Friday, September 19, 2014

Keep Fit : Air untuk Detox

Assalamualaikum.

Aku ni dah lama nak keep fit dan sentiasa berpeluh. Kira aku nak gaya hidup yang sihat, makan yang sihat je, bersenam. Aku mula-mula risau la Pak Zarif tak support langsung apa aku nak buat. Rupanya dia pon sama juga nak kekal sihat. Sihat sampai ke tua sama-sama tengok cucu main. Punya la tinggi angan-angan kitorang.

Banyak la aku buat research. Dan semalam aku dah start dengan gaya makan yang sihat. Nasi memang tak boleh nak lari la kalau dah namanya tekak JAWA. Tapi tak apa, kenapa nak seksa badan kan. Makan je la asalkan kuantiti yang berpatutan la. Jangan mulut cakap nak diet tapi nasi satu tempayan. hihi.


Simple je nak buat ni. Buah strawberry campur dengan buah lemon campur dengan daun pudina secukup rasa. Campur dengan air masak 1 liter. Sejukkan semalaman atau 5 6 jam sebelum minum. Bagi buah-buahan tu meresap dalam air. Rasanya masam-masam manis. Memang syok. Ni untuk detox. Sesuai minum pagi-pagi sebelum workout atau semasa workout.  Pak Zarif lagi semangat. Siap nak bawak bekal salad tuna. Gigih la isteri mithali ni buatkan pagi-pagi.

Semoga aku dan Pak Zarif istiqomah la untuk teruskan pemakanan sihat. Aku bukan nak kurus tau. Tapi nak lebih bertenaga dan tak mengah la bila nak kejar-kejar Asyraaf, dengan nak uruskan rumah lagi.

Thanks korang sebab sudi baca!

4 comments:

Dhea Ahmad said...

pernah beberapa kali buat... memang best 'membuang'.. cara semulajadi lebih bagus kan...

nini said...

dah lama teringin nak buat....tapilom sempat...hihi

ejulz said...

mcm sedap je..hehe

jemput singgah sini yer.. "Belog Kampung Kameq" tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said...

riaadia : betul2.. semulajadi xsakit,.hahaha