Friday, August 02, 2013

Kisah Asyraaf : Apa yang Asyraaf paham dengan Pelita.

Assalamualaikum..

hari ni hari jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadhan.
Jadi inshaALLAH hanya tinggal 5 hari berpuasa dan 6 hari lagi raya.
Asyraaf nie macam tau je dah nak raya. Orang main bunga api, dia lagi excited. 
Orang dok sebok pasang pelita pon dia dok sebok jugak.
Hai la anak, kalau tak kerana ada anak kecik tak meriah la raya kami tahun ni.





Mak lagi excited ni gayanya dari Asyraaf. *asyraaf panggil mak jugak*



Mama, boleh tak Asyraaf nak pasang pelita?
Ni memang muka minta izin dan kesian. Mama dia garang ok. hahaha
Dengan mak atau ayah dia boleh layan lagi. Mama susah sikit nak layan. Tak nak ajar dia manja sangat, kang ada adik jadi susah la pulak.


Maka, bermulalah explorasi akal si kecik ni dengan pelita ni.






Bila Asyraaf dah buat onar dengan pelita, mama yang garang kasi denda tak bagi lagi mainan tu.
Tu tengah pikir nak buat apa  lagi la tu..


Main kejar-kejar dengan mama je la dekat kawasan lapang rumah mak ye dak.
Adah kesian lak tak bagi dia main kayu tu, habis kucing orang dia perembat pakai kayu. Kasar betul guraunya!


 Haish la anak, cepatnya kamu membesar bagai johan ye.
Macam tak puas lagi nak gomol kamu masa dalam hari.
Sekarang pon best jugak, boleh jadi teman berbual mama. Pot pet je tau mulut dia ni, lagi kita balas bahasa dia, lagi rancak dia berbual.
Boleh jadi boyfriend adah ni bila pak Zarif busy kerja.


Terima kasih sudi membaca.,

No comments: