Tuesday, October 06, 2015

Kronologi Bersalin : Part 1

Assalamualaikum..

Sambungan dari entry sebelum ni. --------------> KLIK SINI

Tiba-tiba tengah Pak Zarif suapkan makanan aku ada rasa macam basah je dekat kain. Tak akan la air ketuban pulak. Aku mintak tolong Pak Zarif teman pergi bilik air. Bangun je dari katil terus keluar air banyyyyyyyaakkkk sangat. Pak Zarif dengan pegang sudu ternganga juga muka dia. Terperanjat kot. Sama muka macam aku pecah ketuban dekat rumah masa bersalinkan Asyraaf.

Suami jiran depan katil yang lintang pukang panggil nurse. Terima kasih jiran, baik sangat korang. Pak Zarif papah masuk bilik procedur. Cek VE baru buka 3 nak masuk 4. Tapi doktor tu tolong buka sampai 4 katanya. Pak Zarif dah standby kan barang-barang semua untuk pindah labour room. Aku kan ada masalah air ketuban kurang. So, adalah bahaya kalau air ketuban banyak keluar waktu dalam wad. Anything can happen. Lagi-lagi risau jantung baby takut berhenti. Lemas.

Masa tu sampai labour room dalam pukul 6.30 petang. CTG dipasang dekat perut nak dengar jantung baby. Jantung semua ok. Sakit makin kuat. Mengiring kiri salah, mengiring kanan salah. Tapi bila datang sakit yang kuat aku akan duduk. Mesin CTG dah bunyi alarm yang kuat. 2 orang nurse lari cepat-cepat masuk bilik aku. Diorang mintak aku baring, sebab nak dengar jantung baby betul-betul. Tak ada masalah. Mungkin sebab aku duduk, bacaan CTG jadi tak betul. Dibagi gas untuk hilangkan sakit. Sekali sedut sedap la rasa. Tetiba aku teringat aku ada baca pengalaman orang bersalin hidu banyak gas dia lalok masa nak meneran. Aku tak amik lagi gas tu. Natural je.

Banyak kali aku duduk. Kesian aku dengan nurse. Diorang suruh baring tapi aku akan duduk juga time datang sakit. Teramat sakit. Dalam pukul 7 lebih nurse datang masukkan tiub air kencing. Kali ni tak sakit rasanya. Dulu masa Asyraaf ngilu pedih macam tu. Tinggal lagi aku sorang dalam labour room.

Kebetulan ada sorang nurse masuk dalam pukul 8, aku dah rasa kurang sakit tapi rasa nak buang air besar. Nak pergi bilik air, nurse tak bagi. Dia nak cek jalan. Buat VE lagi. Dia kata tak boleh sebab jalan dah buka 6 ke 7 cm macam tu. Ah sudah. Baru 6 ke 7 cm je. Dah nurse tak bagi pergi bilik air, aku mintak ubat buang air besar. Tak apa la buang atas katil. Kes sama macam Asyraaf dulu. :/. Nurse pon keluar amik ubat ke atau tak nak layan aku pon tak tahu.

Lepas je nurse keluar dari bilik aku, perut aku tetiba meneran sendiri. Dua kali rasanya aku teran sendiri aku sempat jerit panggil nurse. Dalam hati tak kan nak meneran, baru 7 cm. Kalau koyak sendiri banyak macam mana. Macam-macam aku fikir. Akhirnya aku kepit dan mengiring ke kiri. Lagi meneran sendiri 3 kali. Lupa pulak, masa Asyraaf aku tak boleh meneran dalam keadaan baring. So aku akan mengiring.

Aku panggil nurse lagi dan badan aku tegakkan. Nurse tak datang juga. Aku redha. Aku teran sekali lagi , rasa air panas lalu dekat peha. Aku jerit sekali lagi nurse. Nasib kali ni dia datang. Dia siap cakap, awak ni syuhadah, bukan nak berak tapi awak dah nak teran,dah nampak kepala anak awak dah tu . Aku lega. Sangat lega. Tapi sempat lagi aku tahan supaya Pak Zarif dapat tengok aku bersalin. Sorang nurse standby dekat bawah. Sorang lagi lari nak pergi panggil Pak Zarif. Tapi tak sampai berapa saat nurse tu masuk balik. Dia kata tak kan sempat aku nak tahan untuk tunggu suami masuk. Aku pasrah dan redha lagi.

16 jam selepas waktu lahir. :)


Sekali teran lepas kepala baby, sekali lagi teran lepas bahu dan selamat la anak aku keluar. Dan sakit macam nak hilang nyawa tadi hilang ntah kemana. Tepat 1hb Ogos, 8.30malam baby keluar. Bersyukur sangat semua selamat. 2jam bertarung nyawa dalam labour room. 10 jam dekat wad. Fuh! Lepas je baby keluar dia tunjuk jantina dekat aku. Aku sebut lelaki sebab nampak warna hitam sama macam Asyraaf. Nurse cakap cuba gosok mata awak syuhadah. Aku mintak cermin mata aku. Senyum. Anak perempuan nurse. Alhamdulillah. Betul sangat tekaan Pak Zarif.

fresh from oven.

Benda pertama sebelum baby letak dekat badan, baby kencing. Aku lega. Sebab tekaan doktor mengatakan anak aku buah pinggang masalah yang menyebabkan dia tak nak kencing dalam kandungan meleset. Berat dia 2.34kg. Jauh dari estimate masa scan 1.7kg. Masa nurse dah keluarkan baby, aku boleh tanya besar ke tak koyak aku. Sebab aku tak rasa kena gunting, rasanya koyak sendiri. Sikit je katanya cuma jauh sikit dari tempat koyak anak sulung dulu.

Baby tak menangis masa lahir. Aku risau. Aku banyak kali cakap, nurse anak saya tak menangis, tangan dia biru. Nurse kata sekejap lagi menangis la tu. Nurse usap belakang badan baby baru dia nangis. Lega.

Ingatkan lega dah semuanya selamat. Tang jahit pulak........................................


* next entry ok sambungannya.:)





4 comments:

Mila Hilas said...

hehe..mcm sy jgk bila nurse suh teka jntina sy ckp boy..ttbe nurse kangkang bb dpn sy..rupanya girl..hahaha.xtahu nk ucap cmne sbb xpnh tlintas akan dpt girl.ekeke

Amanda Suria said...

seronoknyaaa...allah dah 11 tahun akak x rasa beranak ni....rindunyaaaaa

Cik Puan Eka said...

Fuhh kite lak rass nk teran. Tapi skang ngilu lg rasanya jahit idop2 teraduh2 haha

Mai Naz said...

Adah, ade rezeki ngndung lg tuntut ilmu amani birth adah. Konpem adah dpt karang story yg super duper best tau. Dpt melahirkan dgn tenang, gumbira dan ngak trauma:-)