Aku rasa ramai para lelaki dan suami yang tak tau Romantik tu apa. Kalau tau bertuahnya pasangan korang. Ada juga yang ingat romantik tu nak kena ada Candle light dinner la, rantai besar kapal la, atau bunga kembang setaman. Oh tidak perlu semua tu, kalau ada bonus la tu kan.
Majoriti kaum-kaum perempuan memang suka pasangan diorang romantik. Rasa diri lebih berharga dan dihargai gitu. Tapi kali ni aku fokuskan untuk para suami ye. Yang ada ikatan sah. Yang masih belum bernikah boleh jadikan ilmu atau panduan masa depan.
Sebab romantik tak perlu keluarkan modal besar-besar pon.
1. Nota Kasih Sayang
- sesetengah orang rasa malu nak ungkapkan dengan kata-kata depan mata. Nah, cuba tulis I LOVE YOU ke atau saya cintakan awak setengah mati ke, rindu awak 200% ke. Letak la dekat wallet, buku nota, stereng kereta. Asalkan tempat yang memang confirm-confirm la selalu buka atau pegang.
2. Urutan
- selalu kan tengok isteri atau pasangan kita balik kerja atau baru lepas buat kerja dan penat, apa salahnya korang urutkan dia. Nak urut cakar rimau sekalipon tak kisah. Lagi seronok bila korang sendiri yang nak urutkan pasangan korang. Jangan sampai diorang yang request.
3. Masakan
- selama ni makan masakan isteri. Apa salahnya korang kasi pasangan korang rehat tinggal makan je masakan korang. Walaupon kurang rasa tapi mesti diorang terharu. Ataupon datang la dekat dapur tolong isteri masak. Romantik apa suami isteri masak sama-sama.
4. Kerja rumah
- tak perlu keluarkan duit pon. Sesekali bila isteri korang keluar kejap ke, korang buatkan kerja rumah macam sidai kain, kemas barang mainan anak korang sepahkan, kemas dapur. Isteri balik rumah tengok rumah tersusun rapi. Terus jatuh cinta lagi 16 ribu kali.
5. Pimpin tangan
- jangan la dulu sebelum nikah, lintas jalan sekangkang kera ko punya pegang erat macam pasangan korang tak pandai lintas jalan je kan. Lepas kahwin lantak pi la nak lintas macam mana. Kau sedap je pimpin anak. Apa salahnya dukung anaknya, pimpin tangan isteri korang. Senyum je bini tu nanti. Biarla kekalkan apa korang buat dulu sampai la ada anak cucu.
Ada banyak lagi sebenarnya, tapi cukup la kalau 5 ni pon korang buat. Mesti korang dapat anugerah pasangan paling romantik seantero dunia!
2 comments:
Oh... Dah nak masuk tahun ke-3 jadi suami orang.
1- Tak pernah bagi nota kasih sayang... Tak reti..
2- Urutan... hari2 kot.
3- Masakan? Hari2 juga Bro masak, puan isteri jarang masuk dapur dah
4- Kerja rumah, Bro juga selalu buat. puan isteri jarang ada rumah
5- pimpin tangan, time tidur je la. Kalau jalan, agak jarang sikit la. Sebab pegang anak he..23x
lelaki kan susah nak romantik. tapi bagi scha, cukuplah little things yg boleh buat scha happy. tak perlu fancy things. hehe
Post a Comment