Tuesday, September 23, 2014

Bersyukur : Tak cantik, keluarga susah, tak ada duit??

Assalamualaikum

Setiap manusia mesti akan ada rasa cemburu. Cemburu dengan orang yang kita sayang itu normal. Cemburu bila keputusan kawan kita lebih baik dari kita pon itu normal. Semangat nak belajar lagi dan semangat nak terus jadi yang terbaik untuk orang yang kita sayang. Itu normal. Dari sudut positif cemburu tu sangat baik. Jadikan kita lebih baik untuk dapatkan yang terbaik. 



Aku juga selalu rasa cemburu. Aku pernah rasa kenapa orang lain lagi senang, mudah nak dapatkan segalanya tapi bukan aku. Aku pernah juga rasa kehidupan orang lain lebih baik dari kehidupan aku. Tapi hakikatnya kehidupan aku lebih baik dari orang lain yang aku cuba bandingkan. Aku bersyukur bila aku bangun tidur ada Pak Zarif dan Asyraaf dekat sisi aku. Aku ada banyak masa dengan Asyraaf. Aku ada masa untuk buat apa aku suka. Aku boleh kerja, aku ada masa untuk keluarga. Kenapa aku tak boleh nak bersyukur. Aku rasa masa tu aku kena hempap dengan batu sebab aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Start dari tu aku tak pernah nak merungut. Aku bahagia. Bahagia datang bila aku bersyukur.

Bersyukur. Ya bersyukur tu paling penting bila kita kaitkan dengan dunia. 

Setiap apa yang kita punya, kita rasa, kita miliki tak akan pernah sama. Ada bahagian masing-masing. Contohnya, korang  rasa kehidupan orang kaya itu senang lenang, semua dia nak dia akan dapat. Cuba korang pusing sikit dari kehidupan diorang, masa dengan keluarga diorang tak ada. Anak-anak diorang orang gaji yang jaga. Rumah besar tapi kosong. 

Berbanding kehidupan biasa yang sederhana. Walaupon rumah kecik tapi besar dengan bilangan keluarga, gelak ketawa. Kan meriah macam tu. Ada yang jaga kita. Malam-malam tak berlalu dengan sepi tapi berkumpul ahli keluarga. 

Ini contoh. Kehidupan kita adil. Sangat adil. Cuma kita manusia memang tak akan lari dari rasa tak puas hati. Ye, tak puas hati tu kata paling sesuai. 




Dah lama rupanya komen ni aku dapat. Tapi aku baru tergerak hati nak buka komen-komen lama. Khas untuk kau Tanpa Nama. Aku harap kau baca penulisan aku kali ni. Ini untuk kau. 


Bersyukur. Bersyukur tu kata semangat yang aku selalu gunakan bila hati kecik aku mula nak pikir kenapa, mengapa, bagaimana. Setiap yang Allah ciptakan semuanya berbeza dan ada sebab. Dan setiap ciptaanNYA sangat sempurna. Siapa kata kau tak cantik sampai ko rasa give up?.

Bersyukur kau ada kerja walaupon kerani. Best juga kerja tu duduk dalam office, ada kelebihan. Ada rezeki. Kelulusan tu kelebihan yang kau ada yang orang lain tak ada. See. Allah sayang kau sangat-sangat.

Tiada kawan tak apa, yang penting ko ada keluarga. Ramai anak-anak yatim yang minta ada keluarga. Ada tempat diorang nak meluahkan rasa. Kau ada peluang tu tau. Hargai keluarga ok. Diorang je ada time susah senang kau. Kawan akan ada juga nanti.

Ramai yang tak tahu bawak kereta sebenarnya. Setiap yang kita cakap itukan doa. Arwah abah aku selalu cakap, orang kalau dah cantik, tak payah makeup pon dah lawa. Keyakinan kena ada. Aku tau kau kuat, Kau insan terpilih.

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk semua datang dari aku.


*credit gambar pada en.google le.

12 comments:

irdina said...

Kita kena bersyukur dengan apa yang ada...tapi lumrah manusia..kadang-kadang rasa cemburu tengok org len... ada yg cantik, kaya lak tu,pandai lak tu, glemer lak tu...sume yg dia buat menjadi...


kena muhasabah diri lagi

sugar2 kapas strawberry said...

dulu saya macam awak cakap, jeles dgn result kwan..jeles tgk org lawa. jeles tgk keluarga lain bahagia.

Then at one point, saya rasa kena syukur. Susah nak praktik bila hati dah kotor dgn perasaan dengki terhadap kelebihan org lain

But bila reenung balik, ada je orang yg still menganggur bila keluar u..but sy alhamdullilah boleh kerja walau tak gempak..

point dia disini, kita kena ingat, semua ni pinjaman Allah. In shaa Allah, perasaan sakit hati dgn apa yg kita tak miliki tu tiada

MOMMYLIN said...

kita kena selalu muhasabah diri... manusia.. selalu nampak orang lain lebih. tp hakikatnya.. ada rmai lagi orang lain yang serba kekurangan.

entry terkini...Makan je kerja aku ni!!!

Unknown said...

Allah akan bg apa yang kita perlu. Bukan mahu. Belajar lah utk redha dan bersyukur. Nanti Allah kasi lebih. Peringatan utk diri saya dan kawan2 :)

jom singgah sini awak sekalian http://najlamohayidin.blogspot.com/2014/09/siapa-je-taknak-duit-kan.html

Unknown said...

follow #445

INNANIE ARIFFIN said...

The way we think about ourself portray how much we love ourself.

Dalam hidup ni kalau kita terlalu memandang pada orang yang lebih tinggi memang kita akan nampak serba serbi kurang dan tak kena. Tapi kalau kita melihat pada mereka yg di bawah nescaya kita baru sedar betapa indah dan nikmatnya hidup kita.

Jadikan perasaan 'cemburu' itu sebagai satu tanda aras positif untuk lebih maju dalam hidup. Jangan jadikan ia sebagai satu batu penghalang untuk pergi lebih jauh.

sentiasa positifkan diri dan inspirasikan segala apa yang anda miliki :)

INNANIE ARIFFIN said...

The way we think about ourself portray how much we love ourself.

Dalam hidup ni kalau kita terlalu memandang pada orang yang lebih tinggi memang kita akan nampak serba serbi kurang dan tak kena. Tapi kalau kita melihat pada mereka yg di bawah nescaya kita baru sedar betapa indah dan nikmatnya hidup kita.

Jadikan perasaan 'cemburu' itu sebagai satu tanda aras positif untuk lebih maju dalam hidup. Jangan jadikan ia sebagai satu batu penghalang untuk pergi lebih jauh.

sentiasa positifkan diri dan inspirasikan segala apa yang anda miliki :)

mila said...

klo kite sll tgk org yg lbh drp kita.mmg akn bt kite sll rsa down..tp cbe tgk org yg ktang dri kite, mesti kte rsa semangat dia lain :)

Cik Aann said...

Bila kita diberi ujian sebegitu..seharusnya kita kena menilai semula diri kita..muhasabah diri kita.. nak rezeki ada caranya..
Tapi kdg2..Allah bg susah kt dunia tp senang di akhirat..
Kadang2 Allah bg kt org tu senang kt dunia tp susah diakhirat. Mungkin dia jadi lupa daratan bila dh kaya..
Bukan Allah xnak bg rezeki lebih utknkita tp sebenarnya diri kita belum cukup kuat utk jadi org yg zuhud dan bersyukur bila diberi kekayaan..
Miskin pon satu ujian..kaya pon satu ujian..

Mar Mansor said...

Jgn tggu bila rasa bahagia baru nak bersyukur tetapi bersyukur dgn apa yg ada.rezeki setiap org tsk sama kan..masing2 sda kelebihan n kekurangan..tiada manusia yg sempurna

senandunghatiku@gmail.com said...

Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..bersyukurlah kerana masih ramai yang memahami kesusahan kita..bw here..

Nur Laila said...

adakala kita rasa down bila melihat kelebihan-kelebihan lain yg Allah beri pd org lain. kadang kita menangis cari kekuatan untuk hilangkan kecemburuan. dan bukan hal yg mudah utk pujuk hati yg rawan. itulah saya. sentiasalah pujuk diri kita semua agar yakin pada Allah. kita nak Allah ikut kehendak kita atau kita nak ikut kehendak Allah. Smile. Teruskan perjalanan taqdir ini dengan lapang dada. :) Salam Ukhuwah.