Thursday, April 04, 2013

Jangan Dipukul Anak Menangis!!

assalamualaikum..

bila ada boypren kecik nie kena ikut time dia baru dapat update blog laju-laju..hihi..
boypren no 1 ok..yang lain-lain no 2 pon tak apa...

kadang-kadang bila kita dah penat sangat..
lepas tu si boypren kita menangis je, merengek je..
kita nie mama dia pon lama-lama boleh hilang sabar..
tapi tak ada la sampai nak pukul dia ke apa...
macam adah kalau dah penat sangat dan asyraaf menangis tak tahu nak apa..
dah sapu minyak kat perut..dah tukar pampers dan macam-macam lagi buat..
tapi still merengek dan menangis..adah panggil pak zarif...
suruh dia dukung sekejap bawak pusing-pusing dalam rumah..
bagi adah cool down sikit..baru adah amik asyraaf balik..

bila dia dah dibawa ayah dia dukung pusing satu rumah..
lepastu tengok adah dengan air mata meleleh je..
memang tersentuh la keibuan adah..

asyraaf masa dalam hari.....^_^..

so..pada ibu atau bapa diluar sana..
yang bila balik kerja atau banyak kerja sampai balik rumah penat..
anak pulak menangis..
sebelum kita nie hilang sabar baik jauhkan diri dari anak korang..
takut dalam tak sedar korang dah pukul dia..dah goncang dia..dan menyakitkan baby korang..
bagi pada suami atau isteri dan korang calm down..
nie cara adah la...sebab kita nie manusia biasa..
penat dengan segala urusan semua..walaupun duduk rumah tau..
adah tak pukul cuma adah biarkan dia nangis..lepastu adah peluk asyraaf..
usap badan dia, usap kepala dia..
pujuk dia..puji dia..cakap "anak mama nie baik kan...kenapa nie meragam,,takmo menangis lagi ok..
mama dengan ayah ada nie selalu dengan asyraaf"..

meh sini adah nak kongsikan kenapa kita tak boleh pukul anak bila dia menangis...





JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)


p/s : anak anugerah yang sangat ternilai...lahirnya asyraaf bagi seribu makna dan harta tak ternilai pada adah..
        dia la penguat semangat kami untuk bagi yang terbaik untuk dia pada masa akan datang...

No comments: