Sunday, December 21, 2014

Suami vs Isteri 2 : Cari Barang Tersembunyi

Assalamualaikum

Selain tugas sebagai mama untuk Asyraaf dan Isteri pada Pak Zarif, aku juga kaunter pertanyaan dalam rumah ni. Sebab kalau Pak Zarif dengan Asyraaf yang cari barang mesti tak jumpa. Kalau jumpa oh syukurnya.hihi..

Biasa la dah aku je duduk rumah lebih lama dari dia. Yang tukang sepah 2 orang. Yang tukang kemas ye aku. hihi. Selalu kalau mintak tolong carikan barang atau Pak Zarif cari barang yang dia nak guna mesti akhirnya aku juga yang kena tunjukkan. Dah biasa sangat. Sebab jarang dia dapat jumpa barang yang dia cari. Oh anaknya mesti lebih kurang ayah dia je. Sama. :)


Situasi 1 :
PZ : Nampak tak cepit kuku?
ME : Ada dekat meja solek, dalam laci.
PZ : Mana ada. Abang dah cari, Tak ada pon.
ME : Ada la, cuba buka lacinya.
PZ : Mana? Tak ada pon.
ME : La ni apa?..

Situasi 2 :
ME :  Boleh tolong amik kan pen dalan handbag tak?
PZ : Tak ada pon yang pennya.
ME : Ada, cuba tengok kocek belakang.
PZ : Tak ada pon, beg bersepah macam apa.
ME : Ni ada. Beg sepah biasanya otak kreatif. LOL~

Situasi 3 :
PZ : Nampak tak baju kerja abang warna putih?
ME : Ada dekat bilik belakang, dekat tempat sangkut baju la.
PZ : Tak ada pon. Salah letak ke?
ME : Mmm, ni ada. Cari la dulu lain kali.
PZ : Tanya pon marah.
ME : Bukan marah tu cakap je.

Situasi 4 : (situasi ni selalu terjadi bila berjalan)
ME : Abang, amikkan sabun Asyraaf, tuala sekali.
PZ :  Tuala ada la. Sabun mana ada.
ME : grrrr.. Tak pe la, abang sini tengokkan Asyraaf.
PZ : Ntah bawak ke tidak tu.
ME : Ni kan lotion bukan sabun kan (sambil tunjuk sabun).

Sedangkan dah bagitau dengan terperinci, meja solek, dalam laci, kocek depan, hanger semua la. Tetap tak jumpa. Mata kabur agaknya. Asyraaf pon dah menurun Pak Zarif aku rasa. Mungkin sebab genetik lelaki yang dah makin berkembang pesat dalam diri Asyraaf. sigh~



2 comments:

Aishah Amin said...

Hi Adah..

Saya pulak, terbalik huhuu..selalunya saya yang tak jumpa. haiiiiiiii

Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

maz asraf said...

Syuhadah, situasi yang sama!
Husband i pun gitu cari barang tak jumpa, bila i pergi ada plak..haha..
Jom jemput ke blog saya
healthyglowing13.blogspot.com