Assalamualaikum.
Sambung dari Part 1 ------> ( Part 1 ).
Lepas jumpa Easter Egg tu kitorang pilih kanan. Lepas jumpa Charlie Chaplin ni kitorang masuk Studio yang ada cerita serba sikit pasal pembuatan filem diorang. Part ni aku memang kagum gila. Dalam studio boleh pulak ada kapal besar masuk, kawasan terbakar, suasana ribut taufan siap cermin terbang. Dalam studio ni ada 3 level. Aku naik level paling atas, TAK AKAN BASAH. Yang no 2 dengan dekat sekali memang ada yang lencun juga. Yang ni tak payah beratur lama sebab masuk sekali ramai.
Ek eleh ko amoi, dah inteprem kamera aku lagi mau kerek. Korek hidung ko karang baru tau.!..haha |
Kalau bawak anak, pastikan la air, pakaian anak korang tu sesuai dengan keadaan. Yang penting kalau tak bawak stroller, sila sewa masa mula-mula masuk dulu. Aku bawak backpack. Senang 4 kepala 1 beg je. Berat tapi gilir-gilir la pakai beg tu, segala air masak memang penuh la. Sebab panas, peluh banyak keluar. Sebelum dehydration baik minum air banyak-banyak. Lagi satu senang nak buat cebok.ahaha
Kebetulan masa aku tengah lalu kawasan ni diorang ada show cartoon kegemaran aku masa aku kecik, BANANA IN PYJAMAS. TIPS lagi satu, tak payah la nak bawak kamera DSLR, cukup kamera hp. Aku pakai kamera hp aku je. Senang, ringan, kompak, dan mudah nak bawa. Dekat sini ada masa dia akan ada show, tengok dekat peta nanti ye. Aku dah lupa.
Akak aku ni memang kaki gambar juga. Ada je terselit mana-mana gambar aku. Nasib lawa. haha.
Shawl aku dengan akak aku ada dekat intsagram @zishadawardrobe. Siap ada lori sesame street. Harus aku meroyan. Barang dia comel-comel kot. Tapi yela mahal kan. Anak aku lak lelaki. Tak payah patung!.haha
Ok.Kalau nasib korang baik, akan ada perakan ikut masa diorang la kan. Semua karakter-karakter filem akan pusing satu kawasan ni dan PASTIKAN korang port dekat 2 kawasan atas ni. Dia depan-depan je. Karakter tu semua akan berhenti lambai-lambai korang dekat sini. Setiap 2 jam tak silap aku akan ada orang menari siap nyanyi dekat kawasan ni.
Korang yang bawak beg, dan bila nak masuk main game tak boleh nak bawak beg, JANGAN RISAU sebab akan ada locker FREE untuk beberapa minit atau jam untuk korang simpan barang-barang korang. Antara locker ni akan ada macam mesin ATM tu, dekat situ korang pilih la apa yang dia suruh untuk buka locker mana-mana. Dia tak pakai kunci. So sangat senang la tak payah berat-berat bawak beg. Ada juga yang berbayar.
Ok.Surau juga ada. Surau ni lepas kawasan Transformer, dia agak tersorok tapi akan ada direction untuk ke surau ni. Aku tak boleh solat masa ni makanya aku tak sempat nak amik gambar dalam ni. Cuma mak aku cakap agak sempit sikit la. Janji ada tempat solat.
Sambung part 3 aku akan cerita semua game yang aku main. Seronok oi... Lupa sekejap aku ada anak kecil sebab aku pon dah macam budak-budak..haha
No comments:
Post a Comment