Friday, October 24, 2014

Muffin Coklat Hitam-Hitam Kasih Sayang

Hai korang,

Semalam roh rajin tetiba datang sebab kesiankan Asyraaf si budak kek ni asyik la cakap nak kek, nak kek. Kebetulan dekat rumah mak aku ada semua bahan-bahan kecuali cup dia je kurang. Senang. 30 minit siap untuk dimakan. Dan aku memang selalu buat aktiviti dapur dengan Asyraaf. Tu kalau comot pon mak tak kesah. Masuk juga mulut nanti.haha. Seni memang kurang.

Dan memandangkan resipi ni sangat la mudah. Yang susah memang korang tak kan jumpa dalam blog aku. Kalau ada tu aku dah terkena roh rajin melampau namanya.pfft~

Untuk adunan ni aku dapat 20 biji.Aku pon tak tahu ni nama Muffin ke Cupcake. Rasa Muffin la sebab kembang dengan jayanya.  



Aku bagi nama Muffin Coklat Hitam-hitam Kasih Sayang. Dush! 




Muffin Coklat Hitam-Hitam Kasih Sayang

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bicarbonate
3 sk nescafe 
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor ( aku guna gula perang 1 3/4 cawan je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair 
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara.
1- Campurkan semua bahan B dalam satu bekas. Asingkan.
2-Ayak semua bahan A
3- Satukan semua Bahan A dan Bahan B dalam mangkuk besar atau mixer. Gaul rata.
4- Akhir sekali masukkan air panas dalam adunan tadi dan korang kasi gaul rata.

Masukkan adunan dalam separuh cup sahaja ok. Lepas tu bakar dalam suhu 175c dalam 25 ke 30 minit.

Kan dah cakap roh rajin dah masuk, bawah ni step by step gambar aku gigih amik.Hihi. Cuba la.


1- Campurkan semua bahan B dalam satu bekas. Asingkan.



Ayak semua bahan A.




Gaul sebati. Kalau pakai tangan memang kental la lengan korang. Ni aku pakai mixer terus pakai high speed terus. Balas dendam katanya.




Last sekali masukkan air panas dalam adunan. Gaul lagi sampai dah betul sebati.


Masukkan dalam separuh bekas je. Yang ni Asyraaf buat. Comot tu kan kreatif.



Bakar pada suhu 175c dalam 25minit ke 30 minit. Depends la korang punya oven.
Ni dah naik. Oh aroma semerbak dalam rumah. I is terliur.



Korang selamat mencuba ye.


4 comments:

mila said...

sdpnye sissss.....sy xde oven huhu

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said...

Sdp la jgk..xmuak sbb sy tukr pakai gula perang.xmanis sngt pon..eh awak boleh kukus je..

Busyra Takiyudin said...

yum yum.. even sy x suka sngt mufin coklat tp terliur jugak tngok ni. hehe

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said...

Hihi
Try la.. sedp .xrasa lebih coklat n xmanis sngt.. xmuat insyaAllah.