Wednesday, October 01, 2014

2 in 1 yang menyenangkan!

Assalamualaikum.

Aku ni kalau ada benda yang paling menyenangkan aku, tu la yang aku pilih. Paling mudah memang pilihan aku. Yela dengan aku nak kejar Asyraaf, nak jaga rumah, kerja aku. Semua benda nak perfect sampai muka aku pon tak sempat nak sental lama-lama. Kalah kak limah balik rumah. pfft.

Selalu lepas basuh muka mesti nak kena pakai toner, pelembap, segala kan. Dulu zaman anak dara aku memang banyak masa dekat depan cermin belek-belek muka sambil main teka teki dengan cermin siapa gerangan wanita paling cantik saat itu. Hahaha. Sekarang nan hado! sebab lepas aku mandi, cuci muka aku kena cepat-cepat siap sebab Asyraaf nak lebih perhatian.

Tapi aku dah jumpa penyelesaian aku. Mesti la kak limah nak berubah jadi Rozita pulak kan untuk Pak Zarif dan yes! untuk keyakinan diri. Aku ni memang pengguna tegar Safi. Sebab bagi aku dia ringan macam air. Terus meresap dekat muka. Ha, macam tu la apa aku rasa.




Yang bestnya sebab Safi ni ada 2 dalam 1. Aku kan memang suka benda 2 in 1. Kalau 8 in 1 pon tu memang kegemaran aku. Sebab menyenangkan!. Dalam tu nampak tak ada biji-biji. Kalau biji-biji tu pecah kat muka masa basuh rasa dia sejuk je. White trilogy ni formula baru. Aku baru pakai berapa hari je dan sebelum ni pon sama juga safi tapi warna biru pekat sikit. Tu pon aku suka sangat.

Dia dari bahan Arbutin, Nano Biowhite dan kiwi. Hari tu aku beli RM13 lebih je kot. Lupa tapi yang penting bawah Rm20. Sebab offer masa tu. Bagi muka aku yang sesuai ni aku memang suggest sangat dekat korang. Muka ada lembut sikit dan lebih bersih dan lembap.

Korang pakai produk apa pulak?

p/s: ni bukan iklan berbayar.

2 comments:

Allene said...

skrg ni, lin pakai bby blink. muka tak jalan sangat la dengan safi. pernah try tp paling ok rania. pastu rasa macam nak cuba yang lain.

entry terkini...What inside IKON connaught

Adinda Baizura Mazlan said...

ABM pun pakai Safi Balqis juga tapi yang ni tak pernah try. Nanti nak try la

Blogwalked!

http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/