Friday, February 22, 2013

Dalil Cinta :Serupa Tapi Tak Sama!!..^_^


assalamualaikum...

sejak jadi suri rumahtangga sepenuh masa nie..memang dapat banyakkkkkk masa untuk tengok tv..
lagi-lagi time nak tidurkan asyraaf yang langsung tak nak buai..hihi..

pagi tadi layan cerita DALIL CINTA dekat TV3..
memang kelakar dan macam ada sikit-sikit je kena dengan adah..hihihi..
yang samanya..perempuan tu lebih muda dari suaminya..
kejutan budaya lepas kahwin... sikap pemalas masa anak dara tu ada sikit sama..
KECUALI..almari baju yang penuh dengan baju tak lipat tu je tak..hahaha..

gambar nie sumber ikhsan en.google..

kat bawah ni ada sinopsis cerita tu..
memang kelakar tapi bagi pengajaran ok..

Nisa adalah seorang gadis berasal dari bandar manakala Zarif pula adalah anak tunggal pasangan dari Felda Bandar Triang. Mereka berkenalan apabila Nisa membawa skuternya yang rosak ke bengkel Zarif dan mula menjalin hubungan cinta. Pada mulanya hubungan mereka direstui oleh kedua ibubapa Nisa dan Zarif sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Ibubapa Nisa membantah kerana mahukan Nisa menyambung penagajian ke kolej terlebih dahulu.
Malah mereka risau dengan sikap Nisa yang sudah tersedia maklum malas dan tidak mahu membuat kerja kerja rumah. Mereka merasakan Nisa masih belum layak. Nisa tidak dapat menerima bantahan kedua ibubapanya lalu mula memberikan pelbagai alasan untuk menyakinkan mereka. Alasan demi alasan yang diberikan akhirnya melembutkan hati ibubapa Nisa terutamanya apabila Nisa berjanji akan belajar membuat kerja rumah serta akan tetap menyambung pengajiannya. Tetapi selepas berkahwin perangai Nisa masih tidak berubah.

adah masa mula-mula kahwin memang ZERO tentang masakan..

tapi sebab dah rasa tanggungjawab sebagai seorang isteri, hari-hari mak berdiscusion dengan en.google cari resipi yang terbaik, jimat masa, simple tapi sedap..hihihi..

dan sekarang ALHAMDULILLAH...berkat kerajinan adah tu boleh la masakkan sikit-sikit untuk en.suami..
lagi la sekarang adah dah jadi mama kepada asyraaf yang dah kuat makan sekarang ni..
air tangan mama dia jugak dia suka...
makanya..lagi rajin adah nak belajar..hihihi..

kesimpulannya, memang selagi kita belum ada rasa tanggungjawab yang kita pikul, selagi tu la kita suka ambil sambil lewa je apa-apa masalah.. tapi bila ada rasa tanggungjawab tergalas kat bahu kita, automatik korang akan pandai dan belajar..YES!!
mesti belajar.. tak ada siapa yang lahir terus pandai kemas rumah, pandai masak, pandai semuanya la..
semuanya kena belajar... yang penting jangan berat mulut nak tanya dekat orang yang lebih berpengalaman, kalau dah malu sangat jangan berat tangan nak search dekat internet...hihi.
sekarang kan ilmu semua dah dihujung jari...






1 comment:

nini said...

citer ni memang best...sempat layan..tapi dah nak abis...=(