Tuesday, October 06, 2015

Diary Pregnancy : 2 kali Induce

Assalamualaikum.

Sambungan dari entry sebelum ni. ------- > Klik sini

Lepas 4 jam ubat induce pertama kena buat VE. Malangnya baru 1cm je buka. Aku memang tak jangka pon akan buka cepat sebab keadaan rahim masa tu sangat tinggi. Baru 8 bulan lebih kan masa tu.

Sepanjang hari tu aku berjalan je 1 wad. Dengan harapan dapat bersalin hari tu juga, tak payah masuk lagi ubat induce esoknya. Sampai malam masih tak ada tanda sakit kuat. Sakit yang masih boleh control.

Sabtu bersamaan 1hb ogos. Pagi-pagi tu aku bangun awal, solat subuh, mandi semua. Memang tau akan masuk ubat untuk kali kedua. Dan kali ni dos yang dibagi ditambah untuk cepatkan jalan buka. Lepas masuk ubat je satu jam tak boleh bangun. Dah habis satu jam aku pergi bilik air. Tak ada tanda lagi. Sabar. Pukul 10 pagi aku menggigil. Kebetulan masa tu doktor pakar round wad. Diorang memang cek sepenuhnya takut kesan ubat atau aku kena jangkitan kuman. Tapi Alhamdulillah semua ok.

Start dari pukul 10 tu aku dah tak boleh bangun. Baring mengiring kiri dan kanan. Menangis sebab rindu anak, takut, semua bercampur. Pukul 11 aku pergi bilik air dah ada tanda darah keluar. Aku berpapah pergi balik katil. Sakit makin kuat. Tapi aku tak panggil nurse untuk cek, aku cuma mintak czer je. Sebab aku dah rasa down sangat-sangat. Sebab penat 10 hari aku dekat wad, dengan sakit, dengan rindu anak. Nasib baik la nurse semua baik-baik sangat. Bagi aku semangat.

Waktu melawat tengahari Pak Zarif datang pon aku dah kurang bercakap, aku cuma minta dia teman aku jalan wad dengan harapan cepat la bersalin. Aku dah tak nak induce kali ketiga kalau hari tu tak bersalin juga. Pukul 2 habis waktu melawat aku menangis lagi sebab sakit berganda-ganda. Perut tegang sangat.

Mungkin sebab keadaan aku yang terlampau sakit tapi aku diam kat katil cuma pusing kiri kanan je jiran katil depan tepi semua selalu tolong aku. Tolong papah aku pergi bilik air, tolong buatkan air milo, tolong suapkan lagi. Terima kasih sangat. Sebab aku dah tak de tenaga sangat nak bangun. Pukul 3 nurse cek VE, baru buka 2cm. Dah sakit hampir 6jam baru buka 2cm. Sabar je la.

Pukul 5, mak aku datang bawak Asyraaf. Dengan tak larat aku kuatkan juga jalan keluar wad sekejap-sekejap. Mak aku paksa makan sebab dia kata aku macam dah 'gempa'. 2 3 suap je aku boleh makan. Memang tak kuat sangat nak makan. Aku nak cepat bersalin je masa tu.

Pukul 6 Pak Zarif suapkan lagi makanan, sebab takut aku tak ada tenaga andai malam tu aku bersalin. Aku dah start menggigil dari pukul 2. Betul la orang kata kalau keluar tanda darah memang sakit. Tengah Pak Zarif suapkan aku makanan tiba-tiba.................................

*sambung next entry :)

1 comment:

Cik Puan Eka said...

Mmg mncabar sis. Alhamdulillah dipermudahkan