Friday, November 15, 2013

Rasa Tekanan Tahap Nak BunuH Diri!

Assalamualaikum.

Korang pernah tak rasa bila dah sampai satu tahap korang terlampau bersabar rasa nak meletup dan putus asa? Rasa macam kesabaran selama ni korang buat rasa sangat la tak berbaloi. Rasa kesabaran korang tu orang lain buat tak nampak sekaligus amik kesempatan?

Bila satu masalah datang tak putus-putus rasa malang sangat diri kita ni. Rasa kita la manusia paling dihimpit masalah walhal orang lain sedang menikmati masa sangat gembira berbanding dengan kita sendiri. Bila masalah datang masa tu juga la kita rasa satu-satu daripada orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita.
Masa ni juga rasa nak salahkan takdir atas apa yang berlaku.

Tapi sedar tak? Ujian, dugaan , masalah dan macam-macam lagi tu la yang ajar kita lebih kuat dan tabah dan paling penting jadi manusia yang sangat tabah bila ujian yang lebih berat datang menimpa. Dan sedar la kita sangat beruntung bila kita ditimpa masalah dan orang sekeliling kita ada yang lari ada yang sanggup menangis bersama , jatuh bangun bersama itu la yang kita dapat menilai siapa kawan, lawan, sahabat atau musuh.

Paling penting bila masalah yang menimpa minta kita 1001 cara untuk bersabar ada benda manis yang tunggu. Hubungan kekeluargaan yang selama ni kita anggap renggang rupanya sangat erat sehingga susah nak dipisahkan. Kekuatan tu buat kita sabar dan terus maju dengan semua yang berlaku.

Alhamdulillah.. jatuh bangun adah orang yang paling setia disisi adah adalah suami dan anak adah. Emak dan saudara adah. Hilang berpuluh kawan tapi dihadiahkan beberapa sahabat yang sanggup nangis bersama, sanggup susah dengan kita. Hidup yang sangka gelap rupanya disinari dengan kasih sayang diorang. Kekuatan diorang kekuatan adah. Sekarang adah lali dengan kutukan, herdikan, caci maki orang. Mulut orang boleh ke nak tutup macam mulut tempayan? Jadi diam lebih baik. Bukan diam beerti mengalah atau kalah. Diam untuk tak melibatkan diri dengan isu yang sangat membazir masa, tenaga. Buat tambah dosa lagi buat apa kan.hihi..



1 comment:

Anonymous said...

rasa give up sb diri ini tidak cantik, ada kelulusan tp kerja kerani, tiada kawan,keluarga susah, tidak tahu memandu dan tidak ada kenderaan, tiada duit utk beli baju dan mekap.