Friday, June 17, 2011

Ala...Kahwin Kan Sekali Seumur Hidup...

assalamualaikum...

mari sini dekat-dekat...nak mintak pendapat sekaligus adah nak bagi pendapat...

tapi sebelum tu..kalau korang macam muak je dengan entry berbaur 'kebahagiaan' adah tekan je tanda X di atas belah kanan ok...^_^...

ok..korang mesti selalu dengar kan...perkahwinan sekali seumur hidup...itu memang betul..
tapi kan..cuba korang fahami situasi yang akan adah bagi kat bawah...sesuai ke dengan ayat nie..

situasi pertama..
nak buat pelamin dekat balai..alasan family ramai dan bersaiz +++ supaya memudahkan sedara mara tengok pengantin..harga pon of course la +++ jugak kan..
tindakannya..
pinjam bank..pinjam tekun.pinjam orang...
alasannya..
ala..sekali seumur hidup..


situasi kedua..
budget yang ada rendah..tapi nak buat grand bangat mengalahkan anak ketua kampung...sampai nak sewa baju lebih dari artis nak buat show..harga pon akan +++ jugak..
alasannya..
bila lagi..kan sekali seumur hidup..

cukup la situasi yang adah bagi tu..semuanya bagi alasan sekali seumur hidup..macam kes adah..adah lebih suka majlis adah sederhana..simple..tapi meriah dengan kedatangan sahabat,,sedara mara..ahli keluarga sama-sama meraikan hari paling bersejarah dalam hidup adah...tetiba datang satu mak cik nie..


mak cik : nanti majlis adah pakai bape pasang baju?
adah : tak banyak pon..2 helai cukup..
mak cik : cukup ke setakat 2 helai..tak akan tak de persalinan..
adah : tak minat la cik..cukup la 2..malas nak tukar banyak baju..amik masa..leceh..
mak cik : la..apa salahnya sekali sekala melaram macam artis...tukar baju macam-macam..kata kahwin seumur hidup sekali..time nie la nak merasa..
adah : kahwin memang sekali seumur hidup..sekali pakai je pon dah cukup..membazir je cik..lepas kahwin tu lagi penting..

terdiam jugak mak cik tu..bukan adah nak biadap..tapi itu la pendirian adah..macam-macam adah reject untuk majlis adah...no karaoke..sebab kesian orang-orang tua nak berbual..ye la..time majlis macam nie je la yang jauh dan yang lama tak jumpa diorang nak jumpa..bila nak bercakap dah kena pakai suara volume 10 nak kalahkan muzik kuat sangat..

sepengetahuan adah...majlis kenduri nie sebenarnya nak bagitau jiran-jiran dan sedara mara bahawa sahnya sebuah ikatan..melalui lafaz ijab kabul..supaya tidak akan menimbulkan fitnah..tak perlu la sampai nak buat meriah dan mewah samapi kena hutang keliling pinggang..sudahnya..anak korang dah berderet tersusun hutang kahwin pon tak habis-habis lagi..eh!lupa lak..tak pe la kan..sekali seumur hidup...haha..rasakan la..

adah tetap dengan keputusan adah..lebih baik berjimat sekarang..susah2 sekarang..tapi nanti dimasa akan datang adah senang..tak pikir hutang kahwin yang tak pernah habis-habis..



notahati:...setiap apa yang kita rancang..tak semestinya akan menjadi,,,

5 comments:

KAMIHIDUP said...

biarlah bersederhana sahaja, janji lepas kahwin tak terduduk fikirkan hutang. :)

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said...

betul tu,,,majlis biar sederhana.pentingkan masa akan datng..

aisya zaida said...

buat sederhana cukup. xpayah nak grand2 sgt kan.. sederhana dah berkat dah.. yg penting, kehidupan pas kawen.. anyway, selamat pengantin baru =)

PinKy MoMMa said...

hehehe tapi akak dulu ada berinai & tukar2 baju tu..alahai ayah nak sangat ikut belah melaka..
siap order munga api dari melaka..
mungkin sbb anak sulung gak kot dik..

demi ayah akak turutkan..
walaupun penatttttt hahahaha

Mama Ta said...

sokong!!!! nanti kawen pun taknak pakai baju banyak2. satu utk nikah, and satu lagi utk majlis sanding. tu jela. pelamin pun yang simple2 murah2 je. huhu