Tuesday, October 28, 2014

'KORBAN' Hari Raya Aidiladha

Hai,

Cerita dah lama mak peramkan. Tapi gagah juga aku habiskan. Kenangan bukan kita boleh beli ye dak. Kali ni kenangan pahit manis raya Aidiladha hari tu. Bukan senang aku nak berkumpul dengan jumlah adik beradik yang cukup 8 dengan anak sedara, ipar duai sekali. Oh seronok oi. Lagi abang aku dan-dan la nak buat suprise raya haji balik kampung. 


Geng kacamata disamping emak yang gagah.

Kebetulan hari raya yang pertama tu mak aku perasan tempat jahitan dia lepas operation lain macam. Dan akak aku perasan ada bentuk nanah dekat bekas jahitan yang baru nak baik tu. Malam tu juga bawak mak pergi hospital. Aku ada anak kecik duduk rumah je la. 2 jam juga tunggu perkembangan mak aku. Akhirnya doktor tahan mak aku sebab syak tempat jahitan tu ada nanah dan kencing manis tinggi pulak time tu.



Keluarga besar .


Menantu-menantu mak. Kurang sorang sebab urusan kerja.


.Anak-anak mak. Sorang juga tak ada. Kena jaga baby girl(atok) kitorang yang tak sihat dekat rumah.


Tapi syukur Alhamdulillah, mak kena tahan 2 malam sahaja. Tak ada yang merisaukan sangat bila mak dapat keluar wad. Semoga luka tempat operation mak sembuh sepenuhnya. Jangan lasak sangat ye mak. Haish tetiba aku rasa elok beranak ramai-ramai. Dah besar nanti ramai jaga dan hiburkan hati kitorang dikala gigi dimamah usia. Ada kena mengena?hihi.

Korang nak anak berapa ramai?. ada juga soalan macam ni.

No comments: