cakap "tak mau ok cakap macam tu lagi, tak baik, asyraaf budak baik kan. mama tak suka. paham?'' . Asyraaf biasa dia akan cakap paham sambil angguk dan akan cakap sorry mama. 

2- Kalau dia masih nak sebut berulang kali akan angkat tangan macam nak pukul mulut dia. Memang reaksi dia akan takut dan InsyaALLAH dia tak cakap lagi. 

3- Selalu la nasihatkan dia, doakan supaya anak kita semua jadi anak yang baik disenangi dan mudah dijaga.


korang pulak buat mcm mana ??



Wednesday, May 14, 2014

Bestnya Universal Studio Singapore Part 2

Assalamualaikum.

Sambung dari Part 1 ------> ( Part 1 ).

Lepas jumpa Easter Egg tu kitorang pilih kanan. Lepas jumpa Charlie Chaplin ni kitorang masuk Studio yang ada cerita serba sikit pasal pembuatan filem diorang. Part ni aku memang kagum gila. Dalam studio boleh pulak ada kapal besar masuk, kawasan terbakar, suasana ribut taufan siap cermin terbang. Dalam studio ni ada 3 level. Aku naik level paling atas, TAK AKAN BASAH. Yang no 2 dengan dekat sekali memang ada yang lencun juga. Yang ni tak payah beratur lama sebab masuk sekali ramai.


Ek eleh ko amoi, dah inteprem kamera aku lagi mau kerek. Korek hidung ko karang baru tau.!..haha

TIPS dari aku. Kalau nak jalan kat sini JANGAN la korang nak bergaya ala DIVA MADONNA ke kan. Pakai heel ke, pakai skirt ke. Paling best pakai la kasut macam amoi ni atau HAKAK cun seluar oren tu. Bagi aku, aku selesa selipar macam ni sebab ada game yang memang korang akan basah lencun. Tak akan la korang nak jalan dengan kasut penuh air ye tak? setiap tempat yang akan menyebabkan korang basah, dekat luar tu akan ada tempat pengeringan. Tapi BERBAYAR! aku memang tak! jalan je basah sikit. Kering juga sambil jalan. Baju pon biar la T-shirt yang serap peluh.

Kalau bawak anak, pastikan la air, pakaian anak korang tu sesuai dengan keadaan. Yang penting kalau tak bawak stroller, sila sewa masa mula-mula masuk dulu. Aku bawak backpack. Senang 4 kepala 1 beg je. Berat tapi gilir-gilir la pakai beg tu, segala air masak memang penuh la. Sebab panas, peluh banyak keluar. Sebelum dehydration baik minum air banyak-banyak. Lagi satu senang nak buat cebok.ahaha


Kebetulan masa aku tengah lalu kawasan ni diorang ada show cartoon kegemaran aku masa aku kecik, BANANA IN PYJAMAS. TIPS lagi satu, tak payah la nak bawak kamera DSLR, cukup kamera hp. Aku pakai kamera hp aku je. Senang, ringan, kompak, dan mudah nak bawa. Dekat sini ada masa dia akan ada show, tengok dekat peta nanti ye. Aku dah lupa.


Akak aku ni memang kaki gambar juga. Ada je terselit mana-mana gambar aku. Nasib lawa. haha.
Shawl aku dengan akak aku ada dekat intsagram @zishadawardrobe. Siap ada lori sesame street. Harus aku meroyan. Barang dia comel-comel kot. Tapi yela mahal kan. Anak aku lak lelaki. Tak payah patung!.haha




Ok.Kalau nasib korang baik, akan ada perakan ikut masa diorang la kan. Semua karakter-karakter filem akan pusing satu kawasan ni dan PASTIKAN korang port dekat 2 kawasan atas ni. Dia depan-depan je. Karakter tu semua akan berhenti  lambai-lambai korang dekat sini. Setiap 2 jam tak silap aku akan ada orang menari siap nyanyi dekat kawasan ni.






Korang yang bawak beg, dan bila nak masuk main game tak boleh nak bawak beg, JANGAN RISAU sebab akan ada locker FREE untuk beberapa minit atau jam untuk korang simpan barang-barang korang. Antara locker ni akan ada macam mesin ATM tu, dekat situ korang pilih la apa yang dia suruh untuk buka locker mana-mana. Dia tak pakai kunci. So sangat senang la tak payah berat-berat bawak beg. Ada juga yang berbayar.





Ok.Surau juga ada. Surau ni lepas kawasan Transformer, dia agak tersorok tapi akan ada direction untuk ke surau ni. Aku tak boleh solat masa ni makanya aku tak sempat nak amik gambar dalam ni. Cuma mak aku cakap agak sempit sikit la. Janji ada tempat solat.

Sambung part 3 aku akan cerita semua game yang aku main. Seronok oi... Lupa sekejap aku ada anak kecil sebab aku pon dah macam budak-budak..haha





Friday, May 09, 2014

Bestnya Universal Studio Singapore Part 1


Bulan lepas aku join trip dengan mak, akak dan adik aku. Asyraaf dengan Pak Zarif tinggal dekat rumah. wakaka.. Kalau bawak Asyraaf pon macam rugi je dan kesian sebab panas terik dan masa panjang. Asalkan Pak Zarif izin bininya ni melancong dah rasa bersyukur juga. Gaya bujang gamaknya.

Aku amik pakej dengan Rajawali rasanya. Sebab semua ni adik aku uruskan. Aku tinggal packing barang dan sediakan kaki round tempat ni je. Dalam pukul 8 pagi aku dah ada dekat Tune Hotel JB sebab bas amik rombongan dari sana. Aku naik BAS sebab senang rasanya. Pakej semua siap dengan tiket, ada voucher untuk ole-ole, parking (yang ni tak guna sebab naik bas) dan makanan.

Urusan kastam dari Malaysia ke Singapura senang sikit, masih ada line lagi. Nak masuk Imigresen Singapura ni ada leceh sikit. Segala jenis beg yang korang bawak kena angkut sekali. Yang bawak stroller baby pon kena angkut sekali. Dalam pukul 10 pagi kitorang sampai Universal Studio Singapore (USS).


Tempat paling wajib nak kena amik gambar, tapi sebab aku dah excited dikala siang, dan kawasan ni sangat ramai orang waktu pagi, nak kena beratur bagai memang tak kuasa makcik. Jadi sebelum balik amik gambar dekat sini. Malam lagi cantik rasanya. 


Nasib adik aku bawak Monopod. Korang tengok sendiri la lautan manusiawi dekat belakang tu.Memang aku tak kuasa la nak beratur panjang tunggu turn nak ambil gambar dekat Globe tu. Eh!mak aku comel je masuk mata sebelah.



Ini dekat pintu paling depan, masuk je pintu belah kanan ada toilet, ada wheelchair, ada stroller, boleh terus sewa terus untuk bawak anak-anak korang la kan. Sebab penat hazabedah jalan dalam ni. Aku je 2 3 kali dapat round. Kang dah jalan separuh jalan korang banyak lak kuasa nak patah balik kan. Jadinya terus je SEWA masa masuk dan buang apa patut dekat toilet. Toilet ada banyak juga dalam ni, kira semua tempat akan ada TOILET. Tak usah risau. Yang risaunya tak ada batang paip. Dia jenis direct pancut.haha.. 




Jangan lupa amik map dekat jalan utama ni, sebab dia mudahkan korang tempat mana nak main dulu, tempat solat, toilet, tempat makan dan macam-macam lagi. Dengan peta boleh jimatkan masa korang juga la kan. Dekat peta tu pon ada tulis restoran mana ada makanan halal. So, don't worry la ye.



Ini jalan utama lepas masuk kaunter. Sekeliling kawasan tu semua kedai jual ole-ole dengan macam-macam kartoon ada. Bila masuk je dekat jalan ni dah macam alam fantasi dalam realiti. Serius aku yang mak-mak ni pon teruja habis! Aku dapat bayangkan kalau masa ni aku bawak Asyraaf. Memang huru hara sikit la.


Ni manusia pertama aku jumpa. Yang lain dok beratur nak masuk studio aku dah beratur dulu nak bergambar dengan Charlie Chaplin. Dekat sini kalau nampak orang-orang yang macam dalam cerita ni beratur la korang ye. Sebab memang ramai nak bergambar. Kalau dah jumpa cepat-cepat beratur sebab tak mungkin korang jalan lagi sekali jumpa yang sama je. Aku memang tak kuasa nak beratur dekat semuanya. Mana aku nak je aku beratur. Masa sangat berharga bagi aku. Baik aku kejar nak main Transformer ke kan.


Nampak Easter ni je ada 2 cabang jalan, nanti dah habis pusing pon jumpa balik tempat ni tak kira la korang start dari kiri dulu ke kanan dulu. Aku jalan kanan sebab nak cari Transformers!..

Ok nanti aku sambung dekat lain entry ea. Panjang sangat bukan korang baca pon.haha.. Setiap entry aku akan bagi tips, trick diorang ni ok. 

To be continued..



Saturday, May 03, 2014

Kempen NO Pampers! :)

Assalamualaikum.

Sejak Asyraaf dah pandai cakap sikit-sikit ni aku dengan Pak Zarif dah start nak ajar dia No Pampers!. Hari ni kira hari pertama la aku ajar dia, kebetulan Pak Zarif cuti hari ni haruslah dua-dua gigih tanya anak nak kencing ke tak kan.

Sebelum aku tak pakaikan dia pampers, harusla aku lipat segala carpet, bantal, semua mainan dia aku sorokkan. Kasi lapang je ruang tamu aku, bilik baju aku tak kasi  masuk dulu. Kang tarzan mak dia nak basuh balik baju semua tu.



Setiap 10 minit kitorang tanya Asyraaf nak kencing ke tak, jawapan dia selalu cakap NANAK! (tak nak). Dan aku perasan dia selalu pegang bibird dia sebab tak biasa kot tak pakai pampers, terus pakai seluar. Aku nak kena cari juga seluar dalam sesuai dengan Asyraaf. Baru dia rasa selesa agaknya.

Tadi sebelum dia nak tidur tengahari aku bawak dia pergi toilet suruh dia kencing, jawapan tetap NANAK! (tak nak). Dia setengah hari tak kencing, nak kata tak minum susu dah 3 4 botol minum. Nak tidurkan tadi aku dah pakaikan pampers sebab nak kasi dia nyenyak tidurnya

Harap aku berjaya cekal nak ajar Asyraaf tak pakai pampers. Kenapa cepat sangat ajar? Mak aku cakap kalau budak dah pandai cakap sikit-sikit, ajar dia tak payah pakai pampers. Senang nak bagi adik.~erk!ada kena mengena ea?..haha.. tak la, korang sebagai mak, tau la bila nk kasi anak korang berhenti pakai pampers. Bagi aku usia Asyraaf bulan depan nak masuk 2 tahun aku nak dia berjaya tak pakai pampers. Dah macam abang-abang sikit.haha.


Korang ajar anak korang berhenti pampers macam mana ek?



Thursday, May 01, 2014

Squat dan Eat Clean jadi pilihan.

Assalamualaikum.

Wanita dengan kecantikan, kesihatan, kebaikan semua diorang suka dan memang tak boleh langsung nak berpisah. Ibarat irama dan lagu. ~punah ranah bahasa ibunda.

Aku pon tak kurang juga. Berazam nak diet tak sudah-sudah. Jalankan pon tak juga. Aku bukan nak kurus kering. Aku cuma nak ada badan aku ringan supaya aku senang nak gerak sana sini, dengan kerja aku dengan kerja dekat rumah dan juga tenaga yang banyak nak layan kerenah Asyraaf. Paling penting aku nak luar dalam sihat. Aku sihat senang la nak jaga rumah, kerja, Pak Zarif dengan Asyraaf ye tak.

Pak Zarif tak pernah la cakap aku ni gemuk ke apa. Cuma aku dah start rasa mengah bila jalan jauh sikit. Sebabkan aku ni selalu kerja luar kawasan, dengan nak drive, makan tak tentu masa memang sangat-sangat perlukan masa untuk bersenam dan jaga pemakanan aku. Well, semua perempuan kena jaga semuanya tu kan.

Aku tak pandai dan tidak akan makan ubat-ubat kurus ke apa. Sebab dari dulu kot mindset aku memang dah set Bahaya. haha. Kalau korang memang dah consume teruskan je la. Ni pendapat aku je la kan.



Aku banyak juga buat research pasal pemakanan sihat dan diet yang tak payah nak kawal makan korang sampai boleh datangkan gastrik. Kena makan, bila lapar kena makan. So, hasilnya bila aku dah mula diet nanti ok. Hari ni batal semua niat murni aku sebab mak mertua aku boleh masak sedap-sedap dan biras aku boleh belanja murtabak special lagi. Adoi. Godaan terlampau kuat.hihi


Antara senaman pilihan aku adalah SQUAT. Mungkin sebab dia nampak macam simple tapi guna kekuatan kaki dan seluruh anggota badan. Ada banyak lagi jenis senaman. Tapi korang boleh search mana korang nak dan selesa la ye.

Mohon sangat esok aku boleh gigih lakukan semua ni. Aku bukan nak kurus cuma aku nak STAMINA. Dan diet bukan korang dera perut korang kasi kosong tau.

Doakan aku berjaya. hahaha


Friday, November 29, 2013

Tak Ada Jalan Mudah!!

Assalamualaikum..

Siapa dekat sini yang tak nak berjaya? Pasti satu tangan pon tak akan angkat. Orang gila pon bila ditanya apa keinginan mereka mesti berjaya antara satu jawapannya.



Dan YA. Nak berjaya bukannya satu jalan yang sangat mudah. Kau jangan ingat nak berjaya macam jalan yang lurus tanpa ada halangan pon. Memang bila tengok orang berjaya kita pon teringin nak jadi macam diorang. Pernah tanya diorang berapa lama nak survive sampai tahap stabil diorang sekarang? Berapa kali diorang jatuh bangun, jatuh dan bangun lagi?

Aku pon pernah alami benda yang sama. Cemburu dengan kejayaan orang lain, cemburu dengan kehidupan orang lain. Tapi cemburu aku tak ada la sampai nak menabur pasir dekat periuk nasi orang. Cemburu yang membina. Kita survey cara diorang bekerja, cara diorang jaga pelanggan dan macam-macam lagi.



Aku pernah kerja yang stabil. Tapi berhenti sebab nak berniaga. YA, keputusan drastik dengan berhenti kerja tanpa cuba dulu apa yang aku nak buat lepas tu. Tapi dalam urusan berniaga kita kena berani. Aku tak suruh la korang berhenti kerja. Survey dan test market dan yang paling penting korang kena paham apa minat korang, apa kelebihan korang.

Aku mulakan sebagai agent dropship untuk pakaian korea. Sangat mencabar bila kita baru dalam online business dan ilmu sangat kurang. Dan aku beruntung aku punya kawan yang sangat murah dengan ilmu ajar aku satu satu sampai aku paham. Thanks beb.

Sampai satu masa en.Zarif nampak kesungguhan bini dia ni. Bagi modal untuk simpan produk sendiri. Syukur sangat. Itu bukan kerja mudah bila seseorang dah bagi kita kepercayaan janganlah sekali korang rosakkan. Aku bawak barang-barang balik kampung, bawak kemana sahaja aku pergi dan bentangkan kasi orang tengok dan jual. Ikutkan malu memang malu. Tapi aku tebalkan je muka. Untuk apa malu? Bukan korang jual benda haram kan.

Pernah sampai esok hari raya dan kebetulan kawan aku nak beli tudung semua. Waktu sepatutnya kami berada dengan orang tersayang dengan takbir raya, aku tengah bentang tikar dan barang-barang aku untuk dijual. Aku cerita bukan untuk dapatkan simpati tapi nak bagi korang semangat dan sedikit inspirasi.

Nak berjaya bukan senang. Aku tak cakap pon aku dah berjaya sekarang, tapi nak sampai tahap sekarang ni berapa kali aku jatuh, bangun , jatuh bangin tanpa aku jemu. Menangis dah puas. Beruntung ada suami , keluarga yang sangat menyokong aku. Aku belajar dari kesilapan aku buat. Aku belajar dari bawah. So, janganlah amik jalan mudah untuk berjaya. Susah nak menghargai nanti.

XOXO

Thursday, March 07, 2013

REVIEW [2] : SAFI BALQIS PERFECT 10


assalamualaikum...

remaja perempuan *motif guna remaja konon nampak lebih muda..pang!!* dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan..
kalau dipisahkan ibarat pantai yang tiada pasirnya *apa kena mengena*,
ibarat makan lauk tak ada nasi..hahaha..
sudah!melalut pulak mak jemah..
niat hati nak buat REVIEW sikit la pasal produk yang adah guna nie...pasal produk kecantikan...

kira bila cerita pasal kecantikan je memang perempuan LAJUUUUUUUUUUUU je cerita...hihihi..
lagi-lagi kalau kat tempat kerja ke tempat korang belajar ke atau mana-mana tempat..
pantang nampak benda cantik lagi mengliurkan memang tu la jadi perhatian korang..
lagi-lagi kalau kat shopping complex,
sampaikan boyfriend wat report hilang awek,
suami wat report hilang bini,,
adah pulak kalau nampak benda lawa je kat mall mesti hilang kejap dari en.suami..hihih
dapat tengok barang tu dekat-dekat dan tengok harga...
simpan azam nak beli bulan depannya..haha...


al kisahnya waktu tahun 2011.. time adah nak cari barang hantaran dari pihak en.suami untuk adah..
pergi kat PACIFIC KLUANG MALL...
tengah belek-belek satu produk nie memang adah pakai, tapi share dengan mak..hihihi..
nak jimat kongsi je..hihih..
muka adah jenis tak banyak problem so pape brand pon ok..BERSYUKUR!!,,,
sekali belek la SAFI RANIA GOLD..yang CHE TA jadi duta tu..
promoter dia datang tanya umur adah berapa..
waktu tu umur baru 20 tahun, so dia recommend kan yang sesuai untuk kulit remaja yang umur 25 tahun kebawah.. SAFI BALQIS..
malas cerewet-cerewet sebab dah en.suami yang belikan siap bagi full set..
kita tadah dengan muka tersenyum je la kan..

hasil adah pakai produk tu lepas nikah sangat-sangat puas hati..
sebab keserasian produk tu pada muka adah..
pelembap dia sangat smooth.. rasa ringan je muka macam tak pakai pape..
tu lagi adah suka..
pelembap malam dan siang pon cepat kering tak berminyak..
adah akan cuci muka pakai pencuci muka SAFI setiap kali bangun tido dan sebelum tido..
nak mimpi pon senang, tak terbeban dengan minyak dekat muka..*amboi!hovernya!!*

losyen tangan dia adah perasan lebih pada kandungan air..
lembap je tangan dan cepat kering dan paling penting wangi dan ada perlindungan dari UV..




see...muka adah macam muka bayi selembut kulit asyraaf iskandar nie..
muka tanpa makeup tebal, cuma bedak dan lips ice je...
lepas pakai pencuci dan pelembap, tepek je bedak...tak berminyak la muka tu..
kami dua beranak ni kening nipis je..hahaha


FULL SET ada :
1-pencuci muka
2 -toner
3 -pelembap siang
4 -pelembap malam
5 -serum
6 -krim kontur mata
7-losyen tangan & badan siang
8 -skrub

dah hampir 2 tahun adah guna produk nie..
dan sangat berpuas hati...hihihi..


p/s : bukan iklan berbayar ok...






Tuesday, February 19, 2013

Tidurkan anak dengan mudah.^_^


assalamualaikum...

hari nie19hb Febuari 2012..maka genap la asyraaf berusia 8 bulan..
ramai cakap badan dia makin kecik, susut la..
tapi tak apa..try dukung, berat lebih dari dulu..sebab anak mama kuat makan...hihihi..
tak kisah orang nak cakap apa kan sayang mama..asalkan anak mama sihat..

dan usia genap 8 bulan nie asyraaf dah start meragam TAK NAK buai..
dia lebih suka tidur bawah..
ALHAMDULILLAH..memang tu la impian adah dari dulu..hihihi.
sekurang-kurangnya asyraaf yang surrender tak nak buai lagi..
dan dekat sini adah ada nak share tips untuk menidurkan anak anda semua tanpa buai..

SHARING IS CARING..
CARING IS LOVE... ^_^


1. Tukarkan lampin yang baru/bersih

2. Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih

3. Ambil lotion/minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut simanja anda.

4. Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin/lotion.

5. Urutan pada bahagian badan,perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda.

Anda tidak perlu mengunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan simanja anda. Kerana tidur yang paling baik adalah dengan menidurkan bayi diatas tilam dan dengan keadaan mengereng ke kanan.


Asyraaf sekarang suka tidur bawah.. lebih suka mengiring ke kiri la sebab dia akan menyusu badan dari susu belah kanan adah.. tu je yang keluar susu..huhu...

p/s: baby memang suka kalau kita ibu dia  urut dia lepas mandi..hiihi

p/s :en.suami dekat jb..tengok bola live dekat stadium larkin..mama dengan asyraaf sorang je la kat rumah...

Wednesday, October 10, 2012

Akibat Timang Anak..



adah dapat info nie dari facebook...
kebetulan anak adah baru nak masuk 4 bulan..
keseronokan nak bermain dengan dia sentiasa ada..
lagi la asyraaf tidur dalam buai waktu siang..
malam je dia tak perlukan buai..

tahap buaikan tu laju ke pe ke...
adah memang pastikan asyraaf tak akan dienjut kuat2..
bila dah tidur..tak payah enjutkan buai..

so..insiden bawah nie boleh jadikan panduan dan iktibar k..






Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.











rujukan : 
http://www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm