Thursday, October 30, 2014

Orang Ketiga dalam Keluarga

Assalamualaikum.

Sejak 2 tahun budak Asyraaf ni wujud dalam kehidupan kitorang, banyakkkk sangat benda berubah. 360 darjah setiap sudut berubah. Semua berubah.

Dulu banyak masa dengan Pak Zarif. Boleh lepak lama-lama, berbual macam-macam topik. Makan slow sampai dapat kunyah 44 kali sampaiii lumat. :). Jalan pimpin tangan. Keluar masuk kedai sukan kegemaran Pak Zarif. Mana aku pergi ada je Pak Zarif ikut bagi pendapat. Tapi semua tu dulu. 9 bulan perkahwinan sebelum lahirnya insan yang banyak ubah hidup kitorang laki bini.





Sekarang, nak berbual sekejap je dapat datang la Asyraaf ajak berbual cerita dia. Makan dulu boleh la sambil kunyah sambil layan perasaan. Sekarang kirim salam, kunyah kena laju, mata kena perhatikan dia, satu suap mamanda, satu suap anaknda. Sekarang banyak keluar masuk mall dengan kedai barang baby. Kalau aku nak beli barang mesti aku sorang je, Pak Zarif dah kena kejar Asyraaf. pffft~

Ni la akibat budak aktif sangat. Muka separuh je masuk.hahaha

Tapi Kitorang SUKA dengan perubahan ni. Setiap apa yang kitorang nak buat Asyraaf akan jadi keutamaan kami. Kalau nak marah tetiba Asyraaf datang tanya nape mama, ai yang garang macam harimau ni terus lembut macam kucing parsi!. Pak Zarif lagi over tau bab anak. Kadang-kadang aku pulak lebih cemburu dekat anak sebab tumpuan dekat aku dah beralih dekat Asyraaf. hahahaha

Ni la orang ketiga yang merubah kehidupan kitorang 360 darjah.

Dengan dia la aku boleh jadi kanak-kanak balik. Acah-acah nak teman dia main bionic animal. Padahal hati aku dah macam kanak-kanank ribena. Main kat playground dia pon aku yang over excited. Betul sangat orang kata anak ni pengerat kasih sayang. Sebab asyraaf selalu jadi orang tengah. Masa kerja aku juga dikawal ketat dengan budak ni. Kalau dia nak belajar atau nak main, kerja aku tolak tepi. Masa kanak-kanak diorang bukan boleh ulang lagi. Lets enjoy.

Banyak lagi perubahan ketara dan kami SUKA!.




2 comments:

Scha Nazri said...

Aaaa, bestnyaaaa. Ada org ketiga yg buat kita happyyy!

Syuhadah Razali said...

hai scha... org ketiga ni je yang buat kita happy..yang lain menyedihkan..haha