Tuesday, May 05, 2015

Perbezaan Pregnancy.

Assalamualaikum. Hai.

Setiap orang yang mengandung mesti beza ragamnye. Setiap anak pon ragamnya lain-lain. Kalau sama mana ada seri, tak mencabar la hidup korang.

Selalu orang tanya aku kali ni mengandung rasa sama tak macam aku mengandungkan Asyraaf dulu. Oh. kali ni banyak sangatttt bezanya. Dulu aku lembik sikit la. Ada mabuk. Mudah pitam. Loya sentiasa. Malas sangat nak buat kerja. Rasa macam nak baring je. Kalau dekat office dulu memang bawah meja je selalu tempat aku. Kalau mengidam lambat dapat mesti nak nangis. Baby so far dulu aktif je sampai nak beranak. Cuma masa 7 bulan dia rehat tak nak gerak dah maknye kena tahan wad seminggu. Dugaan!


terima kasih bagi sokongan moral kat mama. :p

Yang kedua ni masa mula-mula dulu, tak ada mabuk sangat. Tak ada loya-loya sangat. Cuma tak boleh bau makanan pelik-pelik, tak boleh mulut kosong. Mengidam pon tak ada la macam dulu, kalau tak dapat nak nangis. :p. Mungkin senang masa 1st trimester, 2nd trimester ni aku ada bleeding sikit. Tapi Alhamdulillah, baby ok, maknya pon ok. Mungkin dipermudahkan sebab nak uruskan Abang Long Asyraaf yang kemahen ligat sekarang.

Cuma 1 persamaan, aku tak suka makeup, tak suka bergambar. Tak suka berjalan time pregnant. Mana la hormon kerajinan aku ukur mall hilang. 9 bulan hilang. Jimat tenaga katanya. :)


terima kasih Pak Zarif 1000% support bini yang banyak cekadak, Terima kasih Abang Long sebab selalu tolong paham mama tak boleh dukung awak lagi. :p

Kali ni lagi excited nak beli barang-barang baby walaupon belum beli lagi. Tapi rajin gila survey. Sebab dah tau kot mana nak beli dengan mana yang tak. Tapi maaf baby, omak ekau ni selalu lupa berapa weeks awak dalam perut mama. Ampun ya. Tapi kali ni rasa macam eh dah 5 bulan, eh dah 6 bulan. 3 bulan je lagi InshaAllah kita akan jumpa. Tak sabar semua orang tunggu. :)


2 comments:

Mila Hilas said...

rminye geng blogger preggy taun ni hehe..sy pn minggu ni masuk 5m..hehe

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said...

hihi.. musim mengawan agknya.. tahniah. :)