assalamualaikum..........
boypren kecik tengah tidur so mama boleh la update laju-laju blog yang dah bersarang nie...~haish!!~
minggu lepas minggu yang sangat ktitikal bagi adah dan pak zarif..
mana taknya asyraaf berperangai je..
dari malam tak lena nak tidur..kejap-kejap bangun menangis..
bagi susu diam sekejap lepastu nangis lagi..
dengan muntah yang kerap sampai naik lembik..
nak kata jatuh terhentak kepala tak jugak..
sebab asyraaf adah perasan yang dia pandai imbang kan badan bila bangun, duduk dan jalan,,
potensi untuk dia jatuh sangat kurang..
hari jumaat adah bawak asyraaf pergi klinik kerajaan..
sebab keadaan asyraaf dah lemah sebab muntah yang kerap..
badan dia pon dah 37.8..sangat panas..
bila check dekat klinik tu suhu asyraaf naik sampai 39..
lagi gabra mamanya nie..lagi la pak zarif tak ikut sama sebab kerja...
anak sedara pak zarif yang teman...
bila doktor check asyraaf dia kata asyraaf terkena jangkitan kuman..
dan kalau muntah berterusan lagi dan lemah terus pergi hospital masuk air...
lutut nie dah gigil je..
doktor cuma bagi antibiotik, ubat demam dan air garam...
semalaman tidur tak tenang sebab asyraaf still nangis sampai muntah-muntah..
cuma nak tidur atas badan adah je..huhu...
esoknya hari sabtu adah pergi klinik penawar dengan pak zarif dan mak mertua...
bila doktor check baru tau asyraaf sakit mulut..
ada mata ikan dalam mulut area tekak..
sebab tu susu badan ke susu botol dia tolak..
air liur meleleh je....ingatkan nak tumbuh gigi...huhu
doktor suggestkan makan benda sejuk..
susu pon disejukkan..
dari pagi sabtu tu asyraaf tolak susu..so kitorang decide beli soya sejuk masuk dalam botol bagi kat asyraaf..
laju je dia minum... lepastu terus tido nyenyak..
ALHAMDULILLAH...
lega hati tengok dia dah bertambah baik sekarang...
p/s:bukan tak percaya pada hospital kerajaan cuma asyraaf mungkin tak serasi pada ubat tu..dan doktor klinik lebih detail check asyraaf...^_^
No comments:
Post a Comment