Tengah-tengah malam baru nak buat kerja kan. Siang nak buat macam mana, kena banyak mengalah dengan Little Sunshine mama dia ni. Asyraaf iskandar ni sejak setahun setengah ni dia punya akal bukan main banyak pula. Sebelum ni asyraaf sangat tak sihat. Slow je perkembangan dia. Sekali dia baik. Hamik ko!
Bila toleh kiri tengok wajah kesayangan hamba rasa masa cepat sangat dah jalannya ni. Sikit pon tak nak tunggu kita. Sekarang adah ada pepatah untuk masa. Time is money. hihi. Tak boleh nak beli untuk sesaat pon tau. Rasa rugi sangat kalau anak tengah nak membesar tapi kita mak dia terlepas semua tu. Bersyukur aku ni kerja sendiri dan jaga asyraaf pon sendiri. Penat sangat! tapi berbaloi baloi!
Kalau dah nama anak lelaki, lasak bukan main. Kita kemas rumah amik masa 1 jam ke 2 jam nak settle semua tapi Asyraaf 5 minit boleh settle sepahkan semuanya. Service sangat tip top anak aku ni. Side lain lak bagus la kan. Boleh la aku kecikkan babad yang ada. Teehee.. Asal dia sihat tak kisah la nak buat apa nak oi. Sekarang perangai dah lain dah. Dah paham kalau buka baju letak kat bakul baju kotor, disuruh itu ini dah paham dah.
Mulut dia dah start becok. Apa kita buat, apa kita cakap jangan la sembarangan. Ikut juga asyraaf ni. Dia kan ibarat kain putih, kita ni mak dengan bapak la nak corak dia macam mana. Paling seronok bila kita solat, dia akan amik kain sejadah bentangkan dan terus sujud. Ye,sujud je dia tau. haha.
Betapa cepatnya masa berlalu kan.
Masa ni asyraaf masih gebu dan putih je. Seminggu umurnya. Kecil je waktu ni. Senang nak uruskan masa dalam hari. Bangun cuma time nak susu, lampin basah, yak yak. Yang lain waktu tido sahaja. Mama dah rindu ni nak bau baby dan dukung baby fresh from oven ni. Baby aku lambat lagi la. Asyraaf belum puas nak manja.
Gambar pertama kalinya aku dengan Little Sunshine. Masa ni baru habis pantang rasanya. Dekat econsave. Tapi luka jahitan bersalin tak baik lagi. Nak diri lama-lama tak boleh. Rasa sengal je.
Masa ni bulan puasa. Dekat JUSCO TEBRAU nak cari baju raya untuk Asyraaf. Tak sedar-sedar tau budak ni kalau masuk tempat sejuk. Ni betul-betul putera lilin.
Nie lak dah 3 4 bulan. Pagi-pagi dah bangun ikut mama pergi kerja. Tapi kena tinggal dengan mak. Waktu rehat je jumpa nak susu. hihi
Waktu ni Asyraaf dah start nak melasak. Habis semua benda tergantung dalam kereta dia kacaunya. Tu belum lagi volume radio buka tutup je. haish. =_='
COMPLETE!
cuma nak dapatkan adik ASYRAAF perempuan je kalau ada rezeki.hihi..
xoxo
No comments:
Post a Comment