Kesibukan masa buatkan adah susah nak update blog sentiasa. Rindu sangat nak aktif macam dulu. Masuk contest sana sini. Meriah oo. Dari nak ceritakan pasal perkembangan Asyraaf pon banyak yang tergendala. Sampai la sekarang Asyraaf dah umur setahun 2 bulan. Kesian anak mama kurang dalam nie. Tak apa ye sayang, mama cuba cari masa banyak-banyak coretkan kisah kamu anak dalam rumah kedua mama ni.
Haish, betul la kan orang ramai cakap, kalau budak dalam hari baik senyap je, lepas hari atau dah besar ada lasak sikit. Yes! Asyraaf memang macam tu, tapi masih boleh dikawal. Seronok tengok perkembangan Asyraaf positif setiap hari, standard la anak lelaki lasak bukan main.
Dulu tak pandai mintak mainan, sekarang laju je kalau nampak kedai mainan. Mulutnya asyik cakap "nak!nak!", sambil tangan buka katup buka katup. *cuba bayangkan ok!*. Mamanya memang tak boleh tengok muka Asyraaf macam tu KESIAN jadinya.
Mainan lain boleh lagi kawal, ajak pandang tempat lain atau dukung je. Tapi 1 ni memang tak boleh! kegemaran Asyraaf nie. Mama dengan ayahnye kena standby kan banyak-banyak duit syiling nak puaskan hati anak punya pasal.
Apa nama mainan nie pon adah tak tau. Tapi kena tukar dulu duit syiling jadi token. 2 token RM 1, boleh la nak spend duit sikit untuk anak ye dak!.
Kalau adah jalan tinggalkan saja-saja pon tetap ni big boss patah balik atau stay je kat sini. Lagi kesian. Hahaha.
Bila dah main memang tak nak turun, jenuh la hai mama dengan ayah dia nie pujuk. Tapi Asyraaf good boy, tak akan ngamuk dekat situ tapi WAJIB buat muka kesian dia tu. Hahahaha.
terima kasih membaca!
anak korang suka mainan nie jugak kan????hihi
No comments:
Post a Comment