Saturday, March 05, 2011

~adah dan air mata~

assalamualaikum...
hujung minggu yang tenang kan..tapi tak setenang hati adah,,=_=
kenapa??mengapa??siapa??yang buat hati adah sedih biar adah sorang je yang tau..
bila adah gembira..adah akan menangis..
bila adah susah..adah akan menangis..
bila adah sedih..adah akan menangis..
bila adah sakit..adah akan menagis..

kenapa adah selalu menangis??
sebab adah perempuan..
keras2 dan kasar2 adah..hati tisu beb..kuat melalak jugak..
bagi adah menangis tu satu therapy tau,,syok je rasa lepas menangis..macam satu kepuasan,,=)
korang mesti gembeng jugak kan..kan..kan..kan...=0

oo..korang kata korang kuat la ea..tak menangis segala..meh cini..adah senaraikan sebab2 lelaki dan perempuan akan menangis..lelaki macho2 pon menangis jugak ok.muka pon akan jadik buruk tau...ok..kalau ye.anggukkan kepala @ just say yes! dalam hati sebab malu nak ngaku..=)
adoi budak..buruk rupa..adakah muka adah bila menangis macam nie???haha....comel lo adah nangis,,=)


1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

perempuan lagi la tak boleh lari dari air mata..
kenapa??meh sini adah kongsikan dengan korang fakta yang adah baca waktu zaman sekolah dulu...


Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

so..memang tak heran kenapa perempuan dan air mata tak dapat dipisahkan..bukan sebab kita lemah..tapi cuma luahan perasaan semata..

menangis la anda..=)...


terima kasih sayang..pinjamkan telinga dengar luahan hati dan pinjamkan bahu untuk kongsi beban masalah saya..

notahati:...hari ini aku menangis kerana kau..satu hari nanti kau akan menyesal dengan perbuatan kau...

No comments: