Monday, October 05, 2015

Diari Pregnancy : 10 hari admit

Assalamualaikum.

Berbulan tinggalkan blog. Sabar je la.

Masa hari raya aidilfitri 2bulan yang lepas, keluarga aku memang sibuk sangat dengan majlis pertunangan dua2 orang adik aku. Mak buyung masa tu memang ikut sama sibuk-sibuk.

Tapi sebelum hari raya aku memang dah perasan kurang pergerakan baby. Tapi nak diikutkan, masa aku mengandungkan Asyraaf pon baby kurang gerak sampai kena admit wad 4 hari. Sebab tu aku biarkan je dulu. Kasi settlekan semua urusan keluarga selesai.

Hari raya ke6 aku amik cuti rehat dekat rumah sebab aku rasa baby kurang gerak hari sebelum tu. Aku baring sampai pukul 1 tapi baru sekali je baby gerak. Memang kali ni datang hospital memang nak serah diri.


Maka , bermula la episod sendu duduk wad lama-lama. Hari kedua rasa macam baby dah gerak, tapi still tak puas hati makanya doktor tak kasi balik dan tunggu doktor pakar nak scan. Buat CTG semua ok. 

Bila doktor pakar scan rupanya air ketuban sangat kurang dalam paras 5. Normal 15 ke atas rasanya. Tak pasti. Dan uri tak supplykan makanan secukupnya dekat baby, jadi baby tak nak membesar dalam perut. Patutla orang selalu tegur perut aku kecik walaupon dah 7 8 bulan. Dan disebabkan itu juga la aku tak rasa pergerakkan baby. Air ketuban kurang. 

Masa tu pulak aku baru 34 minggu 6 hari tak silap. Diorang nak keluarkan baby awal dari due date. Sebab baby tak nak membesar dalam perut, dan besar kemungkinan baby mungkin boleh meninggal sebab air ketuban kurang. Memang berteman air mata je dekat wad. Tak sakit, tapi jiwa kacau kenangkan baby dalam perut masa tu. Besar kemungkinan baby ada masalah buah pinggang. Masa tu memang tau la tarikh2 bakal bersalin. Vertilator dari NICU (ICU untuk bayi) dah dibooking untuk baby aku sebab takut berat tak cukup. 

Tak ada apa pon buat dekat wad. Setakat cek jantung je. Lain-lain aku selalu borak-borak dengan jiran sebelah katil. 10 hari kan. Mau tak kenal semua orang. 

Hari jumaat genap 36minggu doktor bagi induce yang pertama. Ada rasa senak perut sehari tu dan aku harap keberkatan jumaat aku dapat selamat bersalin. Tapi....

*sambung nanti ea.

2 comments:

nini said...

Semoga semuanya selamat...inshaAllah....

Cik Puan Eka said...

Hai. Dr fb ke blog pulak. Tak sabar tggu next story