Thursday, December 06, 2012

CUTI-CUTI SAYANG...............

Walaupon nak dikirakan memang dah basi cerita ni..hado den kisah...hihi..
basi pon basi la..tetap jugak nak cerita..
nak baca sila baca...tak nak baca tu kira baca jugak la..alang-alang dah bukak..baca je la..

percutiaan nie memang dah lama rancang..
since adah masih berbengkuk,ada param parang segala la..*time pantang dalam bulan 6 gitu*
tak silap adah ada offer time tu..just booked je dulu..
tarikh yang dipilih.. 18 november - 21 november..
memasing dah kena booked cuti jugak ok..

17hb november..
adah masih bekerja lagi tika dan waktu itu..
well..adah baru start kerja baru time tu..
tak boleh dan tak boleh la sesuka hati cuti...hihi..pekerja contoh ok...*wekkkkkkkkk!muntah hijau*
pukul 8 adah balik kerja terus balik rumah ibu mertua ku..
gedebak gedebuk kemas itu ini..
9.30 malam selepas bacaan doa selamat yang diketuai oleh abang long kepada en.suami..
kami semua berangkat terus ke BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT!
excited la jugak..

tak la first time melancong..
tapi first time melancong jauh-jauh dengan en.suami dan ASYRAAF saya tu...
secara jujurnya memang penat bawak anak kecil melancong jauh-jauh..
nasib baik adah belum bagi makan kat asyraaf lagi waktu nie..
umur asyraaf saat dan tika itu nak masuk 5 bulan..
kalau tak mesti pening nak cari makanan untuk bayi kan..
kalau nangis lapar..sumbat je puting nenen semulajadi dia..hihi..

sampai sana pon dalam pukul 8 pagi..
belum ada yang bukak pon..
hotel pon leh check in dalam pukul 2...
kenapa la tak pukul 12?kesian kami yang membawa baby yang memerlukan tidur yang selesa lagi nyaman..hihi.

N
memandangkan adah tak bawak kamera sebab memang nan hado kamera..
gambar banyak bersepah pada ipar-ipar ku..
nk tunggu yang original..nanti la ea..semua nie terpaksa la saya memujuk rayu en.google..hihi

nak tahu  best ke tak best tempat nie...next entry ye...


hihihihi...


notahati:..respect betul adah pada surirumah tangga sepeuh masa yang jaga anak kecil sambil kemas rumah..patah pinggang adah hari nie layan kerenah asyraaf..

No comments: